Tuesday, December 28, 2010

Usrati Jannati

Astaghfirullahaladhzim 3x..

syukur Alhamdulillah dikurniakan keluarga yang berfikrah.. cuti yang panjang walau sebulan je menyebabkan hati rase kering dgn tazkirah samada dlm bentuk ceramah, usrah atau apa aje. Diri cube mencari mengumpul sebanyak mane buku, mendengar ceramah-ceramah dari vcd oleh ustaz2. Kesempatan on9 yang diperoleh dari sahabat lillahitaala hanim norlaila dari broadbandnya cube untuk mengumpul membaca sebanyak mane tazkirah samada dari blog rakan seperjuangan atau dari mane2 tazkirah yang dijumpai agar terubat rase hati yang rindukan NYA dan mase yang ade tidak disia-siakan untuk perkara bukan2.

Alhamdulillah, syukur Allah menganugerahkan teha sebuah keluarga yang berfikrah islami..sesuai la dgn tajuk USRATI JANNATI..’KELUARGAKU SYURGAKU’..



 sejak kematian tok dan tokki, semua ahli keluarga sepakat bersatu  agar pertalian tidak pernah putus walau kedua tok dan tokki sudah tidak bersama lagi dgn kami..setiap 3 bulan, akan ade usrah dan semua akan berkumpul samada rumah pakcik atau makcik berdasarkan turn adik beradik. Dan Allah menganugerahkan kami ahli keluarga yang ramai, yang mane setiap kali berkumpul pasti penuh sampai duduk kat luar rumah. Dan itulah yang berlaku setiap kali hari keluarga diadakan. Tapi sangat seronok walau tak cukup tempat duduk, berjumpa dengan sepupu2 yang mane payah nak jumpe bile berjauhan, da besar, nak tegur malu2. Dalam keluarga teha, ade satu group yang menguruskan kewangan family yang dipegang oleh ayah su, y menjaga kebajikan keluarga apabila memerlukan. Sume ni da berlangsung selama 4 tahun.

12 disember 2010, menggamit memori..saat yang lain sibuk dengan percutian masing2..syukur Allah sibukkn teha dengan usrah family. Majlis bermula jam 4.30, tapi bertolak pagi ke rumah ayah chik kt dungun. Dalam kereta, sepupu pasang lagu suci sekeping hati oleh saujana. Bile lame xdengar lagu ni, rase jiwa terusik kembali bile teringat saat2 dulu..bile liriknya :

sekeping hati dibawa berlari,
jauh melalui jalan yang sepi,
jalan kebenaran indah terbentang..

saat tu, pipi rase basah dgn air mata, jiwa terusik bile menghayati, cube tahan air mata tp x mampu..

selesai solat maghrib dan isyak berjemaah, semua ahli keluarga berkumpul untuk mulekan sesi tazkirah, teha duduk belakang same2 ngn sepupu, yang didepan sume makcik2..mulelah buku APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM oleh fathi yakan dibentang satu persatu.. saat dlm bab 2, saya mestilah muslim disudut  ibadah..bile kak hashimah bace hadis :

Sesiapa yang memusuhi kekasih (waliku), maka aku mengistiharkan perang terhadapnya. Tidak ada satu perbuatan mendekati diri (taqqarub) kpd aku, oleh hambaku y lebih aku cinta selain drpd kewajiban-kewajiban yang aku fardhukan keatasnya. Hambaku akan terus beramal menghampiri diri kepadaku dengan melakukan amalan-amalan sunat sehingga aku mencintainya. Apabila aku sudah mencintainya, maka aku (menjadikan) pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon sesuatu dari aku, nescaya aku berikannya. Dan jika dia memohon perlindungan aku (dari sesuatu) nescaya, aku akan melindunginya. Aku tidak pernah ragu dari sesuatu yang aku lakukan seperti aku ragu (hendak mengambil) nyawa hambaku yang mukmin dimana dia membenci maut sedang aku tidak suka menyakitinya.
                                                                                                      (riwayat al-bukhari)

Saat tu hati rasa runtun, bersyukurnya andai kesemua pendengaran, penglihatan dan segala-galanya dilindungi Allah untuk kita. Mengenangkan segala dosa2 diri ni pada Allah, membuat hati terusik, rase hina depan Allah..dan tak semena2 mata bergenang dgn air turun membasahi pipi. Setitis demi setitis, mata x tahan menampung air mata.. rase sedih menjalar-jalar dalam dada..but, apa y teha mampu buat time tu, tunduk tgk lantai.. I said, teha jgan la nangis dekat sini..but I can’t!!!...

Anak sedara y umo 7 tahun tanye,  moksu  bakpe nangis??  i can senyum dan pegang tangan dy kuat2.. teha cakap, wani jgn nangis mcm moksu..n dy tgk teha sampai habis majlis dgn seribu pertanyaan.

Duhai anak kecil, kamu tidak mengerti perasaan aku..aku juga tidak mampu menceritakan segalanya pada kamu..

Bile teringat hadis tadi, meresap dlm jiwa, sungguh, Allah terlalu sayangkan hambanya. Merenung dalam diri teha jauh2 dalam2..dengan apakah diri ini melihat, mendengar, berbuat?? Semua itu dari Allah kah andai kita masih bermaksiat?? Jika Allah mencintai kita, y kita lihat dengar buat adalah dari Allah maknanya segala yang baik2 shaja datang dari Allah. Baikkah kita selame ni?? Sampai Allah kate, siapa y memohon sesuatu NESCAYA aku berikannya..sungguh, Allah maha lembut dan sikit pun tidak pernah menzalimi diri kita melainkan diri kita sendiri y zalim..

Wallahualam..


No comments:

Post a Comment