Wednesday, January 26, 2011

Allah, besarnya engkau dihatiku..


khusus utk dicintai.. 

~Allah maha besar~



 Allah..
besarnya engkau dihatiku..
tiada sesuatu yang bisa menggantikanmu..
hanya engkau yang bertakhta disanubari setiap waktu..
dan tidak ade sesuatu yang mampu memahamiku selain kamu..

Allah..
cintaku padamu tiada berbelah bagi..
hanya engkau satu-satunya penyejuk qalbu..
pendamai jiwaku dikala resah..
dikala rasa sedih menyapa..
engkau memujuk aku dengan ayat cintamu..
menguatkan aku dengan janji-janji mu..
yakin..
orang -orang beriman selalu diuji kerana kasihnya kamu pada aku..

Allah..
saat ini engkau menyaksikanku
menyaksikan setiap butiran air mata yang berguguran..
yang tulus dari hati untukmu.. 
semoga hati ini terus menangis kerana kamu
terus mengalir seperti air sungai walau dihalang ribuan batu..
sehingga penghujung nafas terakhir..
dalam husnul khotimah..

Allah..
aku tidak mengerti dengan dunia..
apa yang aku tahu
aku ade penciptaku..
yang sangat mengasihiku..
yang selalu menemaniku dimana sahaja..
yang sentiasa dalam hatiku
disegenap jiwa..
itulah kamu, ya Allah..
tuhanku..

Allah..
engkau sedikit pun tidak pernah menjauhi ku..
tidak pernah sekali pun menzalimiku..
ampunkan aku yang dulu pernah menjauhimu..
aku yang lemah..
yang selalu menzalimi diriku sendiri.
yang terlalu banyak berdosa denganmu..

Allah..
kini, aku adalah diriku yang baru.. 
semuanya atas kehendakmu..
yang hidup dan matiku hanyalah untukmu..
kasih sayang yang engkau berikan adalah sebesar-besar nikmat bagiku..
itulah nikmat yang paling aku syukuri antara nikmat-nikmatmu..
yang paling manis 
yang paling berharga
yang paling bahagia aku rasakan..
nikmat beriman padamu tuhanku..

Allah..
dakaplah, peluklah aku dengan cintamu..
baluti jiwaku dengan kasihmu..
redhoilah setiap langkahku..
jangan biarkan aku lalai dengan dunia..
kerana 
disaat akhir nanti aku ingin sekali berjumpa dengan penciptaku
melihat wajah kamu disebaik-baik tempat iaitu syurga..

Allah..
engkau dekat, tersangat dekat dengan jiwaku..
engkau maha mengetahui segala isi hati..
engkau bergerak dlm nadi..
membuat hati terasa sejuk bergetar..
dan yang maha mengerti aku dlm setiap perkara..

Allah..
kurniakan aku kekuatan untuk aku hidup didunia yang sementara ini
kekuatan untuk hidup hanya semata-mata kerana kamu..
sebelum kita bertemu..
kerana hanya engkau sebesar-besar dihatiku..
selama-lamanya..
alhamdulillah..segala pujian hanya layak untuk engkau..
Allahuakbar..




untuk yang maha mencipta..
-Allah-

dari hambamu yang sedang belajar, yang sedang membersihkan hati yang kotor..
semata-mata hanya untukmu yang maha sempurna..
~nurul faratihah ibrahim~

Sunday, January 23, 2011

mari sini duduk, kita beriman sekejap


salam..semoga setiap langkah kita, diiringi kekuatan dariNYA.
astaghfirullahaladzim..

yaAllah, jgn lalaikan aku dgn dunia y smentara ini..bimbinglah aku ke jalan redhoMU. 
ampunkn hambamu y penuh dosa ini..

 cahaya iman memandu kita kejalan y lurus.

sahabat..
kadang2 kte x sedar pun y sebenarnya keberkatan hidup kita telah diambil. telah ditarik kembali kpd y maha pemberi keberkatan..selalulah bersangka baik, inshaAllah hati kte akn tenang, hilang rase gelisah..zuhudlah dengan dunia y sementara, krn dunia ini tiada apa2..yang penting dlm hidup, kite ade Allah walau dimana sahaja, Allah y jadi penglihatan pendengaran percakapan perbuatan kita..bahagia bile beriman..hanya org y pernah main salji tahu macam mana rase bermain salji tu..dan mcm tu jugak lah kita, hanya org beriman tahu macam mana rase manisnya iman. ayuh beriman dgn sebenar2 iman..yakin dgn Allah pemilik alam semesta..

sahabat..
mcm mane dikatakan hidup kita hilang keberkatan.. yang mana hilang keberkatan itu tidak semestinya dlm bentuk fizikal semata-mata, bukan hanya ketika ditimpa kesusahan (bencana) tapi hilang keberkatan dari segi masa. kite x sedar, kita da banyak sgt buang masa selama ni..

ya Allah, ampunkn hambamu..aku jugak sedang memperbaiki diriku kearah y lebih baik dan mengimpikan menjadi y terbaik didepan mu..

masa? waktu? banyak dibuang mcm tu sahaja..sibuk tak salah, tapi biarlah sibuk yang berisi..sibuk yang memberi manfaat pada kita. manusia dicipta dlm keluh kesah.. selalu gopoh gapah, mementingkan sesuatu y tak penting dari yang lebih penting..mashaAllah, diri ini banyak sgt mengabaikan tanggungjawab padaMU selama ni..selalu mengabaikan waktu utk bersamaMU walau sekejap sahaja. selalu melambat2kan utk berzikir..itulah y dikatakan hilang keberkatan bila sesuatu kerja tdk disiapkan pda waktunya krn melebihkan sesuatu y tak penting...

ayuh..jadi org beriman..

sahabat..
muaz bin jabal berkata " mari sini duduk, kita beriman sekejap" 
perlembagaan org beriman..

ayuh, kte refleksi diri kita, merenung sedalam2nya..
allahuwarasuluhua'alam.

Friday, January 21, 2011

bagaimana rasa hati org y beriman..

sakit? yey..kite sering membicarakn ttg keadaan zahir kita tapi kite sering lupe keadaan batin kte. jika fizikal kita sakit, cepat-cepat dibawa ke hospital, atau klinik.. tapi, klo batin kte sakit? ke manakah harus kita bawak hati y sakit itu? pegi klinik, doktor akn cakap xde ubat utk hati y berpenyakit mcm ni..yey, farmasi pun xde buat ubat utk sakit qalbi kita.  
hati y dibicarakn disini bukanlah hati organ (kibdah) tapi hati y sebenar2nya hati (qalbi)..firman Allah :

Pada hari tidak bergunanya harta dan anak pinak kecuali yang berjumpa dengan tuhan dengan hati yang sejahtera.
yey, hati y sejahtera y hanya Allah lihat, y Allah nilai..bukan harta y kita miliki skrg tapi hati y ikhlas krn Allah.
“Periksalah hatimu pada tiga keadaan : ketika kamu membaca al-Quran, ketika dalam majlis zikir dan ketika kamu bersendirian dengan tuhan. Sekiranya kamu dapati hati kamu kosong maka hendaklah kamu meminta pada Allah menganugerahkan hati pada mu. Sesungguhnya kamu tidak ada hati.”

yaAllah, hebatnya nilai hati sampaikan jika kita sudah tdk punya hati, pintalh hati yang baru, ganti dgn yang lame..subhanaAllah, segala pujian bagi Allah y mencipta kan sekalian alam. yang memegang hati-hati kita..y membolak balikkan hati. pintalah agar Allah tidak membalikkn hati kte kearah maksiat..

 hindari dari penyakit hati

mashaAllah, pentingnya nilai hati depan tuhan..jagalh ia sebaik mungkin dari dinodai maksiat..setiap kali kita bermaksiat, akn ade satu titik hitam pd hati kita. jika tiap2 hari kita bermaksiat, agak2nya hati kita da warna ape yey? warna hitam pekat mungkin..Allah nak tgk ke hati yang macam tu sedangkn Allah nak tgk hati y sejahtera y perlu kita persembahkannya diakhirat kelak. hati yang sehat dari penyakit2 hati seperti hasad dengki, prasangka, benci dan mcm2 lagi..sungguh, penyakit hati itu membuatkn jiwa kita makin sakit.

sahabat yang dikasihi tidak lain hanya atas dasar keimanan semata-mata...

hati itu umpama sehelai kain. once dy da kotor, kita perlu cuci dgn sabun bukan cuci dgn kotoran. macam tu la hati kita, perlu kita bersihkan dgn kebaikan bukan bersihkan dgn keburukan, bukan makin buat dosa2 tu..inshaAllah, hati kita akn bersih..taubat dgn sungguh2, mintak ampun pada tuhan agar tdk mengembalikan kita pada maksiat2 lalu. 

hati itu dibahagikan kpd 3 bahgian :
1. hati yang sihat
2. hati y sakit
3. hati y mati

yey, macam mane dikatakn hati y sihat..diri ini ingin sekali merasakan hati yang sehat, sentiasa basah mengingatiNYA. Allah berfirman : 

“ Sesungguhnya orang-orang beriman hanyalah orang-orang yang yang gementar hati mereka bila disebut nama Allah, bertambah iman mereka apabila dibacakan ayat2 Allah swt dan berserah hati mereka pada tuhan.” (Ayat 2 surah al-Anfal)

mashaAllah, begitukah hati ini selama ini andai diri sering bermaksiat padaNYA? gementarkah hati ini setiap kali nama Allah disebut atau ianya berlalu bagai angin sahaja? tanya iman kita duhai sahabat..apa y kita rasakn saat ayat2 Allah dibacakan..bergetarkah? 

hati y sihat adlah hati y sentiasa mengambil pelajaran terhadap sesuatu y berlaku. hati y tidak mengulangi kesilapan lalu. hati yang sentiasa yakin dgn janji2 Allah. hati y selalu mengingatinya, hati y merasakn manisnya beribadah, hati y khusyuk, hati y menerima kebenaran wp pahit, hati yang selalu merasakn dibawah pengawasan Allah walaupun secara fizikalnya tidak nampak apa yang berada dlm hati sekarang. itu y perlu hati kita rasakan..sgt takut dan dlm masa y sama sgt sayang pada Allah..

setiap apa y berlaku pada diri kita, ade pengajaran disebaliknya..sebanyak mana hati kita mengambil pengajaran, setinggi itulah nilai kesihatan hati..Sesungguhnya otak yang berfikir tentang kejadian tuhan dan sentiasa mengambil pengajaran adalah dari hati yang sihat. hati adalah raja segalanya, baik hati maka baiklah seluruh jasad. baik hati kita, maka pendengaran, penglihatan, percakapan dan segalanya akn baik krn bermula dari hati y baik.

Hati ini sentiasa terdetik nama Allah. Sebanyak mana kita mengingat sesuatu, setinggi itulah kasih kita padaNYA. Sekiranya hati kita banyak menyebut nama tuhan itu tanda kasih padanya adalah benar2 wujud. Kalau hati lebih banyak menyebut tentang wanita, takhta, kerja, periksa, harta, kereta atau dunia maka dakwaan cinta pada tuhan adalah bohong semuanya.hanya teori semata-mata. 

ayuh, kita bersihkan hati2 kita..mencari rasa hati org2 y beriman. apakah perasaan org2 beriman apabila hati dlm keadaan sihat..bagaimana rasenye..rase manis, rase melayang atau rase pahit..atau bagaimana? hanya org2 y btol2 beriman merasakannya..tidak mampu untuk digambarkan perasaan selagi mane kita tdk merasaknnya sendiri..

sahabat y dicintai kerana Allah semata-mata..



ayuh2! kita membersihkan karat-karat jahiliah dlm diri, buang segalanya demi hati y ingin dipersembahkan pada Allah nnti. persiapkan hati kita dgn rase ikhlas, rase redho rase syukur dan segala rase2 y baik..sembuhkan segala luka y terpendam selama ini lantaran maksiat y kita lakukan pada Allah. sembuhkan dgn ubat hati..ubat hati y mane kita sendiri y menjadi doktornya..yey, doktor hati y bertauliah, y sentiasa mengingati rabbul izzati. perbezaan org y hidup dan org y mati adalh zikrullah (mengingati Allah)..sentiasalh ingat Allah, maka Allah pun ingat pada kita..

Allahuwarasuluhua'alam..

kerana hidup untuk memberi bukan hanya menerima dan Allah sedang mengabulkan doa2 hambanya.
~bahgia dalam ketenangan~ 


Tuesday, January 18, 2011

Allah, indahnya mengingatiMU, saat hati bening..

astaghfirullahaladzim3x..
subhanaAllah, indahnya mengingatiMU..

enti bahgia?? yey..ana bahgia..
kita sering bertanya, dimana saat bahgia kita? knp kita asyik rase sedih? bilakah bahgia tu akan muncul? hidup kita sering diuji..diuji dengan macam2 rasa..kadang2 sedih, kadang gembira..mcm2 perasaan.. cube kita merenung sepanjang hidup kita, pernah x Allah memberi kita rase bahgia? yey, bahgia yang bagaimana?? iaitu bahgia dalam ketenangan..ketenangan ketika mengingati Allah..


sahabat sekalian, itulah bahgia bg teha..tiada apa yang lebih indah selain mengingati Allah..dan tidak ada satu bahgia pun didunia ini yang bisa menggantikan bahgia tersebut..susah nak digambarkan perasaan tu andai diri sendiri tidak ada usaha untuk menyelaminya..

yaAllah, beningnya hati saat ini mengingatimu, hanya mampu diluahkn melalui air mata, teringin sekali ingin meminjamkan pada sahabat yang ingin merasakannya, ingin sekali kita berkongsi rasa bahgia yang sama..

jika dulu waktu kita kecik, org sekeliling suke bertanya, apa kenangan paling manis? mesti kita akan jawab dgn mcm2 jawapan..ade y pergi melancong, pertemuan, result yang cemerlang n mcm2 lagi..dan kenangan pahit pulak, mesti kita akn jawab jatuh basikal, accident, n mcm2 jawapan..tapi sedar kah kita, bahgia kita tu sebenarnya berada dalam hati kita, dan sekarang bila da besar, da boleh berfikir dengan mata hati yang haqq..teha akan jawab, kenangan manis adalah ketika saat mengingati Allah dan kenangan pahit, saat susah nak ingat Allah dengan khusyuk..

Allah berfirman dlm surah ar-ra'd ayat 28
iaitu org yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dgn mengingati Allah. ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akn menjadi tenteram..

surah al-anfal 2 
sesungguhnya, org y beriman adlh mereka y apabila disebut nama Allah, gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNYA kpd mereka, bertambah kuat imannya dan hanya kpd tuhan mereka bertawakal..

nampak x sahabat sekalian, bahgia yang macam mana patut kita rasakn dlm hati? yey, bahgia mengingati Allah..bukan bahgia y hanya materialistik semata-mata. ingat Allah, inshaAllah kita takkn mudah lupe diri kita sendiri.

berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun berat..mashaAllah, untuk mendekati Allah, pelbgai usaha kita kene lakukan samada dlm keadaan rajin atau malas sekalipun. kene buat jugak untuk dapatkan cinta rabb..once da dapat, pegang btol2 n doa agar Allah x membalikkn hati kita ke masa lalu.

saat ini, diri diuji..tapi apa yang selalu menguatkan diri teha, tidak ada yang dpt menggantikan Allah dalam hati teha..Allah ade selalu dgn teha dan Allah sayang teha sgt2..janji Allah buat diri rase melayang, sgt manis..
satu hari y berlalu tanpa mengingatinya, menjadikan jiwa rase kosong, sgt x bermakna..


terima kasih ya Allah krn menghadiahkan hambamu yang penuh dosa ini dengan rasa tenang..tenang bila ingat Allah..krn memang hati inginkn ketenangan selama ini..inginkn kedamaian drpd memikirkn masalah dunia..

Allah uji teha dengan rasa kekenyangan skrg, dulu bila sesuatu masalah menimpa teha, sbb terlalu memikirkan perkara tersebut, selera makan hilang sampai turun berat badan mendadak, family risau sbb asyik sakit.. pergi mane2, x sah klo x pengsan, hanya air mata y mampu mengalir .. semua kawan2 terkejut bila masuk sem baru, tapi dalam sedih pun, ade bahgianya..Allah ade time tu yang sentiasa jadi peneman..sgt bahgia bila Allah y jadi best friend kita, bila bace quran, Allah pujuk hati ni..suruh bersabar..Allah y memotivasikan diri teha..kekuatan tu datang dari Allah.. jadi bila hilang selera makan, ditambah pulak dgn masalah..rase sedih tu makin bertimbun..time sedih tu la, ingat Allah sgt2 sampai meraung2, cakap Allah ade, rase je nak duduk kt tepi pantai sambil tgk laut dan nak sebut Allah kuat2..tapi bila kita ingat Allah dlm hati pun da cukup, Allah maha mengetahui segala isi hati..

masalah tu masih lagi berbekas di jiwa teha, tapi kita kene sentiasa bersmangat, jgn difikirkn sgt..krn org beriman itu sedihnya xkan berpanjangan..sekejap je..yey, kata2 semangat, "saya org beriman, org beriman xkan sedih lame2"..yakinlah sahabat sekalian, kita adalah org beriman..

sekarng, bila mule sem baru, rase nak makan tu melonjak2..pergi rumah akhowat, makan je.. tapi bile kenyang ni, rase pelik pulak..hati pulak rase kosong, hati pulak yang x kenyang wp perut kenyang..owh, rupenye baru la teha sedar, hati tak diisi dengan mengingatinya secara khusyuk sbb perut kenyang. klo semyang tu, susah nak menangis lagi, payah nak rase hiba..sungguh sedih..rase je nak kembali pada masalah dulu agar lebih khusyuk ingat Allah..teha xnak kembali kpd masalh dulu..xnak2! sakit!

so, skrg, nak kurang kan makan..sahabat cosmate, teha bukan xnak makan yey, tapi teha nak hidup bahgia dengan ingat ALLAH khusyuk. kita boleh makan lagi sesame kat meranti..bukan teha x makan langsung..T_T terima kasih izzati, husna, atiqah, aimi, mizah, amira, fatin, athirah, kak chut...teha ingat sgt ntunna yang sentiasa amik berat bila teha x makan..xnak teha sakit..hanya Allah y mampu balas semuanya..

itulah sbb kenapa rasulullah asyik berlapar, ketika abu hurairah datang ketika dia sedang bersembahyang duduk, abu hurairah tanya, " ya rasulullah!, mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?! rasulullah jawab, " aku lapar, wahai abu hurairah!" abu hurairah terus menangis melihat keadaan baginda. lalu rasulullah berkata " wahai abu hurairah!, jgn menangis krn beratnya hisab di hari kiamat tidak akn menimpa orang yang hidupnya lapar didunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup didunia" ..

subhanaAllah, satu kisah y amat menyentuh hati teha saat ini, rasulullah y patut jadi idola kita, contohi baginda dari setiap sudut..berlapar sedangkan boleh2 saja jika dia memilih untuk hidup kenyang.. mashaAllah, jadi bagaimanakah kita ini? sanggupkah kita berlapar semata-mata krn inginkan hati y khusyuk?

tanya iman kita, dimanakh kita disisi tuhan? apakah Allah menilai setiap perbuatan kita selama ini dengan hati yang tidak khusyuk meningatinya??  


kerana hidup untuk memberi bukan hanya menerima..
Allahuuwarasuluhu a'alam..

Friday, January 14, 2011

akhwat.. istemewanya kamu disisi ku..



akhwat..istemewanya ntunna disamping ana..
saat lena, ade y mengingatkan..
setiap patah kata y kluar dari bibir ntunna, bnyak menyedarkan ana pdNYA.

kpd murrobiah tercinta, insan2 y ana kagumi..
hati ini setiap saat ingin mendengar nasihat darimu..
sangat dahagakan peringatan untuk mengemudi kehidupan..
kata-kata semangat y kau lontarkan membakar roh perjuangan untuk meneruskan perjalanan..
walau berganti murrobiah, ntunna semua sgt istemewa..
terima kasih buat kak atiqah, kak syakira, kak yani dan kini kak zila..
saat ana lemah semangat, kak zila ziarah ana, cari buku untuk ana baca..berusaha untuk kembalikan semangat ana..ana taw, kak zila selalu doakan ana..
krn kasihmu wahai murrobi ku sgt tulus pada ku..nak ana berubah jadi baik wp kadang2 diri ni degil..da kene marah pun, masih degil..tapi berkat doa tulus kak, akhirnya rase nak berubah tu muncul jugak..alfu syukron kak zila..
sampai sekarang, ana ingat semuanya pengorbanan ntunna untuk ana berubah, pengorbanan dlm mendidik ana..
kak yani, walau ana bersama nti satu sem je, tapi banyak yang ana belajar..ntilah murrobiah yang paling memahami ana, ana x perlu cerita, kak yani da taw..sgt sabar, x pernah marah ana..sgt matang dlm menutur kata..
kak syakira dan kak atiqah, pertemuan kita memberi beribu2 makna dlm hidup ana sendiri.. pengorbanan ntunna semata-mata utk mendidik ana, jauh perjalanan, tapi sanggup ditempuh semata2 untuk mendidik ana..
teha sayannggg ntunna krn Allah..

ukhtifillah..
betapa beningnya hati ini mengingati y ESA saat ini, semoga ia terus basah..
semua itu atas usaha ntunna mengingatkan ana y xpernah jemu..
membantu ana untuk berubah..
alhamdulillah,walau dulu diri ini pernah futur dijalan tarbiah..
kata2 semangat ntunna berbekas dihati..sentiasa terpahat padu kemas..
dan sentiasa menjadi peringatan walau dimana sahaja..
ntunna bukan kawan ana, tapi akhowat y x pernah jemu menasihati..
yang x pernah penat melayan karenah ana..
yang tidak mengeluh dengan sikap ana..

diri ini sedang disayangi dan juga menyayangi makhlukNYA y bergelar akhowat
ukhtifillah, cinta itu disertai dgn pengorbanan..tanpa pengorbanan bukan dinamakan cinta.
terima kasih atas pengorbanan ntunna..

kpd ukhti shima, teha sgt menyanjung kesabaran nti..
nti lah y paling ana nampak sabar..
pengorbanan nti terhadap ana dan jgk akhwat lain..
terlalu bnyak pertolongan Allah itu datang kpd ana melalui nti..
kita sering naik moto bersama-sama, ana x reti moto..
bila nti y bawak moto, ana pulak rasa sayu duduk kat belakang bila tgk nti press minyak..semata-mata nak ke program sekali bawak ana..da banyak pahala nti..cemburu rasenya.
kat belakang baju nti, ade tertera UKHWAH FILLAH..
ana suke tgk logo tu kt baju nti.. kdg2 terdetik, yaAllah rahmatilah sahabat ku ini..da banyak sgt dy berkorban semata2 untuk aku..
ukhti, ana sering melihat air mata nti menitis waktu pas solat, walaupun ana x taw apa y bergolak dlm dada nti..tapi ana taw, hati nti sgt suci bersih..air mata tu menitis krn Allah..
ukhti, nti xpenah mengeluh..
saat ana terhimpit, nti datang membantu walaupun nti sendiri dlm kesusahan..
ukhti shima, tiada yang dapat menggantikan tempat nti disisi ana..



akhwat sekalian, 
kenangan manis kita selama ini tidak akan pernah padam selagi mane nyawa ini masih ada.
kenangan manis kita sama-sama berjuang sangat indah..
kak liyana, bnyak y teha belajar dari kak..
nak nukilkan jugak kat sini, kak jugak bnyak berkorban untuk teha
sama2 mencipta memori indah..

kepada halaqah mate tersayang..
ukhti aini, ukhti kama, ukhti wani dan ukhti shima..
maafkan teha andai teha ade terkasar dlm bergurau..
kak wani, maafkn teha yey, teha bnyak sgt usik kak wani..sampai kak wani x tdo sbb nak dgr teha bercerita sampai pagi..bnyak sgt cerita..hurmm..teman teha stay up sbb exam..terima kasih..
kak kama, terima kasih sbb selalu belanja teha makan..
aini rafikah, terima kasih sbb asyik tumpangkn moto nak g mane2..meh tdo bilik teha plakk..makan mee ruski kat bilik teha campur telor..
ntunna sgt istemewa bg ana..
krn kita sama2 berjuang..
x pernah jemu..
kita sama2 menyemai sifat mahmudah
FASTABIQUL KHAIRAT demi Allah..
itu yang membakar semangat kita bersama..

kita umpama rantaian tasbih..
ade awalnya tapi tiada penghujung..sentiasa bersambung..x pernah putus..
nikmat ukhwah fillah..

buat anak taklim..
ana menyayangi ntunna wp bnyak perkara yang menghiris hati ana..
tapi itulah pengorbanan, mungkin ntunna belum faham apakah jalan tarbiah..
doa ana untuk ntunna semua agar cepat faham islam..
berubah demi Allah s.w.t..

kasih sayang kita hanya krn Allah..

Tuesday, January 11, 2011

Al-quran pengubat jiwa..

Dia yakub menjawab "hanya padamu aku mengadu segala kesusahan dan kesedihanku. dan aku mengetahui dari Allah apa y tdk kamu ketahui."
(yusuf : 86)

mashaAllah.. jika kita dilanda kesedihan, mengadu lah pada y maha mendengar..dan kuatkan kesabaran kita. Al-quran boleh memujuk hati, yakinlah bila kita rase sedih, bukak je mane2 page n bace dy punye maksud n cube selami maknanya.. Allah akn tunjukkan dgn spontan bilamana keyakinan pada DIA tinggi.. YaAllah, Allah lah y saja boleh pujuk kita bukan manusia..
hanya semata2 kerana Allah..

Allah hu warasuluhu a'alam..

Sunday, January 9, 2011

kehidupan adalah satu persepsi / persangkaan




setiap org mempunyai definisi tersendiri mengenai kehidupan. Bila ditanya, ade y menggangap kehidupan ibarat perjalanan, ibarat persinggahan..dan mcm2 lg. terlalu subjektif, tapi pernah x kte dgr bahawa kehidupan adalah satu persepsi (persangkaan). Selalulah bersangka baik. 
Allah berfirman dalm surah al-hujurat ayat 12 :

wahai org2 y beriman, jauhilah bnyak dr prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa..

Ayat ini menerangkan bahawa sebagian prasangka itu dosa, yerp.hanya sebagian, y mane sebagian itu adalah prasangka y buruk2 negatif. Maka bersangka positif la terutama dgn Allah. Krn Allah itu mengikut persangkaan hamba2nya.. jika kte fikir, Allah itu dekat dgn kite, mmg btol Allah beribu2 kali dekat tapi jika kte fikir Allah itu jauh, beribu2 kali Allah jauh. Selalulah kata kat diri sendiri Allah sayang aku..beribu2 kali Allah sayang kite lebih dr apa y kite sangkakan.. setiap apa y terjadi itu ada hikmahnya, untuk mematangkan diri kita jugak dalam memahami  deenNYA. yaAllah, tdk ade kebahgian y mampu menggantikan kebahgian mengingatiMU..

Manusia dianugerahkan perasaan utk merasa, ujian y menimpa kite hanya kita dan DIA y mengetahui kebenarannya. Kite manusia x mampu meluahkan segalanya pd manusia tp luahkan lah pada DIA. Hanya DIA y mampu memberi kekuatan.. dan ujian itu jugak depends pada manusia, kita y diberi pilihan samada merasa ujian itu berat atau tidak. walau besar mane pun ujian y menimpa, Allah lah y wajib diperbesarkan terlebih dahulu bukan ujian tersebut, ade org sampai meraung2, meratapi semuanya..subhanaAllah,Maha suci Allah,Allah itu maha besar, Allahuakbar!! Allah lah y perlu diperbesarkan..

Allah itu murrobi terbaik..pendidik terbaik..kebenaran terbentang didepan mata, bergantung pada diri sendiri utk membuat pilihan, jalan y benar dan salah sudah diketahui, Allah mengajar kita dgn cara y sgt lembut. Jika kita berbuat dosa terhadapnya, tetap diampuni dgn syarat bertaubat dgn sebenar2nya. Allah menunggu kita bertaubat dahulu, sungguh didkan lembut Allah itu mendahului  segala-galanya. Tidak diturunkan musibah terus atas dosa2 melainkan manusia itu tdk pernah rasa bersyukur dgn Allah.

Apalah sgt nak dibandingkan nikmat Allah bersama2 kita ketika ujian menimpa dgn beratnya ujian y kita rasakan.  Teha rase 1 nisbah infiniti kot..  nikmat bersama2 Allah itu lebih indah..memng jauh lebih indah dan tersgt indah. Berapa bnyak y kita belajar dr ujian tersebut. Bnyak bukan jika kita memndangnya dgn mata hati dan bersangka baik akan segalanya. Itulah didikan Allah dan cara Allah mengajar kita utk bersangka baik dgnNYA. 



Dalam buku Quranic Law Attraction oleh Rusdin S. Rauf.. mengajar kita ttg kuasa minda. Memang hidup penuh dgn persangkaan. Dlm buku tu kata, apa y kita fikirkan pd hari ini menentukan apa y akn terjadi masa hadapan. Jika kita mahukan masa hadapan y cemerlang, kita perlu berfikir dan mencipta keinginan kearah kecemerlangn itu. Starting dgn fikiran y baik. penghujungnya pun akan baik. Mcm niat la, jika niat kita baik, hasilnya pun akan baik. Tanam pokok betik akan menghasilknkan buah betik bukan buah durian. Mcm tu la analoginya.. jika hati kita nak berubah jd baik, ikhlas krn Allah maka kita akn dpt satu perubahan y sgt baik pd diri kita.

Maka bersangka baik lah pada Allah sentiasa. Mcm mane dikatakan kehidupan adalh satu persepsi?? Iaitu Persepsi kita pada Allah perlu disertai dgn keyakinan y tinggi. Jika kita tdk yakin, mcm mane Allah mahu kabulkan? Macam mane kita mahu mengawal emosi kita saat ujian menimpa? Hanya dgn keyakinan kpd Allah saja y mampu memujuk kita, y mampu mengawal emosi kita..segala sifat2 y baik itu perlu kita rasakn dlm diri. Maka ion2 positif, ion2 y baik kan tersebar ke sekeliling persekitaran, jadi bukan kita sahaja y akn rasakan baik itu malah org2 sekeliling kita. Sungguh, persekitaran itu mampu mempengaruhi hati2..selalulah berfikiran positif, maka org sekeliling kita pun akn jadi positif.

Sbg contoh, jika kita senyum pada seseorg wp kita ade pelbagai masalh. Maka senyuman y baik itu akn menybabkn org y memandang kita turut tersenyum.. contoh lain, mengapa org2 beriman itu Nampak tenang jiwanya walau kita sendiri x tahu apa y bergolak dlm dadanya.. ini krn hatinya y sentiasa mengingati Allah. Bukankah mengingati Allah itu satu fikiran y positif?? MaKa org sekeliling pun xde lah nk bersangka buruk padanya. Krn ion2 itu telah terbebas ke sekitar dan mempengaruhi fikiran org y memandngnya..

Maka, teha menyeru lah supaya kita agar sentiasa bersangka baik pada Allah dan juga kpd makhluk2nya. Sungguh, persangkaan y buruk2 itu menyebabkn jiwa kita sakit dan makin sakit.. 

wallahualam..
Allah sedang mengabulkan doa hamba-hambaNYA..

Sunday, January 2, 2011

Allah maha hebat!!


Kita sebagai hamba mampu merancang tapi Allah yang menentukan..btol x?? banyak dari kita mengimpikan macam2 dalam hidup..nak kereta besar, nak rumah besar, nak perfect segala hal..da besar nnti nak tolong family, nak g haji, nak result yang cemerlang  n macam2 lagi la impian kita dlm hidup..tapi tak salah andai kita punya impian berjuta-juta sekalipun krn dari impian itulah mendorong kita untk berusaha kuat, itupun klo kita mmg bersungguh2 nk dapatkan. 

hakikatnya, setinggi sejauh mana pun kita merancang namun Allah itu perancang terbaik krn hanya Allah sahaja y mengetahui rahsia hidup kita. Tapi ni bukan alasan untuk tidak berusaha krn Allah itu melihat usaha bukan hasil..yakin bahawa, setiap usaha y baik y kita lakukan itu ada ganjarannya. Mungkin tak dibalas didunia tapi inshaAllah diakhirat kelak. Ini kerana Allah mengetahui bilakah tepat waktu yang sesuai untuk diberi ganjaran pada kita. Bukankah Allah itu maha hebat?? 

sahabat sekalian, dalam mengejar cita-cita, keyakinan pada Allah tu penting..itulah indicator kita disisi tuhan, nilai takwa..bukan harta, ilmu or ape2 sahaja yang kita miliki. Dan nilai TAKWA itulah yang membezakan kita dengan insan lain. Jadi tidak ade istilah perbezaan taraf , darjat, pangkat, harta, keturunan atau apa-apa sahaja dalam kehidupan. Kerana kita semua sama Cuma nilai TAKWA itu yang membezakannya.. mungkin ade yang tidak merasa ape2 saat nilai TAKWA disebut, disebabkan diri sendiri yang tidak punya takwa dalam diri iaitu rasa takut bermaksiat pada tuhan. 

Saat diri leka bermaksiat pada Allah, dan Allah membiarkan kita lena dlm dakapan kemanisan dunia tanpa ditarik kembali kepada fitrah insani. Sedarlah, bahawa Allah sebenarnya sedang melaknat dan jugak sedang melupakan kita.  Sungguh, kemaksiatan itu akan menghalang dari keberkatanNYA. Mahukah kita hidup dlm keadaan yang kucar kacir yang mane kita sendiri tidak sedar pun bahwa keberkatan hidup itu telah ditarik kembali. As example, assignment yang berlambak2, dan ditambah pulak dengan kerja persatuan yang tidak mampu disiapkan mengikut garis masa. Apa yang kita rencanakan semuanya tidak menjadi.. itulah salah satu contoh keberkatan telah diambil kembali disebabkan oleh maksiat2 kita pada Allah.

Kita pulak berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita2 y diimpikan dalam masa yang sama bermaksiat pada Allah.. mahukah Allah kabulkan andai kita sendiri sombong pada NYA?? Sombong dalam erti kata bermaksiat, bukankah sifat org takabur itu derhaka pada Allah? Klo manusia yang mana sebagai contohla, kita buat jahat dekat someone dan dalam masa yang sama kita mntak pertolongan dia jugak..mahukah dia menolong kita?? Dalam keadaan kita sakiti dia.. macam tu la perumpamaannya.. tapi sahabat sekalian, Allah itu maha lembut maha pemurah maha hebat dan maha segala-galanya, dia tetap mengabulkan walaupun hambanya sering ingkar kepadanya..

Dalam usaha kita, kita berdoa dengan sungguh2..dan ade doa yang terkabul dan ade yang tidak dikabulkan atau lambat dikabulkan oleh Allah. Tapi kita seharusnya sedar bahawa setiap doa kita itu Allah kabulkn mengikut ketentuannya pada waktu y DIA tentukan bukan mengikut ketentuan kita pada waktu yang kita tentukan.  As example, kita mahukan kejayaan pada sem ni dengan pointer 3.7 above tapi Allah tidak kabulkan permintaan walaupun kita da berusaha sehabis baik. Ini kerana  Allah itu maha mengetahui maha merancang yang terbaik buat kita. Tetapi bila tibe waktu yang sesuai tepat pada masanya, kejayaan itu akan tiba dan saat itulah baru kita sedar bahawa Allah telah mengabulkan doa2 kita dahulu, cuma samada cepat atau lambat sahaja mengikut ketentuan yang terbaik darinya. 

Allah punya rencana terhebat buat hambanya. Kadang2 musibah yang Allah turunkan sebenarnya nikmat. Dalam kita nak jadi seorang yang solehah, macam2 Allah kasi untuk mentarbiah hambanya. nak jadi orang soleh bukan mudah seperti merangkainya dalam kata-kata. Tapi apa yang penting, mujahadah yang kuat dalam mencapai status muslim soleh..segala apa yang kita lihat, lihatlah dengan mata hati, inshaAllah kita akan nampak hikmah disebaliknya..


berdasarkan pengalaman yang Allah tunjukkan, kalau dulu, teha suke tgk org yang alim, banyak ilmu bila bercakap. terdetik dihati nak jadi mcm mereka yang hatinya basah dgn zikrullah.. dan sebenarnya sekarang Allah sedang mengabulkan harapan-harapan teha dulu nak jadi mcm diorang..macam mana?? Dengan ujian yang diberikan pada teha, itulah didikan dari Allah nak membentuk peribadi seorang muslimah yang solehah..dan teha yakin dan percaya, sesungguhnya Allah sedang mengabulkan impian nak jadi seorang yang solehah lagi muslehah bagi org lain..

Hebat tak Allah sahabat sekalian?? Hebat bukan malah maha hebat!!..

Wallahualam..