Tuesday, December 28, 2010
SubhanaAllah, indahnya sabar..
Usrati Jannati
sejak kematian tok dan tokki, semua ahli keluarga sepakat bersatu agar pertalian tidak pernah putus walau kedua tok dan tokki sudah tidak bersama lagi dgn kami..setiap 3 bulan, akan ade usrah dan semua akan berkumpul samada rumah pakcik atau makcik berdasarkan turn adik beradik. Dan Allah menganugerahkan kami ahli keluarga yang ramai, yang mane setiap kali berkumpul pasti penuh sampai duduk kat luar rumah. Dan itulah yang berlaku setiap kali hari keluarga diadakan. Tapi sangat seronok walau tak cukup tempat duduk, berjumpa dengan sepupu2 yang mane payah nak jumpe bile berjauhan, da besar, nak tegur malu2. Dalam keluarga teha, ade satu group yang menguruskan kewangan family yang dipegang oleh ayah su, y menjaga kebajikan keluarga apabila memerlukan. Sume ni da berlangsung selama 4 tahun.
Sunday, December 26, 2010
alhamdulillah T_T sgt merindukanNYA
Tuesday, December 21, 2010
cinta seorang akhwat..
Tidakku mahu bertanya khabarmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Merasai sendiri jiwamu.
Ukhti...
Tidakku mahu memandangmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Halal memegang wajahmu.
Ukhti...
Tidakku mahu senyum padamu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat engkau,
Halal bercanda denganku.
Ukhti...
Engkau bagiku,
Umpama mawar kembang berduri,
Yang dipagari oleh jernihnya kilauan kristal,
Memancarkan sinar yang hebat,
Apabila sang mentari menyinari,
Dan bagaikan titisan-titisan permata,
Apabila hujan menyirami
Membuat diriku terpaku,
Terpesona,
Tidakku berani untuk terus memandangnya,
Kerna ku tahu mataku pasti akan silau,
Dek kerana hebatnya sinaran,
Tidakku mahu menyentuhnya,
Walau hanya dengan hujung jari,
Kerna ku tak mahu sinarnya hilang,
Dek kerana bayang-bayang ku.
Jauh sekali untuk memegangnya,
Pagarnya sahaja sudah cukup mengagumkan,
Apatah lagi bunganya..
Ukhti...
Tidakku mahu meluahkan isi hatiku,
Kerana aku dan engkau,
Adalah lelaki dan wanita,
Yang ada batasannya,
Yang harus menjaga hati,
Kerana Islam itu suci.
Tujuan hidup kita sama,
Teruslah berjuang,
Tulus hanya untuk Allah,
Mencintai Allah adalah tuntutan,
Cinta Allah cinta yang pasti.
Kerana...
Sesuatu yang ku sendiri tidak pasti,
Adakah engkau ditakdirkan untukku,
Semua hanya andai engkau milikku...
10 muwassofat tarbiyah
insan yang memerlukan kekuatan..
Wednesday, December 15, 2010
menangis tu bahgia
Sunday, December 12, 2010
mesej kemaafan dr sahabat
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
wallahualam..
my fevret song is inshaAllah
kenape??
lagu ni pujuk diri teha bile teha rase penat dgn dunia sampai menitis air mata, rase xtahan dgn ujian..knp seberat mcm ni..
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
dgr bnyak kali pun xpe, bg semangat nk teruskn kehidupan
ujian sesuatu y pasti, cara mcm mane Allah nk tgk niat kita
betol krn Allah atau sbb lain..dan dlm mase y same jgk Allah cube membetolkan btol2 niat kita lillah..
as example, someone y join tarbiah dgn niat merubah diri kearah y lebih baik, Allah akn uji dy dgn rintangan dlm proses tersebut. dlm merubah diri, halangan terbesar adlh hawa nafsu, mcm mane menghandle hawa nafsu depends on iman..
but, klo kita btol2 bermujahdah lillahitaala..inshaAllah, ur find ur way..sabar tu penting, sabar dlm segala hal termasuk la bermaksiat, pujuk diri cakap sabar..org bertakwa adlh org y mampu sabar..
lagu inshaAllah telus ke hati sbb merasakn ape y cube disampaikan dlm lagu tu mmg btol2 serasi dlm kehidupan teha jgk waktu mencari jalan kluar menuju tuhan, mashaAllah..ape y Allah kasi kt kita skrg adlh y terbaik, bersyukurlah dgn nikmat iman y ade..subhanaAllah, sgt manis..T_T
firman Allah dlm surah al-a'araf ayat 168
time bace ayat ni, rase sedih sgt sbb musibah n nikmat2, semua itu adlh ujian bg kita, kdg2 kita rase happy dgn nikmat y Allah kasi tapi hakikatnya itu adlh ujian samada kita bersyukur atau tdk dlm mengingat Allah..dan org2 soleh itu akn sentiasa diuji. kdg2 kita lupe akn Allah, n once bile bencana, musibah dtg barulah kita kembali pd Allah dgn sebenar2nya..dan itulah org2 y soleh apabila kembali pd Allah..
sungguh, kehidupan ibarat roda, sekejap diatas sekajap dibawah..
Allah dulu pernah uji teha, sampi teha lupe Allah dlm keadaan sedar, teha taw teha lupe Allah time tu, Allah cabut rase takwa dlm diri ni..but Allah nak kita blajar sebenarnya, Allah turunkn musibah pd teha atas dosa2, n skrg teha sedar sume tu Allah bagi sbb sayangkan teha n nak tunjukkan jln y benar melalui ujian y diberi Allah. sungguh, Allah xkan biarkan hamba2nya y soleh terus hanyut. dlm proses mencari Allah kembali, perit sgt sampai menangis tiap2 hari, teha ckp,
Allah, teha da kembali..
thank u Allah for the everything..T_T
Saturday, December 11, 2010
hakikat bahgia - UNIC
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Friday, December 10, 2010
subhanallah, bahagia dlm ketenangan
- erti sabar : tdk diketahui tahap sabar seseorg selagi tdk diuji dgn perasaan marah
- erti tabah : tdk diketahui ketabahan seseorg selagi tdk diuji dgn pelbagai ujian. Allah uji mengikut kesesuaian hambanya. Kita mampu dat y Allah uji.
- erti ikhlas : ikhlas krn Allah, saat y lain angkuh, teguh disaat y lain runtuh, tegar disaat y lain terhampar. Everything because of AllAH.
- memaafkn : memaafkan kesalahan org lain dgn ikhlas krn Allah, walaupun salahnya terlalu besar buat kita. Sebak melihat akhlak mulia rasulullah..terlalu mulia..semulia2 makhluk ciptaan Allah, nabi muhammad s.a.w..nak jd mcm rasulullah, terlalu baik even dgn musuh sendiri.
- erti ukhwah : siapa kawan, siapa kenalan, siapa rakan, siapa teman, siapa sahabat, siapa musuh. inshaAllah my best friend is Allah y sentiasa mendengar keluhan hati maupun disaat bahgia n sedih. Allah always in my heart..hanya Allah y mengetahui isi hati.
- ketenangan y membahagiakan : hanya Allah y taw apa y hati inginkan sebenarnya, cukup hanya ketenangan.
- kepentingan tahajud : dulu qiam malam just krn cukupkan mutabaah, tahajud sbb qiam biasanya bt solat tahajud. tp skrg teha taw apa tujuan tahajud, tahajud dpt menguatkan kita dlm menghadapi ujian akan dtg. no tahajud mlm tu, esok teha pasti mesti teha akn nangis.
- kene jaga solat betol2 : solat mencegah kita dr melakukan perkara munkar, kemaksiatan berlaku krn solat y x sempurna. tak dinafikan, kita xtaw samada solat kita sempurna atau tdk, tetapi cubalah persembahkn y terbaik u Allah.
- menjaga fikiran y positif : Allah mengikut persangkaan hamba2nya, selalulah bersangka baik terhadap Allah, rupa2nya Allah sayang teha, tu dy bg teha ujian mcm ni..so sweet Allah~~rase melayang kejap.
- blajar rase susahnye nak jd solehah : bukan senang nk jadi seorg y solehah, mcm2 kene hadapi dlu, bwu btol2 dpt title muslimah solehah. Solehah tdk diukur dari segi fizikal, dr petahnya berkata2 ttg agama dan jgk bkn pakaian y menutup aurat melambangkn solehah tapi hati yang suci bersih ikhlas itulah solehah y menjaga batas2 agama.
- jaga hati : even sekecil2 dosa boleh mengotorkan hati kita, menyukarkan nur Allah utk masuk dlm jiwa krn cik IMAN hanya berada pd hati y bersih ikhlas krn Allah.
- Allah sentiasa di sisi : la tahzan saat kesedihan dtg T_T
- Myself + Allah = enough
- don’t waste time : masa hanyalah utk Allah bukan utk perkara2 annoying
- belajar mencari diri sendiri : kembali kpd fitrah kejadian manusia y sukakan kebaikan, menguatkan diri saat bersendirian.
- I promise to myself, don’t make the same mistake. mujahadah y kuat melawan hawa nafsu
hijrah 1432H ..
Wednesday, December 8, 2010
Allah sayang kamu duhai sahabatku
Monday, November 22, 2010
LOVE is PaiNFuL
Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing? Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing. Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan. Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan. Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya. Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan. Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek? Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif lagi. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu. Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis. Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang. Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokkan kepada hamba-hamba-Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta. Kenapa jadi begitu? Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta yang begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan. Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain. Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan air mata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita... Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan.... Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya... Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu.... Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya... Renungkanlah.... ****************************************************** Sahabat sekalian, Tanya lah diri kita balik, di mana kita letakkn cinta kita yang hakiki??jgn seksa diri krn cinta y sementara..N jgn disebabkn kehilangn cinta y setitis itu jgk, kita kehilangan cinta y selautan..krn kasih sayang Allah melebihi segalanya, nescaya xkn pernah mengecewakn kita..never.. |
Sunday, November 21, 2010
umi, engkau bertakhta dihati ku..
wahai umi...sayang sgt kt umi..
x mampu nk diluahkn di sini, nak ditulis satu2 x larat, sure penat..krn jasa mu wahai umi terlalu besar buatku..
cukup ayat 'i love u' menggambarkn seluruh perasaan ku pdmu..
umi, doakn nurul selalu..
Saturday, November 13, 2010
jum berakhlak mulia..
Assalamualiakum..dis time, teha xnak cter pasal kawan baik lg da..tp ni pun kawan baik teha jgk..ukhtifillah tersayang shima..ade la skit2, ops! sori..xsengaja..
Dialog shima n teha
Shima : teha…
Teha : shima…
Shima : teha..
Teha : shima..
Shima : teha..
Teha : yey, cik shima…teha2..yey,kenape??
Shima : haha, garangnya makcik..
Haha..act xnak cter pasal shima pun sebenarnya…toing, afwan shima…
hey, kucing ciko..kamu bt ape haa??
Ukhtifillah sekalian, ana tahu mesti ade y xske binatang kan? Tetapi ketahuilah teha mmg suke haiwan terutama kucing..so, ntunna mmg kene terima hakikat tu..kat mane2 pun , xkira kucing.hahaha..rasulullah pun ske kucing, am I rite? Klo salah tegur yey..Rasulullah sebenarnya sayang kt semua binatang n bukan kucing je..
Dari Ibnu Umar ra bahwa rasulullah saw bersabda,”Seorang wanita dimasukkan kedalam neraka karena seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada dilantai.” (HR. Bukhori)
Nampak x sahabat sekalian, klo kita menzalimi binatang apa y kita akn dapat? Tu menzalimi binatang, apatah lg menzalimi manusia..klo zaman sekarang, kt luar masyarakt saling berbunuh, anak luar nikah dibuang mcm tu je..lg kejam dr binatang..btol x??pkir-pkirkan…
ni teha time kecik2 dulu..(ceh, perasan jd mat saleh jap)
Actually, sahabat sekalian, taw x sape sahabat rasulullah y suke bermain anak kucing? Sahabat tu adlh abu hurairah. diceritakan time tu abu hurairah berjumpa dgn rasulullah, n rasulullah tanya, ape y dlm lengan baju kamu,n abu hurairah tunjukkan.n rasulullah pun pnggil la dy ngn name abu hurairah.name sebenar dy adlh abdul rahman.
Teha dulu bila satu2 perkara buruk xleh hilang dr hidup teha, susah nk buang..teha akn ckp ble jumpe kucing sambil gosok dy, “kucing, doakn aku yey..jauh dr sifat buruk, akhlak buruk, aku xnak, doakn aku jd baik, doa yey kucing..”
kucing, doakn teha..
sbb teha doa main2 mase smyang, x bersungguh2 nk buang sikap jahiliah tu,x khusyuk solat..sampaikan terlupa jap, owh aku seorang muslimah sebenarnya, seorg muslimah xblh berakhlak buruk..kene jage maruah, sifat malu..jage imej islam..
Sbb malu tu sebahagian iman, klo hilang malu, hilanglah iman dlm diri..btol x??
Sabda nabi dlm hadis arbain nawawiyah, hadis ke 20 (berbuatlah sesukamu):
Sesungguhnya y masih dikenal umat manusia dr perkataan nabi terdahulu adlh : bila kamu tdk malu, berbuatlah sesukamu..
Sahabat sekalian, faham x sifat malu tu mcm mane? Its not like shy2 cat..
phewwitt..smile2..
tersenyum2 sipu..kelip2 mata mcm tu..its not like dat..
Tapi malu tu la y patut ade dlm diri seorang y bergelar muslim..iaitu malu bermaksiat pd Allah, ukhtifillah, ingatlah kita boleh menipu manusia, tp kte xleh tipu Allah..mgkn ade y menyembunyikan kemaksiatan y dilakukan tanpa pengetahuan manusia pun.hatta seorg y rapat dgn dy pun tdk mengetahui, tp Allah taw dan Allah tu maha berkuasa, bila2 je dgn izin dy, dy akn tunjukkn aib2 kite tanpa diminta pun..so berhati2lah dlm menjadi seorg muslim y bertakwa..takwa y direbut sehinggakan saidina umar mendefinisikn takwa mcm bjalan diatas satu jalan y dihamparkan dgn penuh duri. how?? Of coz la berhati2 kn ble berjalan, xnak satu duri pun terkena..btol x? n setiap org, hendaklah memerhatiakn apa y diperbuat utk hari esok, Allah berfirman dlm surah (59:18)
Wahai org2 y beriman! Bertakwalah pd Allah dan hendaklah setiap org memerhatikan ape y telah diperbuat utk hari esok (akhirat). Dan bertakwalah pd Allah.sungguh, Allah maha teliti terhadap apa y kamu kerjakan (59:18)
Dan setiap dr kita hendaklah memerhatikn setiap amaln, apa y kita persiapkan u bekalan kita nnti, persiapan diri menghadapi hari kebangkitan..n perkara pertama y akan dihisab Allah adalah solat. cukup solat dulu be the 1st. bila baik solat, maka baiklah segalanya..Allah akn tgk solat kte dulu, klo solat kte pun x baik, hancur..taw2 la yey..Allah xkan pndng kite dr sisi ibadah lain pun..sbb solat tu tiang agama. analoginya mcm mendirikan rumah, pasak rumah tu adlh solat..klo pasak(solat) dy x elok, mende2 lain(akhlak,aurat..n so on) pun xkn jd elok. Rumah(diri) tu pun akn jd senget sebelah..kte(iman) pun xnak duduk sbb takot..dlm surah 29 : 45
….Sesungguhnya, solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar. Dan ingatlah solat itu keutamaan dy lg besar dr ibadah lain. Allah mengetahui apa y kamu kerjakan (29:45)
Jadi ape kaiatn solat dgn akhlak sebenarnya, “solat is the key”..baik solat, baiklah akhlaknya..sbb akhlak y baik n akhlak y buruk jgk perlukn mujahadah n muhasabah. Mujahadah nk dptkn y baik, n muhasabah menghindari dr y buruk..Dan martabat seseorg muslim tu akn jatuh serendah haiwan sekiranya akhlaknya runtuh..malu nye sudah tdk ade, dipandang hina masyarakat..hurm..xnak2!! naudzubillah..
Dan akhlak ni muncul dr dalam sebenarnya, klo dalam kte baik, inshaALLAH, luar kte pun akan baik..n output dr dalam tu la adalah akhlak sebenarnya..
sabda nabi : mukmin y plg sempurna keimanannya adalh y plg baik akhlaknya..
n diutuskan rasulullah adalah utk menyempurnakan akhlak umatnya..
indah x islam sahabat sekalian, even berperang pun ade adab2 dy..tdk boleh menzalimi mayat, org tua, kanak2, perempuan2..tdk boleh memusnahkan rumah ibadat.klo hukuman qisas tu, bukan bunuh secara terus, tp bertanya dahulu kpd keluarga y dibunuh samada perlu dilakukan hukuman tersebut atau tdk kpd pembunuh..
rasulullah sgt indah akhlaknya, benarlah firman Allah dlm surah al-ahzab, ayat ke 21
sungguh, telah ade pd diri rasulullah itu suri teladan y baik bagimu iaitu bg org2 y mengharap rahmat Allah dan kedatangn hari kiamat dan yang bnyak mengingat Allah..
subhanallah, teha sendiri pun susah nak buat, susah nk berakhlak sebaik rasulullah..pernah diceritakn ade seorg wanita yahudi yang buta, menentang rasulullah, baling batu n segalanya lah...sehinggalah satu masa wanita tersebut jatuh sakit, dan siapa y menjaganya adalah rasulullah..mase nak makan tu, rasulullah siap suap, hancurkan dulu baru suap kt mulut wanita tersebut.ya Allah, cantikkan akhlak rasulullah..wp org tu pernah sakiti dy, dy tetap maafkn org tu bahkan siap menjaganya lagi..sehinggalah rasulullah wafat.dan tugas menjaga wanita tersebut diserahkn kpd saidina abu bakar, masa saidna abu bakar nk suap tu, wanita tu menolak krn x sama dgn suapn org sebelumnya..menangis saidina abu bakar n terus dceritakn perihal rasulullah kpd wanita yahudi tu..yang menjaga kamu adlh nabi muhammad..terus wanita tersebut masuk islam..
subhanallah, teha ble dgr cter ni rase sebak..knp xbleh nk berakhlak mcm rasulullah..semulia2 manusia y Allah cipta.wp jahat mane pun org kt kita, kte kene maafkn dgn ikhlas..redho segala y terjadi..tolaklah kejahatan dgn kebaikan, itulah kata2 y terpahat di hati teha. tunjukkan akhlak y baik, jadi qudwah hasanah bg org lain..teha nk sgt akhlak y mcm rasulullah, sgt tabah, sgt sabar..krn bila kte x dpt maafkan kesalahn org kt kte, hati kte akn rase dendam dan ketahuilah dendam itu boleh merosakkn segala amaln baik kte..dan jgk, Allah free2 je bg dosa kt kte sbb pnyakit hati y ade dlm diri..
kebencian itu tdk dpt dimusnahkn dgn kebencian jgk, tetapi mampu dihapuskn dgn rasa cinta..subhanallah, klo ade sahabat2 y masih ade rase dendam, maafkn kesalahn org tu..inshaAllah, kte akn tenang..cakap kt hati, aku da maafkn semua kesalahn org kt aku hari ni..walau sebesar mane pun silap, kadang2 rase mcm xleh maaf, cakap je kt hati tiap2 hari pun xpe..inshaAllah, hati kte akn tunduk jgk dgn rase maaf tu..dan janji dgn diri sendiri, xnak bt salah lg..
refleksi diri kita, introspeksi diri kita, sejauh mane kita berakhlak mulia selama ni, berakhlak dgn segala bende bkn hanya dgn manusia, dgn haiwan, rumah ibadat, al-quran, berakhlak dgn diri kita sendiri..hakikatnya, diri kita juga perlu dihormati sbb diri kita sgt berharga wahai muslimah sekalian, contohnya tutup aurat..sayangi diri kita sendiri..n macam mane kita berakhlak dgn ALLAH swt, tu y paling penting..iaitu bt segala ape y Allah suruh , n hindari dr perkara2 y Allah larang..
peringatan utk diri teha terutama..sesungguhnya, manusia tdk lekang dr berbuat dosa..hakikatnya, setiap kata2 y kluar, org y pertama diuji adlh teha dulu..mulut y berbicara lebih dekat dr telinga y mendengar..perlu berakhlak mulia.sebagai org y menasihati n dinasihati..maafkan teha ade tersalah bicara dgn sahabat sekalian..doakan teha yerk!! ganbate kudasai!! haiyakk...
wallahualam..