Friday, April 20, 2012

sampai hujung nyawa cintaku hanya untukMU Allah..



bismillahirahmanirahiym..

alhamdulillah..Allah itu maha mendengar, benar-benar maha mendengar..sahabat dan teman, tika mana kita rasa lelah dengan kehidupan, kayuh kembali kemudi kehidupan kembali kepada misi sebenar. dunia sering membuat kita alpa dan leka..kecewa itu lumrah..subhanaAllah, lagu ini benar-benar menyentuh hati..bagi yang benar-benar dahaga dgn kasih sayang Allah..






Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/azfar/akan_ku_jumpa.html ]
Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti Cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu

Tuesday, April 17, 2012

bahagia dihati



Bismillahirahmanirahiym..

Assalamualaikum wbt

Lamenya tak update blog sbb kekangan masa..kadang2 kita ini terlalu disibukkan dgn dunia sehingga lupa pada tanggungjawab sebenar..tapi bilamana kesedaran itu masuk kembali, kita bangun dr lena, bergerak berjuang demi agama..

inshaAllah, semoga hati kita sentiasa terisi dgn iman. Iman yang mana itulah nikmat paling besar dlm hidup..nikmat beriman pd Allah swt. Tiada kebahagiaan pada jiwa seorg manusia jika hatinya kosong dr cinta Allah. Seseorang mungkin sahaja memiliki segalanya, punya kereta besar, rumah besar, kaya raya..tetapi itu bukanlah jaminan utk meraih kebahagiaan. Sbb kebahagiaan yang sebenar ada didalam hati. 

Ramai benar manusia yang mencari kebahagiaan di luar, bagi mereka bahagia itu punya kejayaan yang cemerlang dlm pelajaran, kerjaya, kecantikan fizikal, kekayaan harta..sedangkan kebahagiaan yang sebenar sgt dekat. Iaitu pada sebuah hati yang bersih..hati bila mana bersih, akan menjernihkan juga pandangan, serta mampu menjaga seluruh anggota badan. 




Dari dalam ke luar, Dari hati juga akan terpancar sinaran yang baik pd anggota tubuh. Bila mana hati itu benar2 sujud pada Allah, yang lain juga akan turut sujud. Hati itu raja pada tubuh..anggota badan pula bergerak mengikut arahan hati. Seorang dai ataupun muslim diibaratkan seperti cermin. Cermin yang gelap mana mungkin mampu memberi sinaran pada yang melihatnya. Mungkin juga pada hati yang gelap, lantas bagaimana manusia mahu kembali pada Allah andai dai itu sendiri punya hati yang tak bersih?

Hari ini, kita melihat betapa banyak manusia yang sdg menzalimi diri mereka sendiri dgn berbuat dosa samada sedar mahupun tidak. sejarah lama yang terukir meninggalkan kita yang makin hari makin alpa dgn perintah tuhan. Manusia lupa pada apa yang pernah terjadi dahulu sewaktu kaum-kaum dahulu ingkar pada perintah Allah. Lihat sahaja firaun, manusia yang mengaku dirinya tuhan, mati diazab hanya dgn air. Hanya dgn air..bkn api..lemahnya manusia, kerdilnya manusia. Tetapi berapa kerat yang benar-benar mengambil pelajaran pada sejarah dahulu? Lihat pula pada nabi nuh, apa yang terjadi pada kaumnya? Ditenggelamkan dgn banjir besar krn ingkar pada perintah Allah..

Maha suci Allah dr segala sesuatu..engkau punya segalanya yang kami tak pernah punya..semoga kita selalu kembali pada Allah bilamana dosa itu menyinggah..teringat saya pada sang matahari..kagumnya pada keindahan kecantikannya..sungguh, ciptaan Allah itu seakan berbisik kata-kata semangat pada manusia. Matahari sungguh kuat, tabah dan tak pernah putus asa dalam hidup..setiap kali bumi disinari kegelapan, pasti bangkit matahari untuk menyinarinya kembali. Sedarkah bahawa manusia juga begitu, saban hari maksiat yang dibalas pada Allah, dosa makin hari makin bertimbun menggunung..tetapi iman selalu datang mengingatkan kembali perlunya kita kepada Allah..perlunya kita kepada Allah..perlunya kita kepada Allah..Allahu, cukuplah engkau bagiku..

Wassalam..