Wednesday, August 24, 2011

apresiasi buat mr.blog


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, saat ini Allah masih menghidupkan hati saya dgn cahaya iman. Satu cahaya yang mampu menyelamatkan saya selagi mana ia masih menyala. Moga cahaya itu menjadi penyuluh serta penerang bagi kehidupan insan-insan yang hatinya dahaga dgn keredhaan dan kecintaan. Yang sentiasa haus dgn ilmu makrifatullah..

Post kali ini ingin saya apresiasikan buat mr.blog.. terima kasih mr.blog kerana selalu menjadi pendengar setia yang tak pernah mengeluh. Terima kasih kerana menjadi teman untuk saya berkongsi perasaan, luahan dalam hati mr.blog..jutaan terima kasih kerana menjadi catalyst untuk saya terus berubah, membersihkan hati dgn cara berdakwah, berkongsi pengalaman yang sedikit ini dgn insan-insan lain. 


 Mr.blog..mungkin terlalu banyak ingin saya kongsikan disini. Setiap hari jika kekasih hati mengizinkan, ingin saya lakarkan sesuatu dlam hati mr.blog..memahatkan sesuatu, meninggalkan bekas-bekas dihati manusia untuk berubah, memekarkan rasa cinta pada sang pencipta. Biar setiap hati itu terbalut sepenuhnya dgn iman dan takwa. bersalut dgn rasa kecintaan yang menebal dan meninggi. Menguatkan hati dgn semangat yang utuh dan padu. Meningkatkan keyakinan pada yang maha dekat dgn hati org beriman, iaitu Allah kekasih hati.

Saya suka membaca dan menulis..menulis sesuatu yang bermanfaat buat diri dan org lain. Biar syair dan bait-bait yang dilontarkan mampu menginspirasi saya dan org lain untuk berubah, hari-hari yang dilestarikan dgn warna-warna dunia menjadi semakin baik dari sebelumnya. Setiap ilmu ingin saya kongsikan dgn kalian, walaupun ilmu saya sedikit tapi pahalanya berpanjangan dan berterusan selagi mana ia bermanfaat..

Alhamdulillah..saya bahagia dgn menulis, seolah-olah sdg berkongsi sesuatu yang Allah campakkan dalam hati. Mungkin perasaan yang tak mampu saya cerita dgn kata-kata yang keluar dari bibir, tapi cukuplah ia datang dari hati. Hari ini, bila gersangnya jiwa dgn semangat..saya buka dan baca balik apa yang pernah saya tulis dahulu..mengingatkan saya kembali apa yang pernah saya rasa, alami. Sesuatu yang membuat saya tak pernah lupa apa yang pernah terjadi. Menjadi peringatan buat diri sendiri untuk tidak mengulang kesilapan yang sama.


 Hari ini juga, saya buka balik nota-nota tarbiah yang pernah saya tulis dan saya baca..pengalaman dan pengajaran berharga dlm hidup. Saya telusuri hidup saya selama 21 tahun, banyak perkara yang berlaku dan semuanya berlalu merentas masa, membuat saya terlupa..tetapi dgn kehadiran mr.blog, inshaAllah akan sentiasa mengingatkan saya akan hakikat iman..sejarah hidup yang sering membuat hati saya runtun dan pilu. 

Menulis meninggalkan bekas pada hati saya..mr.blog..alfu syukron sbb buat saya selalu beringat akan apa yang pernah saya tulis, menjadikan saya tidak lupa siapa saya hamba Allah. ilmu ibarat air, jika tidak disalurkan maka bertakunglah ia menumbuhkan penyakit. Air yang bertakung semestinya kotor dan membawa penyakit. Maka sebarkanlah ilmu antara kalian, semoga beroleh manfaat..

Allahuwarasuluhua'alam..