Wednesday, May 23, 2012

jiwa besar semangat menjulang "syeikh ahmad yassin"


bismillahirahmanirahiym..

assalamualaikum wbt..

hari ini saya mampu tersenyum bahgia..indahnya rasa bertuhan, indahnya kasih Allah sehingga menyedarkan diri bahawa kita tak pernah sorang diri dlm hidup..

kerdilnya diri ini yaAllah..kecil shj ujiannya, tapi hambamu ini terlalu kecil jiwanya..mana mungkin jiwa yang kecil mampu untuk menanggung masalah yang besar.jgn katakan  “wahai Allah, masalahku sgt besar tetapi katakanlah wahai masalah, Allah itu maha besar dari segalanya”..padamu segala harapan disandarkan, doa dititipkan setiap masa..lindungi hambamu dari kekalahan dengan sang syaitan laknatullah..kembara hidup mengajar hati dan jiwa, siapa musuh yang nyata, yang sentiasa membisikkan kata-kata dusta dan angan-angan kosong pada dunia..hati yang terang dan jiwa yang benderang menyempurnakan hidup, merasakan indahnya hidup dalam kasih Allah, menyuluh lorong-lorong hidup yang gelap..

aauzubillahiminasyaithonnirajiymm..lindungi aku ya Allah dari syaitan yang direjam..

itu hanyalah monolog saya sendiri, dalam setiap langkah ke kelas saban hari, itu yang saya bisikkan pada hati..”syaitan membuat kita jadi lemah, pujuk kita untuk jadi malas, xboleh kalah dgn musuh Allah sdgkan malas itu satu dosa yang terkadang kita lupa, ataupun ambil ringan sahaja”..Allah yang maha baik ada menjelaskan dalam satu firmannya dalam surah al-baqarah : 286

“Allah tidak membebani seseorg melainkan sesuai dgn kesanggupannya, ia mendpt kebajikan pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya”

Sahabat dan teman, Allah menjelaskan disini bahawa setiap sesuatu yang diperintahkan sebenarnya tidak susah mana pun, Cuma hanya kita yang membebankannya, membelitkan otak mengatakan tidak mampu..perasan tak kita, contohnya dalam berpuasa sunat, kadang-kadang hati kita berbisik nakal
“nanti kalau puasa, lapar pulak, lemah dan mengantuk dalam kelas”.. Dalam menunaikan solat malam juga begitu, “nanti tak cukup tidur, pastu dalam kelas tertidur, lecturer ajar tak faham”.. dan mcm2 lagi alasan untuk kita berlepas dalam menunaikan ibadah pada Allah. Itu belum lagi diajak berjihad dimedan perang yang sebenar..

 senyum seorang mujahid..manis sekali..

saya punya tokoh yang sgt saya kagumi di era ini iaitu syeikh ahmad yassin..apa yang istemewanya beliau adalah keimanan yang terpacak kuat, keyakinannya pada janji Allah swt shj..syeikh ahmad yassin si pejuang hamas di palestin yang tak pernah gentar dgn Zionist membuat jiwanya begitu perkasa dgn kekuatan jiwa walaupun dia hanyalah seorang lelaki lumpuh berkerusi roda yang bicaranya pun terbata-bata. Ketika usia muda 16 tahun, bersama teman-temannya dipantai gaza mengadu ketahanan melakukan head stand, iaitu berdiri dgn kepala dalam jangka masa yang paling lama. Sang pemenang berhak digendong selama perjalanan pulang. Satu persatu jatuh, dan dialah yang paling lama mampu bertahan berjam-jam..teman-temannya menyuruhnya untuk berhenti dan ketika itu dia hanya tersenyum sehinggalah dia jatuh sendiri, malangnya tika dia cuba untuk bangun, kakinya tak boleh menampung berat badannya akibat dari head stand yang terlalu lama.

inilah gaya head stand dan dia mampu bertahan berjam-jam sambil tersenyum

Muda lagi sudah lumpuh..tapi mimpinya tak pernah lumpuh malah tetap menyala untuk melawan kezaliman yang menyimbah di bumi para nabi. Dan kerana mimpinya yang menjulang, ia memilih untuk menjadi guru islam di sebuah sekolah walaupun lumpuh. Kerana kekuatan jiwanya juga, pelajarnya begitu bersemangat mendengar. Suatu hari, pernah ditegur tentang solat malam, maka pagi keesokannya, ibu bapa pelajar memprotes pihak sekolah kerana anak-anak mereka berjaga malam kerana menunggu sepertiga malam terakhir untuk solat malam. Pernah juga ditegur tentang puasa sunnah. Maka hari-hari kemudiannya anak-anak memboikot untuk makan pagi dan siang semata-mata berpuasa. Padahal tika itu musim panas begitu dahsyat dengan siang yang bermandikan matahari. 

Duhai sahabat, mari kita mengambil pengajaran, kekuatan apakah yang ada pada guru yang lumpuh itu? Tak lain tak bukan adalah kekuatan jiwa. Diamnya fikir, cakapnya zikir..hatinya penuh harap, penuh ikhlas hanya pada Allah sehingga Allah membantunya dgn kekuatan menjulang. Bertahun- tahun juga, dia dipenjarakan Israel, sampai kita bertanya, apa bahayanya lelaki tua yang lumpuh ini? Tetapi inilah lelaki yang ditakuti Israel. Dia hanyalah seorang lelaki yang berkerusi roda tetapi jiwanya penuh menanti dgn janji ilahi. Itulah dia syeikh ahmad yassin…"sekiranya aku mati, akan bangkit lagi 1000 lagi org seperti aku"

Dari kisah syeikh ahmad yassin itu tadi, terlalu banyak pengajaran yang bisa kita perolehi dalam mengaplikasinya dalam hidup seharian. Apakah itu? Pertamanya, bisa kita lihat dari segi kekuatan jiwa yang dia ada..benarlah kekuatan itu bukan diukur dari fizikal seperti rambo, bruce lee mahupun pahlawan gusti lain tetapi kekuatan sejati adalah kekuatan jiwa seorang mukmin..ia terletak pada solat malamnya, hati yang benar-benar khusyuk dan tawaduk mengingat Allah. Kekuatan itu bukan diukur dari mewahnya harta, dgn harta kita tak mampu peroleh segalanya..lihatlah pula pada semangat dy yang mampu bertahan berjam-jam head stand sambil tersenyum manis pada teman-temannya, semangatnya kuat untuk menang.."faqad fazal mutaqqun"..itulah juga kalimah yang sering saya ulang2 dalam hidup saya, "maka berjayalah org2 yang bertakwa" kerana sisa hidup yang ada untuk diisi dgn sebuah kemenangan..

Lihatlah pula kekuatan bicara syeikh ahmad yassin..katanya …"sekiranya aku mati, akan bangkit lagi 1000 lagi org seperti aku"..penuh keyakinan bahwa kemenangan dan pertolongan Allah itu sentiasa ada..beliau berbicara sebagai pahlawan dimedan perang dgn penuh yakin dan semangat menjulang kukuh ke sanubari..bahawa kemenangan itu milik islam..

Sahabat dan teman, ingin saya mengajak untuk sama-sama mengambil pengajaran dari kisah tadi..untuk sentiasa besarkan jiwa dan semangat dalam menempuh hari-hari mendatang..hari-hari yang mendatang penuh dgn cabaran dan dugaan yang terkadang menipiskan keimanan, kesempatan kita untuk berdating dgn Allah..jadilah seperti syeikh ahmad yassin yang tak takut pd manusia kecuali takutnya hanya pada yang selayaknya Allah swt..


Sama-sama mengejar syahid dijalan Allah wp kita tidak berada di bumi palestin untuk berperang melawan musuh. Tetapi kita ada senjata yang Allah bekalkan, iaitu doa..angkatlah tanganmu wahai kaum muslimin, mohon doa dgn penuh harap akan kemenangan islam..jgn jadi lemah, jgn jd lalai sehingga membuatkan ketidaksedaran kita begitu penjang sdgkan hidup kita ini pendek..masa berlalu tanpa menunggu kita wp sedetik..terus berlalu meninggalkan kita ummat yang makin alpa..jgn jadi malas, imam syafei memandang "kelemahan sbg kekufuran"..malas itu satu dosa yang manusia sering sebut akibat lupa..

Wallahua’alam..Allah lebih maha mengetahui..

Monday, May 14, 2012

i love you for the sake of Allah

 assalamualaikum mr blog..

semoga setiap hati-hati umat islam sentiasa penuh dgn iman..teringin melihat islam bersinar kembali mcm dahulu, umat islam sentiasa boleh!!
 


Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عُمَرِ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ لأُنَاسًا مَا هُمْ بِأَنْبِيَاءَ وَلاَ شُهَدَاءَ يَغْبِطُهُمْ اْلأَنْبِيَاءُ وَا...لشُّهَدَاءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِمَكَانِهِمْ مِنْ اللَّهِ تَعَالَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ تُخْبِرُنَا مَنْ هُمْ قَالَ هُمْ قَوْمٌ تَحَابُّوا بِرُوحِ اللَّهِ عَلَى غَيْرِ أَرْحَامٍ بَيْنَهُمْ وَلاَ أَمْوَالٍ يَتَعَاطَوْنَهَا فَوَاللَّهِ إِنَّ وُجُوهَهُمْ لَنُورٌ وَإِنَّهُمْ عَلَى نُورٍ لاَ يَخَافُونَ إِذَا خَافَ النَّاسُ وَلاَ يَحْزَنُونَ إِذَا حَزِنَ النَّاسُ وَقَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ (أَلاَ إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ) (رواه أبو داود)

Dari Umar bin Khatab ra, Rasulullah SAW mengatakan kepadaku, ‘sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah terdapat sekelompok orang yang mereka ini bukan para nabi dan bukan pula orang yang mati syahid, namun posisi mereka di sisi Allah membuat para nabi dan orang yang mati syahid menjadi iri. Para sahabat bertanya, beritahukan kepada kami, siapakah mereka itu ya Rasulullah ? Beliau menjawab, ‘mereka adalah sekelompok orang yang saling mencintai karena Allah SWT, meskipun diantara mereka tiada ikatan persaudaraan dan tiada pula kepentingan materi yang memotivasi mereka. Demi Allah, wajah mereka bercahaya, dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut manakala manusia takut, dan mereka tidak bersedih hati manakala manusia bersdih hati.’ Lalu Rasulullah SAW membacakan ayat ‘Sesungguhnya wali-wali Allah itu, mereka tidak takut dan tidak pula bersedih hati.” (HR. Abu Daud)


Allahua'alaam..