Tuesday, April 19, 2011

usah merajuk duhai sahabat..



Salam alaik sahabat2 yang mengharapkan redho Allah semata-mata..alhamdulillah..syukur kehadrat Allah yang masih lagi memberi kita peluang dan ruang untuk meluangkan sedikit masa untuk membersihkan hati yang masih berlumur dengan karat jahiliah. 

Pertama-tamanya marilah kita sama-sama istighfar dgn sebenar-benar istighfar pada Allah. 

Ampunkan kami atas segala silap kami..atas dosa kami yang sering lalai bila ingat Allah..atas cinta kami yang sering kami sebut tapi tak terlaksana dengan amalan. Ampunkan kami wahai dzatt yang maha agung..

Allah berfirman dalam surah az-zumar : 53
Katakanlah wahai Muhammad “wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dgn perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, kerana  sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya dia jualah yang maha pengampun lagi maha mengasihani.”


Sahabat sekalian, apakah perasaan kalian ketika membaca firman Allah diatas? Kalau saya ditanya ttg soalan yang sama..jawapan saya spontan sahaja..”jgn pernah merajuk dengan Allah”..

Bunyinya kelakar kan? Macam bercinta pulak merajuk-rajuk..yey, memang benar..Allah itu memang kekasih sejati kita dalam hidup tanpa kita sedari pun selama ini,  itulah cinta pertama kita, ditatangnya kita bagai minyak yang penuh, diberi kesenangan dalam hidup, dipermudahkan segala urusan kita didunia..kalau seorg kekasih merajuk dgn kita, susah hati bukan? Takutnya kalau dy benci kita, takutnya kalau dy tinggalkan kita..kalau kekasih kita adalah seorg manusia, setiap masa kita ingat dy..tapi wahai sahabat andai kekasih kita adalah Allah..apakah kita melayan Allah seperti layanan kita terhadap manusia. Kita tak balas cinta Allah pada kita dengan seluruh pengabdiaan..tapi kita balas dengan rasa benci, kita balas dengan rasa marah..kita balas dengan bermaksiat pada Allah..kita tak dengar cakap Allah.

Tapi apa yang Allah cakap pada kita “jgn berputus asa dengan rahmatku walau dosa hambanya menggunung”..Allah pujuk kita balik. Malah Allah janjikan pengampunan krn Allah maha pengampun lagi maha mengasihani pada hambanya yang bertaubat.  Datanglah kita membawa dosa bertimbun, tetap diampunkan..baiknya Allah..pintu taubat adalah seluas-luas pintu dibukakan untuk hamba-hambanya..
kita ni manusia suke sgt merajuk..kita merajuk bila apa yang kita nak, Allah tak bagi..kita merajuk dgn sikap manusia terhadap kita..lalu bila Allah nak pujuk, kita makin merajuk..kita merajuk dgn pilih jalan yang salah..kita marahkn Allah dengan nasib y menimpa kita, kita marahkan takdir y telah disusun sbb banyaknya tak mengikut apa yang kita kehendaki. Kita nak mende lain, tapi Allah bagi mende lain..lalu, Kita buat yang Allah larang, kita buat yang Allah tak suke krn ikutkan nafsu.


Teringat saya suatu petang ketika berbual bersama anak buah tercinta. Umurnya 19 tahun, simple saja nama panggilan dy yaa..saya kata padanya “ramainya org sekarang merajuk dgn Allah Yaa”..dy pelik..”aik, knp?”..saya kata..”yela, merajuk dgn Allah..hilang rasa syukur dihati, bila Allah bagi sesuatu, dy tak pernah bersyukur..Allah bagi islam pada dy, dy tak balas dgn sempurna, ramai org hanyut skrg kerana apa..satu je, merajuk dengan Allah.., jgn merajuk dgn Allah yaa”..

kemudian saya sambung cerita saya pada dy. saya kata “ramai sekali org memilih jalan salah bila merajuk dgn Allah, dia pilih hisap dadah..ade perempuan pulak yang tak pernah bersyukur dgn pemberian Allah pada dy, didedahkan segala aurat, tapi rata-rata bila merajuk, dy bermaksiat krn nak puaskan kehendak dy, sedangkan susunan Allah itu sgt cantik, taknak dengar cakap Allah..kerana tiadanya sifat qanaah dalam hati..tiada rasa cukup dgn apa yang ada. Disolek wajahnya sehingga tergoda para lelaki, dicukur keningnya krn katanya keningnya tidak cantik, dibuat pembedahan plastic kerana hatinya selalu merasa tidak sempurna dengan apa yang Allah kurniakan”. 

Memang betullah firman Allah apabila syaitan bersumpah dengan Allah disaat Allah menciptakan manusia..

“kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan belakang, dari kiri dan kanan mereka. Dan engkau tidak akn mendapati kebanyakkn mereka BERSYUKUR. Lalu Allah berfirman : keluarlah kamu dari syurga itu sbg org terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa diantara mereka mengikuti kamu, benar-benar aku akan mengisi neraka jahanam dengn kamu semuanya (al-a’araf : 17-18)..”


memang benar, syaitan akan hilangkan rasa syukur dihati kita pertama sekali untuk mengajak kita masuk neraka bersama dy..dihilangkn rasa zuhud, dihilangkan rasa qanaah, dimatikan rasa syukur, rasa berterima kasih kita pada Allah..kerana itu kita mendapati ramai sekali org bermaksiat kerana tiada rasa syukur dihati mereka. Dilalaikan dengan maksiat yang beraja dihati..dihidupkan hatinya dengan cinta dunia.

Kerana itulah maqam syukur itu lebih tinggi dari maqam sabar..indahnya syukur itu lebih dari sabar..apabila diuji dengan sesuatu, bersyukur terlebih dahulu kita perlu laksanakan, barulah praktikalnya sabar kita. Segala ibadah yang Allah wajibkan sebenarnya satu anugerah, jauh sekali satu paksaan..itulah hadiah buat org beriman. Ibadah kerana Allah hasil dari terbitnya rasa syukur. Macam mana menunujukkan rasa berterima kasih pada Allah dgn pengabdiaan sepenuhnya. Jadi ternyata, ibadah yang diwajibkan bukan satu paksaan tapi hadiah bt kita. 

Wahai sahabat sekalian, saya yakin semua org tak boleh hidup tanpa rahmat Allah kan?. Tapi kita ni sering bermaksiat, bagaimana rahmat Allah itu akan smpai pada kita andai dosa2 yang kita balas pada Allah. Kita taknak sampai satu masa Allah dah tak pedulikan kita, dibiarkan kita lemas dalam maksiat..Allah dah tak pandang, Allah merajuk dgn kita bila kita asyik tak pedulikan dy, Allah merajuk bila kita tak dengar cakap dy, kita letakkan dunia dihati bukan lagi Allah..kalau manusia, kekasih kita bt mcm tu, mestilah merajuk kan?
inshaAllah, marilah..marilah sahabat sekalian..kalau boleh dalam apa jua yang kita lakukan, kita hanya mengharapkan redho Allah semata-mata..

Walau kita dlm maksiat sekalipun, jgn pernah merajuk dengan Allah..kerana kasih sayang Allah itu luas..betapa Allah sayangkan kita, dihidupkan kita dengan rasa cinta..kita bangun hari ini krn cinta Allah pada kita. Kalau bukan krn cintanya, mana mungkin kita bernafas saat ini..sahabat, betapa Allah sayangkan kita..diciptakan peraturan2 yang mesti dipatuhi..semuanya membawa kita masuk syurga. Takde satupun membimbing kita masuk neraka..tanda kasih sayang Allah..usah merajuk duhai sahabat..kembalilah pada Allah..Allah sentiasa menunggu kita.

2 comments:

  1. -> i_M
    syukran atas perkongsian yg amat bermakna..=)
    ya Allah, terima kasih krn memberikan kesempatan kpd kami meperbaiki diri agar km bertemu dengan dgnMu dgn hati yg sejahtera..=)

    ReplyDelete
  2. budak gaza -> i_M
    terima kasih kembali..
    benar dan tepat sekali..segala puji bagi Allah yang masih lagi memberi kita kesempatan, ruang dan peluang untuk bertaubat..
    garaplah peluang yang ada sebelum kita benar-benar kembali pd Allah..
    ~peringatan utk diri sendiri terutama~

    ReplyDelete