Saturday, March 10, 2012

araftuka

Bismillahirahmanirahiymm..

Salam fastabiqul khairat..terdetik dihati saya perkataan araftuka, indahnya mengenalimu wahai Allah..perkataan araftuka mengingatkan saya pada sebuah lagu kegemaran saya dahulu ketika di matrikulasi. Dari kumpulan nasyid raihan “araftuka”..
Kini umur saya baru menginjak 22tahun.  Ketika diusia ini, saya banyak mengerti..semuanya tarbiah dan susunan kehidupan yang sgt cantik dr Allah. Ketika mata hati mula bekerja, segalanya rasa indah..ketika hari-hari dipenuhi kisah suka dan duka..mengajar rasa redha dan pasrah. Setiap hari bagi saya adalah satu kehidupan baru, bangun pagi lembaran baru akan dibuka dgn penuh semangat bahawa Allah itu sentiasa dihati, sentiasa menemani..

Kata Allah [addhuha : 3]
Tuhanmu tiada meninggalkanmu dan tiada membencimu.. 

Kalimah “araftuka” tiba-tiba terluah dibibir, tika mana saya memikirkan takdir hidup.. teringat saya pada zaman matrikulasi. Mengenali seseorang yang akhirnya membawa saya mengenal  Allah yang maha indah, maha baik, maha penyayang hatta hamba itu sering berbuat dosa..

Zaman matrikulasi, Awal tarbiah mengajar saya erti ukhwah, maka saya kekal dlm tarbiah waktu itu adalah krn ukhwah..”ukhwahfillah ataupun uhibukifillah” sering dilontarkan pada teman-teman seperjuangan. Banyak perkara yang saya buat ketika itu bkn didasari atas ilmu, maka payah untuk saya merasa kemanisan dalam beribadah. Maka bagaimana Allah mahu saya faham akan setiap ibadah yang saya buat, diturunkan saya satu ujian apabila masing-masing berpisah meneruskan perjuangan di university pilihan..maka bermulalah kembara hidup saya tanpa teman-teman ataupun lebih dekatnya sahabat yang selalu menegur kita tika kita berbuat silap.

Perjalanan hidup yang terhampar dengan ujian dan kepahitan, saya ketika itu belum mengenali erti kehidupan ini, untuk siapa dan kenapa..waktu itu saya  mula tersasar dr landasan keimanan..ibadah yang dilakukan tidak membekas dalam kehidupan. Peringatan itu seperti sayup-sayup, masuk kanan keluar kiri..dan akhirnya, Allah menduga saya dgn satu ujian, ujian yang cukuplah itu menjadi rahsia saya dgn Allah..tapi itulah peringatan bagaimana Allah mahu saya kembali dgn jiwa yang tenang.. Allahu..hanya Allah yang tahu, setiap hari mata ini berendam air mata..

Sering saja, terdetik dihati, rasa pendakian ke puncak begitu menyesakkan dada..rasa sakit melalui kepahitan hidup..tapi apakan daya, Allah maha tahu apa yang terbaik..kita merancang tapi jgn lupa Allah juga merancang dan DIA adalah perancang terbaik. Saya menarik nafas panjang ketika menulis nota tarbiah ini, semoga Allah anugerahkan saya jiwa yang tenang, saat ini begitu terasa kasih sayang Allah meresap dlm jiwa..apa saja yang datang selepas ini, hati ini milikmu wahai Allah..manusia boleh buat apa saja, mungkin merobek, melukakan mungkin juga meratah..tapi wahai Allah, hatiku ini milikmu..

Kisah dulu selalu membunuh rasa kemanisan itu, tapi dari kisah dulu itulah, ada sirna dipenghujung..yang mungkin dulu selalu menyerabutkan kepala..tetapi dgn keserabutan itu, Allah mengajar saya untuk berharap hanya pd DIA. Kembali sedar akan sifatnya yang maha kuasa..berkuasa MENARIK sesuatu, berkuasa MEMBERI sesuatu..pengajaran terbaik hanya dr Allah semata-mata.


Jatuh berulang bukan Allah tak sayang, tapi itulah tanda kita ini diperhatikan dgn kasih sayang..bukankah kita ini hanya anak kecil?? Hanya anak kecil bilamana seorg ibu melihat anaknya bertatih berjalan, tdk dibantu..tp dibiarkan supaya anak kecil itu belajar sendiri untuk berjalan dgn baik wp anaknya itu sering terjelopok jatuh..
Duhai insan-insan yang dalam kesedihan..bersangka baiklah pada Allah. Setiap sesuatu yang berlaku, tidak lain tidak bukan akan ada kebahagiaan dipenghujungnya. Mungkin lambat, tapi apa yang Allah nak dari kita adalah seinfiniti kesabaran..mungkin juga ada hati yang berbicara, “aku tak mampu wahai Allah menanggung kesedihan sorang2”..ingatlah Allah itu sentiasa ada, tak pernah mengeluh mendengar bait-bait katamu ketika berceloteh dgnNYA..berdoa padaNYA..

Duhai insan-insan yang terguris hatinya dgn kepahitan dunia..sedarlah, dunia ini memang pahit, sering membuat dirimu alpa dgn janji yang takkan kunjung tiba..dunia sering mengecewakanmu, tetapi janji dari Allah pasti dan pasti benar..

Dan kini, saya menjalani tarbiah dgn kefahaman yang jelas pd pandangan saya..hanya kerana kesedaran saya mengenai erti  kehidupan. Erti kehidupan yang membawa saya mengenal DIA yang maha esa..mungkin dulu, rasa putus asa sering menyapa sehingga lemah motivasi hidup..krn hati punya cerita duka yang tak mampu dikongsi pd org yang tak pernah merasa dan memahami..sekarang dan selamanya, saya tetap bersama dgn ALLAH..dgn penuh rasa takut dan harap yang membuahkan cinta..semoga air mata yang mengisi relung-relung hati mampu melembutkan dan menguatkan semangat utk hidup dgn rasa tenang. 

Semoga Allah merahmati..T_T