Wednesday, September 7, 2011

i believe

assalamualaikum w.b.t..
alhamdulillah..terima kasih pada Allah yang sentiasa melimpahkan kasih sayang, rahmat yang meluas..yang tak pernah putus walaupun hambanya sering berbuat dosa. pengasih kan Allah? selalu bercerita ttg iman, kadang2 membuat saya mengalirkan air mata..benarlah itulah nikmat plg besar saya rasakan dlm hidup. andai Allah biarkan saya hdup terombang ambing tdk beriman pada Allah, ruginya tak terkata..dunia dan akhirat..

inshaAllah, ingin saya kongsikan sebuah lagu yang sgt memberi saya inspirasi, motivasi, semangat..membangkitkan iman yang lesu..subhanaAllah from heart to heart..sgt memberi kesan, seperti tahu je ade apa dlm hati ape yang selalu rasakan..kdg2 putus asa dgn ujian. tak tahu arah tujuan..sgt2 memahami. buat pertama kali saya dengar, sgt menyentuh hati sehingga menitis air mata tanpa sedar begitu kasih sayang Allah agt luas..
mari kita hayati dgn mata hatii..


I Believe (LYRICS)

When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day

Chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe


Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain
Video Directed by: Lena Khan


terima kasih..Allahuwarasuluhu a'alam..

Wednesday, August 24, 2011

apresiasi buat mr.blog


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, saat ini Allah masih menghidupkan hati saya dgn cahaya iman. Satu cahaya yang mampu menyelamatkan saya selagi mana ia masih menyala. Moga cahaya itu menjadi penyuluh serta penerang bagi kehidupan insan-insan yang hatinya dahaga dgn keredhaan dan kecintaan. Yang sentiasa haus dgn ilmu makrifatullah..

Post kali ini ingin saya apresiasikan buat mr.blog.. terima kasih mr.blog kerana selalu menjadi pendengar setia yang tak pernah mengeluh. Terima kasih kerana menjadi teman untuk saya berkongsi perasaan, luahan dalam hati mr.blog..jutaan terima kasih kerana menjadi catalyst untuk saya terus berubah, membersihkan hati dgn cara berdakwah, berkongsi pengalaman yang sedikit ini dgn insan-insan lain. 


 Mr.blog..mungkin terlalu banyak ingin saya kongsikan disini. Setiap hari jika kekasih hati mengizinkan, ingin saya lakarkan sesuatu dlam hati mr.blog..memahatkan sesuatu, meninggalkan bekas-bekas dihati manusia untuk berubah, memekarkan rasa cinta pada sang pencipta. Biar setiap hati itu terbalut sepenuhnya dgn iman dan takwa. bersalut dgn rasa kecintaan yang menebal dan meninggi. Menguatkan hati dgn semangat yang utuh dan padu. Meningkatkan keyakinan pada yang maha dekat dgn hati org beriman, iaitu Allah kekasih hati.

Saya suka membaca dan menulis..menulis sesuatu yang bermanfaat buat diri dan org lain. Biar syair dan bait-bait yang dilontarkan mampu menginspirasi saya dan org lain untuk berubah, hari-hari yang dilestarikan dgn warna-warna dunia menjadi semakin baik dari sebelumnya. Setiap ilmu ingin saya kongsikan dgn kalian, walaupun ilmu saya sedikit tapi pahalanya berpanjangan dan berterusan selagi mana ia bermanfaat..

Alhamdulillah..saya bahagia dgn menulis, seolah-olah sdg berkongsi sesuatu yang Allah campakkan dalam hati. Mungkin perasaan yang tak mampu saya cerita dgn kata-kata yang keluar dari bibir, tapi cukuplah ia datang dari hati. Hari ini, bila gersangnya jiwa dgn semangat..saya buka dan baca balik apa yang pernah saya tulis dahulu..mengingatkan saya kembali apa yang pernah saya rasa, alami. Sesuatu yang membuat saya tak pernah lupa apa yang pernah terjadi. Menjadi peringatan buat diri sendiri untuk tidak mengulang kesilapan yang sama.


 Hari ini juga, saya buka balik nota-nota tarbiah yang pernah saya tulis dan saya baca..pengalaman dan pengajaran berharga dlm hidup. Saya telusuri hidup saya selama 21 tahun, banyak perkara yang berlaku dan semuanya berlalu merentas masa, membuat saya terlupa..tetapi dgn kehadiran mr.blog, inshaAllah akan sentiasa mengingatkan saya akan hakikat iman..sejarah hidup yang sering membuat hati saya runtun dan pilu. 

Menulis meninggalkan bekas pada hati saya..mr.blog..alfu syukron sbb buat saya selalu beringat akan apa yang pernah saya tulis, menjadikan saya tidak lupa siapa saya hamba Allah. ilmu ibarat air, jika tidak disalurkan maka bertakunglah ia menumbuhkan penyakit. Air yang bertakung semestinya kotor dan membawa penyakit. Maka sebarkanlah ilmu antara kalian, semoga beroleh manfaat..

Allahuwarasuluhua'alam..

Monday, July 18, 2011

mujahadah itu sakit, tapi indah

Bagi mereka yang mungkin pernah punya kisah 'silam', ingatlah, sebaik-baik pelaku dosa ialah mereka yang segera bertaubat. Renung-renungkan mutiara kata berikut.

“Sometimes you need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.” 



Sahabat-sahabat yang disayangi Allah s.w.t..
Kita lihat kisah nabi yusuf macam mana saat dy digoda oleh imratul aziz permaisuri tuannya, zulaikha. Bersabarnya nabi yusuf dlm menghadapi ujian yang hebat iaitu melawan hawa nafsu sedangkn disaat itu dy masih muda remaja yang jiwanya sentiasa bergelora. Boleh-boleh saja jika dy penuhi ajakan zulaikha, bukankah zulaikha itu berkedudukan? Cantik? Dan banyak faktor lagi yang membolehkannya memenuhi permintaan permaisuri tuannya, waktu itu bukan ada pengawal yang memerhatikan, tambahan pula nabi yusuf org asing ditempat itu, bukan org kenal pun jika nabi yusuf melakukan kesalahan, malah nabi yusuf diugut pula akan dipenjara jika tidak memenuhi ajakan.. tapi Apa yang nabi yusuf katakan “penjara itu lebih aku sukai dari memenuhi ajakan mereka padaku”..

Yusuf : 33
Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".

Betapa hebatnya nabi yusuf diuji, ketika waktu kecil lagi dicampakkan kedalam sumur bersama saudaranya bunyamin. Menangis si ayah tak berlagu sehingga buta matanya. Tetapi manusia yang dipilih Allah itu tetap bersabar, lihat pula waktu dy remaja, digoda oleh wanita cantik lagi berkedudukan, tetapi dy lebih memilih memenjarakan dirinya berbanding hidup dalam maksiat. Dy lebih takutkan Allah berbanding ancaman manusia pada dy. Kerana dy sedar, dy tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan. Nafsu selalu mengajak kpd keburukan. Selalu ingin dipenuhi melalui jalan yang salah. jadi cara terbaik ialah mengasingkan diri (memenjarakan nafsu)dari manusia-manusia yang membuat dy jauh dari tuhan.

Yusuf : 53
Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas dari kesalahan , kerana nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh tuhanku. Sesungguhnya tuhanku maha pengampun, maha penyayang.

Sabarnya nabi yusuf dalam mujahadah. Begitu juga yang perlu ada pada jiwa remaja muslim. Kata Allah lagi dalam surah al-fussilat ayat 35 “sifat2 yang baik itu tidak akan dianugerahkan  kecuali pada  orang2 yang sabar dan tidak pula dianugerahkan pada org yang mempunyai keberuntungan yang besar”. Sahabat2 siapa kita? Sedangkan nabi Allah yang dijanjikan syurga pun perlu memenjarakn dirinya krn takutkan Allah? Kerana takut dibuai enaknya dunia..jadi siapa kita insan biasa? Yang hatinya mudah berbolak balik..mungkin kita lebih perlu memenjarakn nafsu dari dunia. Rasulullah mengatakan “dunia itu penjara bagi org mukmin”..memang penjara, tapi dalam penjara itu ada ketenangan dan kebahagiaan..



Sahabat-sahabat yang dikasihi hanya krn dasar iman semata-mata..
Kerana takwa itu, Allah membantu nabi yusuf menjadi hamba yang soleh, Allah mengangkat dy menjadi menteri kewangan  mesir. Lihat sahabat2, apakah Allah membiarkan iman dan takwa nabi yusuf begitu sahaja? sia-sia? tidak..tapi dy diangkat menjadi insan agung. Dan akhirnya dia dapat berjumpa ayahnya semula nabi yaakub. Begitu juga dlm kehidupan kita, jgn takut memilih iman dan takwa krn yang pasti menjadi pelindungnya adalah Allah. bahagia sgt hidup dalam iman dan takwa krn kita akan rasa setiap masa Allah itu ade dgn kita..

Yusuf :91
 Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah".
Kita lihat sifat remaja, mereka ini suka mencuba, fasa-fasa nak belajar banyak perkara. Waktu-waktu nak berseronok katenya, nak taubat lambat lagi..fikirnya nnti dah umur 40 baru taubat. itu la yang saya selalu dengar. Aish, jgn persiakan waktu yang ada. Nabi berpesan pada kita lima perkara.  Sehat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati. aplikasikanlah dlm hidup untuk selalu beringat. 

Kata-kata dari adik tersayang “mujahadah itu mmg pahit, masakan tidak org2 beriman, berjihad, dijanjikan dgn ganjaran syurga”..wajarlah jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu. Kerana apa, mujahadah itu memang sakit, jatuhnya mungkin berulang kali dalam proses bermujahadah. seseorang yang mungkin jatuh berulang kali, dy akan menemukan pelbagai langkah dan cara sebenarnya. Mujahadah iaitu bersungguh-sungguh juga menuntut kita untuk melakukan lebih lebih dari org lain buat. Terus menerus tidak berputus asa mencari jalan keluar. Thomas Edison si pencipta lampu juga pernah gagal. Ketika ditanya bagaimna dia mmpu bertahan setelh ribuan kali gagal? Katanya “saya tdk gagal, ttp menemukn 9994 cara y salah dan hnya satu cara shj yang betul. saya akn Berjaya krn telah kehabisan percubaan yang gagal”. Wah, hebat bukan? Thomas Edison tdk memandang kegagalan itu bermaksud selama-lamanya gagal, tapi kegagalan itu yang membuat dy semakin bersemangat mencari jalan penyelesaian..

Kita lihat masyarakat sekarang, sebenarnya ramai sgt nak berubah jdi baik tapi ramai jgk yang buntu ditengah jalan. Tak mampu nak istiqamah kerana mungkin melangkah dgn separuh hati ketika berhijrah bukan dgn sepenuh hati. ibarat kaki kanan melangkah ke syurga tapi kiri melangkah ke neraka. Buntu tidak tahu mana satu. Seorang ukht, anak taklimnya sgt bagus..sungguh2 mereka mencari titik perubahan mereka , dan saya sgt tersentuh pada seorang adik..ttg kisah hidup dy, bagaimana hidup keluarganya, ibu ayah tidak pernah mengajarkan dy solat, tidak kisah pun samada dy solat atau tak. dy juga tidak tahu mengaji. Tapi saya melihat usaha dy sgt hebat, macam mana hati yang kosong itu meronta-ronta ingin dipenuhi  dgn iman. dy akan datang bilik ukht tersebut untuk belajar ngaji, berjalan dari satu blok ke blok lain semata-mata dy nak berubah. Biar langkah dy bertatih, belajar dari iqra, tapi dy tak pernah malu dan putus asa..subhanaAllah..

inshaAllah, inilah contoh2 pemuda yang ingin kita contohi. Rasulullah yang utama tidak ketinggalan yang wajib kita jadikan idola dlm setiap langkah, dari sekecil-kecil perkara hinggalah kpd perkara yang plg besar. Dan yang penting adalah nafas hidup kita biar berpaksikan alquran dan assunnah..mengingati Allah setiap masa, tawadduk dan zuhud sifatnya, malah segala sifat yang baik itu mesti dimiliki agar muslim soleh itu menjadi contoh bagi muslim yang lain.subhanaAllah, betapa al-quran yang diturunkan pada kita semua mampu membantu untuk mengemudi kehidupan. Selalulah berinteraksi dgnnya disamping mengrelatekan dgn keadaan sekitar kita, inshaAllah kita akan nmpak, apa yang Allah nak cakap pada kita, manusia yang bagaimana. Kita yang memilih jalan hidup kita sendiri.

Thursday, July 14, 2011

apa nilai kita?


assalamualaikum..

Siapa kita, dimana kita, apa posisi kita..semuanya tetap sama didunia. Makhluk Allah yang diberi nama manusia. Manusia yang maksudnya orang yang lupa. Tetapi ade satu perkara yang mampu membezakan setiap insan dgn insan yang lain disisi Allah. dan itulah takwa. Allah kata, yang paling baik antara kamu ialah yang paling bertakwa. Tetapi manusia hari ini sering menjadikan kekayaan itu sebagai pengukur nilai seseorg. Orang kaya yang sombong dgn harta yang dimiliki memandang rendah pada org miskin yang tidak punya harta. Siapa kita untuk menilai manusia? Takkabur benar kita ini..lupa pada yang maha kaya..hakikatnya, segala yang kita punya hanyalah amanah dari Allah dan akhirat kelak akan ditanya, dari mana ia datang dan untuk apakah ia digunakan..

 Hari ini kita lihat yey, ramai sgt2 yang dah hilang rasa takwa pada Allah..rasa takut pada Allah. justeru itu, ramai yang jatuh kelembah maksiat..berlumba-lumba dlm membuat dosa. Tebalik pula dgn zaman rasulullah yang berlumba-lumba dlm kebaikan. Seperti saidina abu bakar yang sentiasa menggunakan peluang yang ada untuk mencari pahala. Pagi2 lagi, beliaulah org yang awal sekali melakukan suruhan rasulullah, Sehingga sanggup mengorbankan seluruh hartanya demi islam. Kerana itu benarlah apa yang rasulullah katakan bahawa jika iman seluruh umat islam dikumpulkan takkan mampu menandingi iman saidina abu bakar. subhanaAllah..

Kita lihat teman2, mungkin ade kawan2 kita diluar sana yang tersesat jauh dari jalan kebenaran, bantulah mereka dgn sungguh-sungguh, serulah mereka untuk kembali pada Allah..dan jgn lupa untuk sentiasa berdoa pada Allah. mungkin ada yang nak berubah, tetapi perlukan masa untuk bermujahadah..subhanaAllah, doa itu senjata org mukmin. Dgn doa saja kita mampu mengalahkan musuh2 kita. siapa lagi yang bermusuh berdendam dgn kita kalau bukan syaitan. terkabulnya doa itu bukan pada kata-kata yang indah tetapi pada dahsyatnya keikhlasan yang diterbitkan. Jom kita sama-sama mengikhlaskan hati menyeru kawan-kawan kita untuk sama-sama kembali pada Allah. 



Saat ini, mari kita introspeksi diri kita, muhasabah diri kita semula..apakah nilai kita disisi Allah? apakah Allah menilai result 4flat kita untuk menjamin kita masuk syurga? Apakah harta yang kita ada menjadi tiket untuk kita berlepas dari azab neraka? Atau apakah amal-amal kita penentu untuk kita jadi ahli jannah? Tidak2..banyak mana pun kita beramal baik, itu bukanlah jaminan Allah untuk kita masuk kedalam syurganya. Seseorg yang dapt masuk syurga itu hanya kerana rahmat Allah semata-mata, belas kasihan Allah pada kita. tetapi org yang masuk neraka itu adalah kerana amal mereka yang tidak cukup. 

jgn pernah ada dlm hati bahawa kita sudah baik, sedangkan nabi yusuf as sendiri lebih rela memenjarakan dirinya didalam penjara berbanding tinggal dgn org2 yang bermaksiat pd Allah kerana nabi Allah itu tahu bahwa nafsu selalu mengajak kpd kejahatan dan katanya lagi “aku tidak mengatakan diriku bebas dari kesalahan (suci) 12: 56”..hakikat iman seorg hamba Allah itu sentiasa turun dan naik. 

Allah memandang kita dgn nilai apa? Dgn nilai takwa..semua org sama, dari tanah asalnya, tapi akhirnya peribadi yang bagaimana terbentuk pada diri seseorg itu menjadi nilaiannya. Sebagai contoh, besi..kita tahu besi digunakan dlm macam2 industri..misalnya besi yang harganya sama rm10 ribu diagihkan kpd setiap negara. Negara jerman telah menggunakan besi tersebut untuk mencipta kereta Mercedes dan BMW. Negara Rusia guna besi tersebut untuk buat senjata, dan jepun telah menggunakannya dlm pembuatan robot dan masing2 dari setiap ciptaan punya harga tersendiri, mana paling mahal dan paling murah..dan akhirnya, besi2 yang diagihkan tadi dikumpulkan semula, dan dileburkan kembali..dan ia tetap sama menjadi besi semula yang harga rm10 ribu. kita nak jadi diri yang bagaimana? nak jadi org beriman plus takwa, atau org yang kufur lemah..dan itulah nilaian kita disisi Allah..



Kenapa org sekarang jatuh kelembah hina kerana mereka sendiri memutuskan tali takwa mereka dgn Allah. kalau habluminaAllah itu disambungkn dgn tali takwa manakala habluminannas itu talinya adalah akhlak mulia. Ramai org tersasar dari landasan hidup yang sebenar kerana takwa itu tidak tumbuh dalam diri. Yang ada hanyalah nafsu, semua perbuatan yang dilakukan atas landasan nafsu. apabila takwa itu lenyap dari diri seseorg, mereka akan membelakangkan Allah, diletak Allah itu jauh-jauh terpisah dari hidup. Sedangkan fitrah manusia itu sgt2 memerlukan Allah. bila susah datang, kita akan ingat Allah kan? Tapi kenapa bila Allah dah hilangkan susah tu, kita kembali kufur? Kita mendustakan ayat-ayat Allah lagi?..sahabat yang saya sayangi semua..”ingatlah Allah dikala senang, nescaya Allah mengingatmu dikala susah”..

Kadang-kadang terdetik dihati saya rasa kasihan pada mereka yang hidupnya terombang ambing, melakukan maksiat tanpa rasa takut sedikit pun pada Allah, apakah tidak ada yang membantu mereka untuk kembali pada Allah, atau hati mereka telah tertutup dari hidayah lantaran dosa atau apakah mereka tidak berusaha langsung mencari fitrah diri yang sememangnya suci dan bersih..kemanisan dosa itu adalah ujian buat kita, Allah duga kita dgn cara begitu, siapa yang kalah dgn ujian atau siapa yang mampu harungi setiap ujian dgn baik? 

sahabat2..Malulah pada alam semesta ciptaan Allah ini..lihatlah dgn mata hati, gugahlah nuranimu..perhatikanlah bagaimana sang bumi sarat dgn rasa takwa, patuh dan taat pada Allah berputar mengikut orbit..tidak pernah tersasar dari landasannya kerana takut pada Allah. lihatlah pada bintang, kekal ditempat masing-masing, tidak pula jatuh menyembah bumi..sang bulan tidak pula ingin mengelilingi planet-planet lain melainkan planet bumi kerana perintah Allah. jadi siapa kita manusia yang tidak berdaya plus lemah ini? Kenapa kita ini sgt degil? Dosa apa yang membuat kita payah sgt mengingat Allah? kenapa kita dah tak takutkan Allah? malulah..kita makhluk yang diciptakan Allah, diberikan akal fikiran untuk berfikir..kenapa hati kita keras sekali untuk tunduk pada sang pencipta?

KERANA TAKWA ITU MATI..

Friday, July 1, 2011

sampai syurga

assalamualaikum...

inshaAllah, kali ni saya nak share ttg pengalaman seorg akhwat sebelum dia nikah..
bagaimana nikah bagi seorg akhwat dlm menjaga batas-batas syariat agar masjid yang ingin dibina berlandaskan tiang-tiang takwa..moga Allah redha..diharap menjadi panduan bagi adam dan hawa terutama akhwat dan ikhwah yang ingin menikah..semoga berkekalan hingga ke hujung hayat, dan inshaAllah moga-moga nikahnya dua kali..oppss..nikah dua kali bkn berpoligami, tetapi nikah sekali didunia dan lagi sekali disyurga..amiiinn...


.......................................................................................................................................

Bismillahirrahmanirrahim..

"Ukht, mari sekejap." kata murobbiahku mengajak bercakap ke bilik belakang usai halaqah pada petang ramadhan itu.

"Ada apa kak?"

"Ana nak tanya, enti kenapa tak hantar resume lagi?". Terfikir..resume apa? Tak kan resume minta kerja..Ni mesti resume 'BM'.

"Ooowh..ana punya simpanan tak cukup lagi la kak.."

"Tak pe..sekarang enti hantar je dulu resume tu.. Ana nak bagitahu enti ni, ada sorang ikhwah nak ta'aruf. Keluarga enti ok tak kalau enti ta'aruf?"

Eeerrghh...TA'ARUF??? Menyirap darah ku ketika itu..Macam nak pengsan. Betul ke apa yang ku dengar?? Siapa ikhwah yang nak ta'aruf dengan aku tu?? Ish..

"Famili ana ok je. Ana dah lobi lama dah. Lagipun diorang tsiqah dengan ana walaupun duk jauh."

"Ok, kalau macam tu enti tanyakan lagi sekali pada parent enti, mereka benarkan tak enti ta'aruf dalam masa terdekat ni. Jangan lupa hantar resume pada ana ya. Kalau boleh ASAP."

"Ok..Ok..InsyaAllah.."

Petang itu, aku pulang dari halaqah dengan jantung yang sentiasa berdegup kencang.. Esok pagi aku kena bagi tazkirah subuh pada akhwat.. Tak tenang rasa..

"Ish..ana takut la..tetiba jantung ni berdebar-debar." kataku ketika di atas moto untuk terus ke masjid kerana program Mabit telah bermula.

"Kenapa pulak ni ukht?" terdengar pula akhwat yang membonceng di belakang ku..

"Alaa..rileks la ukht..enti kan dah bia2C sans-serif; font-size: 13px; line-height: 18px;">

"Urmmm..ana takut & berdebar nak kasi tazkirah subuh esok.." Alasan mengelat sebenarnya..padahal ada benda lain yang dirisaukan.

"Alaa..rileks la ukht..enti kan dah biasa.." katanya

"Hurmm..ye la.."

Malam tu, aku tak dapat tidur mengenangkan pelbagai persoalan dan kerisauan.. Disebabkan tak boleh tidur, aku menyiapkan resume yang akan ku hantar pada murobbiah ku..

Selesai sahaja program Mabit, aku dan seorang akhwat serumah terus pulang ke rumah. Di rumah, aku terus menelefon mak dan abah untuk meminta izin untuk dita'arufkan. Mak tak ada masalah. Abah pun ok cuma abah sedikit bingung kenapa tergesa-gesa. Bila ditanya dengan siapa aku akan ditaarufkan,soalan itu tidak dapat ku jawab kerana aku sendiri tidak tahu siapakah ikhwah itu.

Setelah selesai menghantar resume dan mendapat izin..Aku menanti detik untuk dita'arufkan dengan penuh debaran.. 3 hari sebelum Hari Raya, aku masih di Johor. Malam itu, handphone ku berdering.. Tetiba jantung berdebar.. Alamak kenapa takut semacam ni.. Siapa pulak yang call ni.. Ternyata dialah murobbiah ku.. Bertambah kecut perut mahu menjawab panggilan itu..

"Assalamualaikum kak, ya ada apa?"

"Wa'alaikum salam.. enti kat mana ni"

"Di rumah..baru lepas makan."

"Ada akhwat di situ..? Boleh cakap ke ni?"

"Ana kat atas, akhwat kat bawah. ana sorang je sekarang. Cakaplah kak."

"Macam ni..tentang ta'aruf tu..ana nak tanya enti boleh bila? Kalau buat sebelum enti balik kampung esok malam boleh??"

Ulllrp...errrr...cepatnya..bersediakah aku???

"Hmmm..ana rasa better buat lepas raya kot..boleh la ana explain pada famili lagi.."

"Hrmmm...tak pe la kalau macam tu.. Hmmm..ana nak tanya enti nak tahu ke nama ikhwah tu?"

"Ullrrp...errrr...tak nak lah..ana takot.."

"Tapi zauj ana suruh ana bagitahu.."

"Ana tak nak kak, takooot...takut tak dapat jaga hati.."

"Jap eh..kalau zauj ana nak cakap dengan enti jap boleh??"

"Errr...boleh la"

Ganggang telefon beralih tangan..

"Ukhti, sebenarnya enti kena tahu siapa ikhwah tu supaya enti dapat nilai.."

"Hrmm..ya"

"Boleh ke ana bagitahu ni?? Enti berhak tahu sebenarnya."

"Ok"

"Nama dia .............. Enti kenal?"

Entah tetiba rasa pendengaran seakan tuli seketika..

Bla..bla..bla..bla..
.................
................
..............

Perbualan berakhir..alamak siapa ikhwah yang akan taaruf dengan aku tadi ahh?? Nape tetiba tuli sekejap..Tak apalah..

Malam tu, sukar benar mahu lelapkan mata..Banyak benda yang difikirkan..

Selepas balik bercuti beraya di kampung..lama juga menunggu untuk ditaarufkan..bukan apa, keluarga yang risau jadi atau tidak? Siapa orangnya, umur berapa? Dah keja atau masih belajar? Bujang atau duda? Asal mana? Mak ayah ada lagi tak? Semua persoalan tu aku tak dapat jawab..

Lebih kurang sebulan lebih, baru murobbiahku memberikan jawapan.. diaturnya pertemuan di rumahnya pada petang ahad ba'da asar. Asalnya aku menolak untuk ta'aruf pada hari itu kerana lazimnya aku harus ke sekolah untuk mengadakan halaqah mingguan..Tapi setelah berfikir kembali..aku bersetuju. Ada akhwat lain yang akan meng'handle' halaqah sekolah ku pada petang itu.

Sepanjang hari itu, hati tak tenang..hampir 4 juz aku habiskan sementara menunggu petang menjelang..

Petang itu, sesampainya aku di rumah murobbiahku, aku terus ke bilik belakang menunggu. Sambil memeluk erat Al-Quran ke dada. Moga Allah permudahkan segalanya..Moga Allah tenangkan jiwa hambaNya ini. Moga Allah meluruskan niat hambaNya ini.. Moga segalanya keranaNya..

Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin moto tiba di rumah itu..Jantung semakin kuat berdegup..Astaghfirullah...astaghfirullah..astaghfirullah.. Istighfar, zikir dan segala doa telah kuucapkan supaya tubuh ini dapat tenang..

Kedengaran ada suara memberi salam. Suami murobbiahku menjemputnya ke dalam. Aku dan murobbiah tunggu di bilik belakang. Aku memohon pada murobbiah agar tirai tabir dipasang sepanjang ta'aruf.. Alhamdulillah diperkenankan permohonan.

Setelah itu, kami dipanggil ke ruang tamu untuk sesi ta'aruf dan berlangsunglah proses ta'aruf petang itu..

Sebelum proses ta'aruf berakhir, ikhwah tersebut meminta izin menyelak tabir untuk melihat wajah ku..

Alamak!!!....malunya...

Ku tundukkan wajah lalu membenarkannya..terdengar tabir diselak..wajahku masih menunduk..tak mampu untuk mendongak..

"Afwan, ana nak tanya tinggi enti berapa?"

"160cm" jawab ku ringkas..

"Ok"

Kemudian tabir ditutup.. Alhamdulillah selesai..akhirnya sebulan selepas itu kami bertunang..dan melangsungkan pernikahan 2 bulan setelah itu...Alhamdulillah...

Bagi kebanyakkan akhwat yang masih menunggu, mungkin kisah ini antara yang lazim berlaku sebelum sesi ta'aruf dilakukan. Ibrah yang ana ingin kongsikan adalah adab-adab yang perlu ada sebelum meneruskan hingga majlis akad nikah. Menggunakan orang perantara yang dipercayaai adalah salah satu cara dalam menjaga hati. Namun wanita yang menjadi perantara mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berkeperibadian yang kuat, terkenal berpengalaman dan bijak, beragama baik, dan mengerti watak wanita.

Cinta yang dilandaskan syariat pasti mendapat keredhaan Allah.. Alhamdulillah kerana Allah memberiku kesempatan untuk merasa indahnya bercinta yang selama ini tidak pernah kurasakan sebelum pernikahan. Nikmatnya lebih barakah..

Seorang wanita yang dibentengi dengan sifat malu lebih berharga dari mutiara yang tersimpan di dalam cengkerang..

...........................................................................................................................................

komentar dari saya :
inshaAllah..melihat ukhti saya yang dah nikah tu, bahgia sgt2 dia nampaknya disamping suami..sebagai seorg perempuan, sudah tentu memilih seorg suami yang soleh lagi bertakwa itu menjadi impian..krn lelaki soleh itu bkn hanya menyolehkan si isteri tetapi tanggungjawanya lebih besar iaitu menyolehkan masyarakat sekeliling..membangunkan ummah yang kondisi imannya seperti dibius..tugasnya harus dibantu oleh isteri solehah yang pastinya mampu membantu sang suami menjadi mujahid sejati.

maka, sahabat2..hiduplah untuk Allah, kepada Allah..dan juga kerana Allah..kerana Allah telah pun berjanji, perempuan2 yang baik itu untuk lelaki2 yang baik..usah risau jodohmu, hatta dipisahkan dgn benua yang berlainan, andai itu yang telah Allah tetapkan untuk takdirmu, pasti dia..pasti dia..dan pasti dia..
dan sudah tentu, setiap yang mahu menikah mesti faham..apa tujuan dan yang pastinya, sesebuah perkahwinan itu mesti mampu mencegah kita dari maksiat..





wallahualam bish shawab..

Tuesday, June 28, 2011

cerita sebuah hati

sebuah hati yang matlamat hidupnya adalah untuk mempersembahkan pada Allah dalam keadaan yang sejahtera..semoga nikmat hidayah yang Allah limpahkan dapat dijaga sebaik mungkin untuk sentiasa berada dalam  landasan keimanan dan ketakwaan. Jutaan manusia tenggelam dalam lautan nafsu kerana ramai yang tidak dapat menjaga segala nikmat yang dikurniakan Allah dengan baik..pada Allah, kami mengharapkan segalanya..jagalah kami, payungilah kami dgn rahmatmu..lindungi kami dari bisikan jahat syaitan yang tergolong dari kalangan jinn dan manusia.


 Duhai pemilik hati, pandang lah hati kami dengan rahmatmu..kami lemah dalam bisikan syaitan yang menipu juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu dan jemu memujuk hati-hati kami untuk kufur pada mu..ya Allah pandanglah hati kami yang ingin menapaki jalanmu, mungkin fizikal kami lelah dalam bermujahadah, mungkin juga jiwa kami sakit yang tidak org mampu lihat dan rasa, langkah kami bertatih..tapi hati kami tidak pernah berputus asa mengharap ampunanmu, tidak pula kami jatuh tersungkur kerena kecewa dalam mengharap..kerana itu ya Allah, bantulah kami melawan musuh-musuh kami, sang syaitan durjana juga peneman setia sang nafsu yang sentiasa dahaga. 

Fatamorgana sering kelihatan sayup-sayup dan jauh-jauh, ibarat dunia yang sering membuat kami lupa dan terkejar-kejar dengannya. Teruja sgt2 kami mengejarnya sehingga membelakangkanmu ya rabb, tetapi rupanya kosong, dari itu, jauhkanlah fatamorgana itu supaya tidak lagi kelihatan dimata kami. semoga setiap langkah kami, biar engkau ya Allah didepan dalam segalanya.
.
yaAllah..pandanglah hati kami dgn rahmatmu..hanya rahmatmu kami harapkan untuk meneruskan kehidupan dgn baik dalam menjadi insan soleh. Kadang-kadang Jiwa kami rapuh yaAllah dalam mendaki ujian hidup satu per satu. Kami jatuh berulang kali dan setiap itu kami bangkit kembali memurnikan segala yang berlaku kerana percaya itu adalah yang terbaik buat kami. mungkin Fikiran kami penat mencari solusi, kadang-kadang kami buntu ditengah lautan manusia, kami terkapai-kapai meminta bantuan dari manusia sekeliling untuk keluar dari permasalahan hidup kami..Apa lagi harus kami lakukan ya Allah? kami percaya pada takdirmu, kami percaya pada qada’ dan qadar mu..kadang-kadang bibir kami nakal melontarkan ‘kenapa aku???’..hati kami pedih dan sakit mengimbau kembali..hanya padamu kami menyerahkan segala urusan, kami tidak ada upaya..padamu kami bertawakkal..cukuplah Allah bagi kami..engkaulah sebaik-baik penolong..

ya Allah..engkau yang maha mengetahui isi hati, menjadi saksi segalanya..kurniakan kami kesabaran, ketabahan dalam menjalani waktu-waktu untuk hidup dengan baik. Dunia ini hanya pentas bagi kami, dan setiap kami mendapat watak masing-masing dalam sebuah cerekarama. Inilah sebuah kisah yang menyimpan jutaan rasa. Kisah hati kami.. tidak ada yang pernah tahu melainkan engkau ya rabb..apa yang kami rasa, tidak ada yang pernah mengerti..apa yang pernah kami alami, hanya engkau yang memahami..
Allah yang kami cintai dgn sepenuh hati..setiap hari, setiap waktu dan setiap detik. Kami bermohon padamu, kurniakan kami sifat yang baik, akhlak mulia seperti rasulullah..supaya kami tabah dalam mengharungi setiap ujian yang engkau berikan pada kami. biar kejahatan apa sekalipun yang menimpa kami, bisa kami maafkan dengan rasa ikhlas krn mu..jauhkan kami dari segala sifat lemah sebagaimana imam syafei memandang kelemahan itu sebagai kekufuran. Andai hidup kami hanya mengundang kemurkaan mu, jgn engkau hukum kami seandainya kami terlupa..didiklah kami dengan sinar tarbiah, biar ianya menjadi penyuluh jalan hidup sampai nafas terakhir agar mati kami dalam husnul khotimah.

Kami belajar dari sifat air yang dengannya engkau menjadikan segala sesuatu..jadikanlah kami seperti sang air, tabah mengharungi batu-batu yang tidak pernah jemu menghalangnya. Tetap mengalir dengan rasa sabar dan penuh kesyukuran padamu..tunduk mengalir menjalankan segala perintahmu. Kami ingin sekali menjadi insan soleh seperti nabi yusuf yang hatinya dipenuhi dgn rasa takut, hati yang penuh dgn rasa cinta..bantulah kami melawan musuh-musuh yang menghalangi kami dari jalanmu..


 Allah..kadang-kadang hati kami nakal, bicara hati kami sering tertanya dan ingin tahu jawapannya segera tanpa bersabar..

 “ apakah Allah tidak memandang hati kami?? apakah Allah tidak tahu apa yang kami rasa??, apakah Allah tidak Nampak hati dan jiwa kami menangis sentiasa?? Kenapa Allah membiarkan kami dalam kesedihan dan kesusahan??”

Dan akhirnya kami menunduk malu sambil memukul hati kami, membenci jiwa sendiri..payah sekali untuk memaafkan diri sendiri setiap kali kesilapan sama berulang. Kami bangun ya Allah setiap kali kami tersedar, bangkit kami melebihi dari dulu..subhanaAllah, kekuatan itu datang darimu..kami percaya jihad paling akbar adalah jihad melawan hawa nafsu. Emosi kami terganggu, tertekan..dan semua itu ada ganjarannya sebagaimana sakit yang kami rasa. Emosi kami bukan sia-sia..tapi mengharapkan nilai disisimu..

Kami melompat dari satu batu ke batu yang lain untuk sampai kepuncak, dalam waktu itu ada dari kami terjatuh, tergelincir dan ade juga mati lemas melawan nafsu..kami terjatuh tapi kami bangun memanjat kembali, tapi batu licin membuat kami tergelincir berulang kali, mungkin langkah kami payah, kaki kami sakit apatah lagi semangat kami..apatah lagi hati kami yang cepat sekali putus asa dalam mengharap. Hanya yang betul-betul semangatnya kuat mampu bangkit, memanjat kembali untuk sampai kepuncak destinasi..kerana kami yakin selepas puncak itu ada kemudahan yang tersedia buat kami. iaitu jalan mudah tanpa perlu kami mendaki lagi..

Ya rabb engkau menyaksikan segala usaha kami dlm mencari puncak cinta.. nafas kami lelah tapi tidak dgn hati kami yang terus yakin. Mendaki kami siang malam dengan tangisan. Waktu malam ada antara kami tersesat dan jumpa kembali jalan pulang, namun ade jugak yang sesat dan tidak jumpa jalan pulang..dan ade antara kami yang sesat dalam kejahilan dan tidak berusaha untuk mengembalikan diri semula. Kami sedih ya Allah kerana tidak semua dari kami mampu sampai ke puncak bersama-sama berpimpin tangan..mungkin salah kami yang berjauhan dan mementingkan diri sendiri dalam berusaha. 

subhanaAllah..ujian itu sunnatullah, menapis kami siapa yang terbaik dan bersungguh-sungguh..bantulah kami membuktikan kecintaan kami biar rasa cinta kami jadi luar biasa tidak seperti org biasa yang bercinta dgn dunia. Bantulah kami membuktikan bahawa segalanya hanya untukmu..pimpinlah kami dalam pendakian yang begitu menyesakkan dada tapi penuh nikmat yang tidak semua mampu rasa. Seperti rasulullah yang memberi apa sahaja untuk dakwah. Begitu juga dengan kami yang ingin mencontohi baginda dalam segenap ruang hidup, biar segalanya hanya untukMU..


 rahmati perjalanan kami..
-doa kami-

Monday, June 27, 2011

tuhan...mengapa aku?

 
Disaat aku melihat ramainya manusia yang rakus mengejar dunia,
Mengapa Kau pilih aku untuk sibuk mencari redhaMu?

Disaat aku melihat ramainya pemuda yang hilang jatidirinya,
Mengapa Kau pilih aku untuk menjadi insan yang membinanya?

Disaat aku memandang ributnya gelagat manusia berhibur,
Mengapa Kau pilih aku untuk diam ingat padaMu?

Dikala aku merasa kepingin untuk merasai nikmat dicinta dan mencinta,
Mengapa Kau pilih aku untuk mencari cintaMu?

Disaat diriku ini terlalu banyak dosa,
Mengapa aku yang kau pilih untuk segera bertaubat?

Disaat ramainya manusia merobohkan agama,
Mengapa aku juga yang Kau pilih sebagai kalangan yang membinanya?

Mengapa aku?

Aku banyak dosa...
Aku banyak maksiat...
Aku banyak ingkar...

Aku bukan orang yang layak!

Tapi mengapa aku dipilih?

Mengapa aku dilahirkan sebagai muslim?
Seingatku... aku tak pernah pun meminta...

Mengapa aku dipilih untuk berdakwah?
Ah... aku bukannya alim. aku bukannya baik.
Aku banyak riak. Aku banyak sombong. Aku banyak ujub!

Tapi Tuhan... mengapa masih aku yang Kau pilih?

Aku mahu, bahkan terlalu mahu jika diriku diazab di dunia ini. Segalanya kerana aku takut. Ya! Aku terlalu takut. Aku takut diazab di akhirat! Diriku tak layak untuk mencium bau syurga!

Tapi Tuhan... aku tak kuat!

Aku lemah...

Dikala ujian dariMu datang...
Aku gagal. Bukan sekali, berkali-kali.

Aku malu Allah...

Aku segan. Aku malu dengan seluruh alam ini.

Disaat diriku dipandang mulia, rupanya di sebaliknya aku hina disisiMu...

Aku tak kuat bahkan terlalu ampuh hatiku...

Tuhan, jawablah... mengapa aku?
Mengapa aku yang Kau pilih?

Tuhan..

aku tak pandai bermadah... juga tidak bijak menyusun kata...

Tapi ketahuilah...
Aku merayu...

Izinkan aku menumpang hidup sekali cuma...
Agar diriku, bisa mencintaiMu.

Terima kasih Tuhan...
kerana memilih aku...

Terima kasih Ya Rabbi.

Dan kini... Hanya diriMu matlamatku.

Sekarang dan selamanya...
 
 
dipetik dari : bayyinat

Wednesday, June 15, 2011

zahirkan kesyukuranmu

Assalamualaikum w.b.t..
bismillahirahmanirahiim..dgn nama Allah yang maha penyayang lagi maha pemurah..

Rasulullah s.a.w bersabda “ setiap urusan yang tdk dimulai dgn bismillahirahmanirahiim terputuslah berkahnya” (dari tafsir ibnu katsir)

Sahabat-sahabat..sama2 kita panjatkan rasa syukur kita pada Allah azzawajalla yang sentiasa memberikan kita  nikmat dan mengurniakan kasih sayang yang melimpah ruah pada setiap hambanya..alhamdulillah atas nikmat iman yang telah engkau campakkan dalam hati2 kami. Rasa bersyukur itu perlu kita zahirkan bukan sekadar hanya dgn kata-kata..

sesuai dgn firman Allah dalam surah adh-dhuha dlm ayat ke 11 :
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Zahirkan disini bukan maksud berbangga, tapi zahirkan yang dimaksudkan adalah dgn wujudkan rasa sebenar2 syukur itu dihati, bukan sekadar menyebut Alhamdulillah, tapi perlu bergerak menzahirkan dalam bentuk ibadah. Tanda kita berterima kasih pada Allah. Kita lihat bagaimana kehidupan kita sehari-hari dgn manusia, jika seseorg menghadiahkan kita sesuatu, kita menghargai bukan, jaga takut rosak, nanti susah hati bimbang sbb takut nanti org cakap kita tak menghargai apa yang org bagi. sekarang kita lihat pula bagaimana Allah menganugerahkan kita nikmat, adakah kita menjaga nikmat (hadiah) yang Allah berikan itu seperti kita menjaga hadiah dari manusia? Segelintir dari kita payah nak rasakan semua ini, betapa berharganya setiap nikmat dari pemberian Allah pada kita lebih dari pemberian manusia. 

Sahabat2..Allah memberi tanpa kita meminta. Kita nak apa lagi dari Allah? sedangkn kita tak pernah rasa berterima kasih pun pada DIA. Apa yang kita balas pada Allah adalah maksiat, kita mengundang murkaNYA, tapi Allah masih lagi memberi kita peluang dan ruang, Allah tak pernah tarik oksigen dari kita untuk tak bernafas, tidak pula bila Allah murka, seluruh harta kita musnah, keluarga kita diambil nyawanya..masih ade lagi ruang waktu yang Allah peruntukkan untk bertaubat. Masih belum terlambat, maka zahirkanlah rasa syukur itu dalam bentuk ibadah.



Al-imran : 162
adakah orang yang menurut keredaan Allah itu sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah? Sedang tempat kembalinya ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. 

Once kita dah rasakan betapa manisnya rasa syukur itu, baru kita sedar bahawa solat yang kita lakukan setiap hari lima kali sehari, ibadah yang dikerjakan bukanlah satu yang sia2. Lihatlah Allah itu maha kaya, tidak memerlukan sesuatu pun, jika kita tak beribadah pun pada Allah, Allah tak rugi ape2, jika kita tak beriman, takde masalah pada Allah..Allah maha kaya kan..tapi Allah suruh jugak kita solat bukan untuk Allah tapi untuk kita sendiri. 

Renungi firman Allah dlm surah al-fatirr ayat 15 :
(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang memerlukan Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), lagi Maha Terpuji.

Al-isra’ : 7
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.

Adenye rase syukur itu dihati, kita akan lebih bergerak menambahkan amal-amal kita setiap hari pada Allah dgn cara menzahirkan (beribadah)..kita takkan rasa terpaksa, ikhlas itu akan wujud bila kita buat dgn rela krn Allah. Kerana apa, ade org bila waktu solat je, rase malas, melambat2kan solat terutama subuh, dan tak solat pun ade..utamakan kerja lain berbanding apa yang Allah suruh. Jadi dimane rase syukur kita? Benarkah kita ini mencintai Allah? Subuh lambat itu kerana kurangnya cinta kita, bukankah cinta itu disertai pengorbanan? Berkorban waktu tidur untuk redho Allah..Ingat, Allah maha mengetahui isi hati..malas atau rajin, nak cepat solat, nak berjemaah nak cepat2 habis, nak habiskan berdoa cepat..dan ade yang langsung tak berdoa..semua itu Allah tahu, sebesar zarah Allah tak lupe, dan akan dihisab kelak.. 



Al-isra : 25
Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. 

ramai org disebabkan hilang rasa syukur inilah, mereka lebih cenderung pada maksiat..kalau kita, bile seseorg tak menghargai apa yang kita bagi, buat endah tak endah sahaja, pandang jelek pada kita, kita akan panggil org tu sombong kan? Begitu jugak dlm kondisi seseorang yang tidak pernah bersyukur, sama saja seperti org yang takkabbur dan sombong pada Allah. Saya berikan contoh wanita, Allah anugerahkan pada dy keindahan dan itulah hadiah dari Allah, jadi macam mana cara yang betul nak jaga hadiah dari Allah itu? Caranya adalah dgn menjaga kehormatan diri dgn menutup aurat, menjaga setiap inci tubuh dari dipandang lelaki, berakhlak mulia. manusia, Allah anugerahkan mata untuk digunakan dgn tujuan yang baik, jadi solusi kpd cara menghargai hadiah mata itu dgn melihat atau memandang sesuatu yang baik. Kalau Allah dah tarik nikmat baru kita tersedar silap2 kita dahulu.

Ade satu kata-kata” Siapa takkabur, pasti lebur”..ade manusia2 yang mengubah ciptaan Allah, kerana mereka sering merasakan bahawa Allah itu tidak adil pada mereka, merungut dgn pemberian Allah. apa yang Allah beri diubahnya mengikut kehendak nafsu. katenye kening nya tak cantik, jadi dy cukur kening semata-mata untuk kelihatan lebih cantik. Auratnya tak terjaga, katenya kecantikan itu perlu ditonjolkan, dimana maruahmu duhai wanita yang disayangi ALLAH??.. 

ade manusia yang Allah berikan kehidupan pada dy, tidak pula pernah bersyukur..tidak pernah merasakn cukup dgn apa yang ada. Selalu saja tidak puas hati pada manusia..tanpa berfikir panjang, mendapatkan sesuatu dgn cara yang salah krn dunia semata-mata. Bile lihat seseorg yang lebih senang, hatinya punya rasa dengki, iri hati. Dari satu penyakit, maka Allah tambah2kan penyakit yang telah ada. 



Benarlah firman Allah dlm surah al-baqarah ayat 10:
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Tambah yang macam mana? Penyakit hati ini ibarat barah, boleh merebak jika tidak dibendung. Kita ade hasad dengki, dari hasad dengki timbulnya benci, dari benci jadi dendam, dari dendam terus menerus kpd perkara yang lebih parah dan akhirnya hati kita mati. Kita bukan hanya akan jauh dgn manusia tapi sekaligus menjauhkan kita dgn Allah. Kerana habluminaAllah, hablumminnass..mari refleksi diri.

inshaAllah, nak cerita pasal hakikat syukur ni, panjang lebar..perlu kita kupas satu persatu..hakikatnya, kaya dan bahgia itu terletak pada hati yang selalu bersyukur.  Mari pertingkatkan..bergerak menambahkan amal kerana berterima kasih pada Allah. Nak langsaikan hutang kita pada Allah takkan mampu dan takkan pernah terbalas pun.

Wallahualam bish shawab..