Friday, April 29, 2011

kata-kata "SANG MURABBI" KH RAHMAT ABDULLAH



Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah keperluan, 
bukan sekedar sambilan apalagi hiburan …

Aku rindu zaman ketika membina adalah kewajiban 
bukan pilihan apalagi beban dan paksaan …

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, 
bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan …

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan,
 bukan keraguan apalagi kecurigaan …

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, 
bukan tuntutan, hujatan dan obyekan….

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan
 bukan su’udzon atau menjatuhkan …

Aku rindu zaman ketika kita semua 
memberikan segalanya untuk da’wah ini …

Aku Rindu zaman ketika nasyid ghuroba
 manjadi lagu kebangsaan…

Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan 
dan terlambat adalah kelalaian …

Aku rindu zaman ketika malam gerimis 
pergi ke puncak mengisi dauroh 
dengan ongkos yang cukup2
dan peta tak jelas …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah 
benar-benar berjalan kaki 2 jam 
di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah …

Aku rindu zaman ketika pergi liqo 
selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan 
dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan …

Aku rindu zaman ketika binaan menangis 
karena tak bisa hadir di liqo …

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk 
untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah 
berangkat liqo dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya …

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi 
sakit dan harus dirawat, 
para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya …

Aku rindu zaman itu …

Ya Rabb …
Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …

Ya Rabb …
Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini … 




monolog qalbi :
yaAllah..benar, hati ini merindukan memori dahulu bersama akhwat tercinta, menjadi asabiqun awalun itu banyak sekali pengorbanan dan ujian. susah dan payah itu indah..
dikejar anjing semata-mata utk kehalaqoh, dimarahi pak guard bila pulang lewat, halaqoh yang panjang sampai tgh malam semata-mata nak bangunkan insan-insan yang cintakan islam, membangunkan kader2 dakwah yang tangguh, yang tegar..menangis sama-sama saat salah seorg akhwat futur, seorg pun kami tak biarkan gugur, dan kami tak biarkan berjalan sendiri, melangkah kaki ke masjid semata-mata utk liqo, liqo yang cukup mengubat kerinduan, cukup hanya membincangkan masalah ummat..yaAllah, teguhkan ukhwah kami..istiqamahkan kami pada jalan yang indah ini..benar dari hati yang tulus ikhlas, saat halaqoh itu keperluan, ditanam dlm hati-hati kami rasa cintakan dakwah.."dakwah nombor satu, study pula bkn nombor dua"..dua2 sama penting..dua2 itu tdk boleh hilang dari jiwa kami..ditanamkan pula formula math dlm urat nadi antara akhirat dan dunia, mane yang lebih penting. kejarlah akhirat, dunia pasti mengekori. berkorban itu indah, saat ade akhwat yang lebih memerlukan, hati kecil ini riang bila dpt hilangkan rasa gundah akhwat.

halaqah itu wajib, nadi kami..sanggup berkorban apa shaja utk dakwah..T_T..sanggup berkorban apa sahaja untuk akhwat, demi redho Allah..begitu sekali Allah mengajar kami. apa-apa sahaja rela berkorban. diri sendiri tiada kepentingan lagi.

oh dakwah, begini sekali mengajar..

yaAllah..kuatkan hambamu dlm membina kader2 dakwah..menjadi murrobiah yang mampu membimbing dgn baik, memandu mereka kejalan yang benar..perkukuhkan kethiqohan mereka pdku..

benar dari hati yang tulus, rindukan ukhti2 yang selalu berkobar semangatnya dgn nasyid ghoroba.. "org asing"..ditekankan dlm jiwa..usah bersedih..saat manusia lain memandang enteng pada kita yang tidak up to date..krn "kita mmg org asing, maka beruntunglah"..terpujuk hati ni..oh ukhti..T_T

rindukan saat pergi daurah same2, subhanaAllah..akhwat, banyak sekali yang kita belajar tika musafir same2..takde duit sekalipun, ditanam dlm hati "inshaAllah, ganjaran dari Allah itu lebih besar"..ape2 cara sekalipun, daurah itu penting..tak kisah jalan kaki, tak kisah naik ape2 sahaja semata-mata daurah..

mashaAllah..begitu terkenang saat dahulu..memang kita dipilih Allah dgn kaedah sulbah.."kaedah tulang belakang"..membina kader2 dakwah yang bersunguh-sungguh, yang benar-benar mahukan islam..
Allah menguji kita dgn pelbagai rintangan, dugaan, ujian semata-mata utk redho Allah..dan benar Allah itu lebih mengetahui siapa yang mahu menerima petunjuk..

yaAllah..pertautkan hati kami dijalan dakwahmu..T_T..jgn pisahkan kami dgn kenikmatan berjihad..jgn palingkan kami dgn dunia yang hanya sementara..kami takut ya rabb, andai kami  Allah tak pandang..terimalah amalan kami..kpdmulah kami berserah diri..

Wednesday, April 27, 2011

usah kufur dengan nikmat Allah..


Salam alaik sahabat2..apa khabar keadaan iman antum semua? inshaAllah..yakin, segalanya sihat dimata Allah..malah tinggi disisi Allah.

Selawat dan salam bt junjungan besar rasulullah tercinta, Muhammad bin Abdullah yang tak pernah putus2 berdakwah sehingga penghujung nafas terakhir baginda. Terima kasih atas segala pengorbanan rasulullah terhadap kami..

Menyeru manusia pada Allah bknlah satu jalan yang mudah, jalannya dihamparkan penuh duri, jadi kepahitan, kesedihan dan segala bentuk ujian itu adalah lumrah..jadi org2 yang menyeru atau daie itu sememangnya wajib berjiwa besar, moga ujian yang ditimpa menjadikan imannya makin hebat, makin bertambah rasa cintanya pada Allah..seorg daie itu perlu memikirkn perkara y lebih besar y perlu dilakukan, bukan memikirkan perkara yang hanya remeh temeh yang hanya melunturkan roh perjuangan dakwah..

Kerana itu benarlah firman Allah al-baqarah, 207 dan diantara manusia ada org yang mengorbankan dirinya utk mencari keredhaan Allah.

Sanggup apa-apa sahaja demi Allah..kerana itu Adapun org2 beriman itu amatlah besar cintanya pada Allah. 

subhanaAllah..indahnya hati dipenuhi sinar iman.bahgianya hidup bila jiwa tenang dari resah dosa. Itulah kebahgian hakiki seorg mukmin, tiada yang lebih indah dr itu..sanggup berkorban apa sahaja demi cinta rabb..genggam sepenuh hati, moga thabat, istiqamah dan istimrar dijalnnya..

saat ini, tiada apa-apa yang saya inginkan kecuali semangt dakwah yang menjalar2 disetiap urat tubuh, moga rasa ini berterusan dan semakin hari semakin bertambah rasa cinta pada dakwah..benar, ramai org mampu berdakwah, tapi tak ramai yang cintakan dakwah..ramai yang gugur ditengah jalan tarbiah, mungkin beberapa faktor tapi banyknya atas desakan nafsu..yey, nafsu itu suke dipuaskn mengikut keinginannya melalui jalan yang salah. Tidak ada yang ingin dipuaskan melalui jalan yang benar..kerana itulah ucapan nabi yusuf dlm quran sprt berikut. “dan aku tdk membebaskn diriku dr kesalahan, krn sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kpd kejahatan, kecuali nafsu y diberi rahmat oleh tuhanku.” (yusuf : 53)

kerana itu, jangan..jangan..dan jangan sesekali mengikut hawa nafsu, bisikan syaitan..
segala puji bagi Allah yang masih lagi memberi kita kesempatan, peluang dan ruang untuk sentiasa bertaubat..sungguh, tak semua Allah bagi..ade org Allah ambik nyawanya ketika bermaksiat tanpa sempat bertaubat..matilah dlm su’ulkhotimah..rugi, tersgt rugi..dunia rugi, akhirat pun rugi..

bukankah hidup  ni utk mecari mati yang sempurna? mati ini utk hidup yang lebih tinggi? mungkin esok, atau lebih lagi..lagi 5 minit mungkin kita mati? Kita tak tahu..kita tak tahu..maka bersiap sedialah sahabat2 umpama esok nak ambik exam..yeah, dlm mood exam sekarang..

ramai org bermaksiat seumpama hidupnya lagi 1000 tahun..kerana itu, marilah kita bertaubat pada Allah..kembali pada jalan Allah..melihat, mendalami, menghayati, memahami dan segala bentuk yang mampu mendekatkan diri kita padaNYA.

subhanaAllah..hebatnya sesuatu ujian dlm bentuk musibah..kerana apa, jarang sekali manusia itu akan kembali kepangkuan Allah melalui ujian kenikmatan hidup..rata-rata kembali pada Allah bila kesedihan melanda, musibah menimpa..tapi banyak sekali manusia yang kufur kembali setelah senang, sesudah susah itu hilang, kdg2 kesedihan dan musibah itu dtgnya dari dosa, kerana itu benarlah firman Allah..

Dan apabila manusia ditimpa bencana, dy memohon (pertolongan) kpd tuhannya dgn kembali taat kpdnya, tetapi apabila dia memberikn nikmat kpdnya dia lupa (akn bencana) yang pernah dia berdoa kpd Allah sebelum itu, dan diadakan sekutu-sekutu bg Allah untuk menyesatkn manusia dr jalannya. Katakanlah, “bersenang-senanglah kamu dgn kekafiranmu itu utk sementara waktu. Sungguh, kamu termasuk penghuni neraka.”(39 : 8)

Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya) dr Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan, maka kpdnyalah kamu meminta pertolongan, kemudian apabila dia telah menghilngkn bencana dari kamu, malah sebahagian kamu mempersekutukan tuhan dgn yang lain. (16 : 53-54)

Dan apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru kami, kemudian kami berikan nikmat kami berkata kpdnya  “sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah krn kepintaranku.” Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakn mereka tdk mengetahui.(39 : 49)

Dan apabila kami berikan nikmat kpd manusia, dy berpaling dan menjauhkan diri dgn sombong, tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dy banyak berdoa (41 : 51)

Manusia itu cepat lupa..maksudnya pun pelupa..hey pelupa!!..mmg tidak pernah bersyukur dgn nikmat Allah kah??..bila susah kembali cari Allah, minta pertolongan, saat kesenangan datang lupa bahawa dy dulu pernah susah, pernah mengharap pada pertolongan Allah..setelah Allah bagi pertolongan dy kembali kufur semula..kerana itu Allah berfirman : 

Adapun yang mengingkari ayat-ayat kami hanyalah pengkhianat yang tidak berterima kasih. (31 : 32)

Saat kita susah, kita cari Allah..Allah lah tempat seglanya kita berharap. Setelah itu kita kembali kufur, kita dah lupa apa yang Allah pernah beri..apa yang Allah pernah tolong kita dahulu..

”maka nikmat tuhanmu yang manakh kamu dustakan, jarang sekali kamu bersyukur..(ar-rahman)..

Sahabat2..kadang2 kan apa yang kita dapat ataupun musibah itu sendiri adalah kerana dosa2 kita..dosa menzalimi diri kita sendiri..dosa kita tak bersyukur dgn nikmat pemberian Allah..lihatlah firman Allah, hayati dgn hati dan iman..Allah tak pernah menyakiti kita, tapi kitalah yang selalu sakiti dgn berbuat jahat..

Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah kami berikan kpd mereka, bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui akibatnya. (16 : 55)

Sesungguhnya Allah membela org y beriman. Sungguh, Allah tidak menyukai setiap orang yang berkhianat dan kufur nikmat.  (22 : 38)

Allah cakap, Allah tak suke dgn org yang kufur nikmat..boleh refleksi diri masing2..kadang2 Allah membiarkan kita dlm kenikmatan dosa tanpa ditarik kembali..tapi cube kita fikir, samada kita yang tak sambut hidayah Allah ataupun hidayah Allah itu memang tidak sampai pada kita? Saya rasa kita yang tak bukak pintu hati untuk terima hidayah. Hati ini umpama tingkap, bukak tingkap masuklah ia..tapi kalau kita tak bukak, hanya singgah diluar sahajalah, kita tutup hati kita dgn pintu maksiat, pintu2 yang membuat Allah murka..kita yang taknak berubah sebenarnya, hidayah itu takkn bergolek datangnya..nak capai sesuatu yang besar, yang tinggi.. pengorbanan juga perlu besar, nak capai syurga, pengorbanan dy jugak besar..mungkin mati untuk Allah, yeah..murrobiah saya selalu cakap, mati untuk Allah bukanlah satu yang ekstrem, itulah yang paling mampu dan mungkin sahaja yang terbaik kita lakukan untuk Allah..jadi, bergeraklah cari hidayah..sanggup berkorban apa sahaja utk Allah.

Lihatlah firman Allah :

Dan musibah apapun yang menimpa kamu adalah krn perbuatan tanganmu sendiri, (dari siksaan Allah) di bumi, dan kamu tidak peroleh pelindung atau penolong selain Allah (42 : 31)

Bukan demikian! Barang siapa berbuat keburukan, dan dosanya telah menenggelamknnya, maka mereka itu penghuni neraka. Mereka kekal didalamnya (2: 81)

Yang dem ikian itu krn kamu bersuka ria dibumi (tanpa) mengindahkn kebenaran dan krn kamu selalu bersukaria dlm kemaksiatan (40:75)

Sesungguhnya org2 y tdk beriman kpd akhirat, kami jadikn terasa indah bg mereka perbuatan2 mereka (yang buruk), sehingga mereka bergelumang dlm kesesatan. (27 : 4)

Percayalah sahabat2..buanglah dunia itu dari hati..kerna cintakan dunia lah, kita tak mampu bersyukur dgn kenikmatan yang lebih besar diakhirat yang sedang menanti..kita dah tak Nampak ganjaran akhirat yang lebih indah, lebih tinggi..

Bagi org2 y tidak beriman pd kehidupan akhirat, mempunyai sifat yang buruk, dan Allah mempunyai sifat yang mahatinggi. Dan dia maha perkasa, maha bijaksana (16: 60)

Cintakan Dunia jugaklah meyebabkn sesorg itu mempunyai sifat2 yang buruk krn dy tidak percaya akan kehidupan akhirat, kerana dy tdk percaya pada pertemuan dgn tuhannya...Mari sahabat2, kita tanamkan kesyukuran yang paling dalam untuk Allah..supaya sifat2 yang baik itu kita miliki. Kerana Allah dah pun janjikan kita satu ganjaran yang lebih hebat dari ganjaran kenikmatan dunia..

Dan dialah y menerima tobat dari hamba-hambanya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa y kamu kerjakan (42 : 25)

Dan org y berhijrah krn Allah setelah mereka dizalimi, pasti kami akn memberikan tempat baik kpd mereka didunia. Dan pahala diakhirat pasti lebih besar, sekiranya mrk mengetahui, iaitu org2 y sabar dan kpd tuhan mrk bertawakal. ( 16 : 41-42)

Even kita dizalimi manusia sekalipun, tetapi Allah tak pernah..krn sifatnya maha lembut pd hamba-hambanya..

Maka ingatlah kpdku, aku pun akn ingat kpdmu. Bersyukurlah kpdku, dan jgnlah kamu ingkar kpdku. (2 : 152)

Sahabat2, roh dakwah yang mengalir dlm tubuh saya saat ini, akan saya genggam ia seerat-eratnya kerana saya yakin, inilah jalan yang benar untuk saya hidup bahgia, bukan pula jalan kemaksiatan untuk saya hidup sengsara..saya hanya mampu memberikan setakat ini sahaja, untuk mengubah hati2 antum/antunna semua hanyalah Allah, pemegang hati2..kerana itu, saya memetik firman Allah: 

Jgnlh engkau sesekali Muhammad tujukn pndanganmu kpd kenikmatan hidup yang telah kami berikn kpd beberapa golongan diantara mereka (org kafir), dan jgn engkau bersedih hati terhdp mereka dan berendah hatilah engkau terhdp org beriman. (15 : 88)

Sungguh engkau muhammad tidak dpt memberi petunjuk kpd org yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kpd org yang dia kehendaki, dan dia lebih mengetahui org2 yang mau menerima petunjuk.  (28: 56)

Dan siapakah yang lebih zalim drpd org yang telah diperingatkan dgn ayat2 tuhannya, kemudian dia berpaling drnya? Sungguh, kami akn memberikn balasan kpd org2 yang berdosa. (32 : 22)

Selamat merenung, menghayati, dan mengaplikasi dlm setiap inci kehidupan, saya yang terlalu mendambakan redho Allah..

Monday, April 25, 2011

kembalilah pada Allah..


Alhamdulillah…alhamdulillah..alhamdulillah..

Assalamualaikum..tiada ucapan yang semulia assalamualaikum..itulah ucapan salam seindah-indah ucapan disyurga kelak..syurga?? tertanya pd diri sendiri, jauh sekali syurga itu andai dosa2 y dibawa jika taubat tidak diterima Allah..takutkan wahai sahabt semua? Jujur dari hati saya, saya takut akan azab neraka..saya takut kalau Allah ambil nyawa saya ketika saya belum sempat bertaubat dgn sebenar-benar taubat..kita ni manusia, selalu sahaja terdetik dihati..”esok masih ada”..betul x? itulah kata-kata yang banyak sekali terpaut dihati ramai org..tapi betul ke, esok masih ada buat kita? Kita tak tahu wahai sahabat sekalian, bilakah ajal maut yang akan menjemput..tapi itulah manusia, suke bertangguh dlam soal taubat..perlu diperingatkan selalu krn sifat manusia memang cepat lupe..

Oh saya melihat ramai sekali manusia tenggelam andai tidak punya kenderaan iman..ramai manusia jatuh kelembah kehinaan dek kerana nafsu..nafsu meronta-ronta minta dipuaskan, iman pula sentiasa berperang, maka hati menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan. Kadang2 hati kita akn berbisik perkara-perkara buruk, sehingga menyeksakan jiwa, membebankan akal fikiran..dan akhirnya kita hanya mampu menangis..kenapa begini..dan mengambil keputusan melarikan diri, kepahitan itu kan sentiasa menghampiri, itulah ujian dan mehnah..pentas kehidupan..


Wahai sahabat2 yang dikasihi hanya semata-mata kerana Allah..

Kita lemah..kita lemah..dan sememangnya lemah..kerana itu jgn pernah putus asa dengan rahmat Allah, jgn pernah merasakan Allah itu jauh, dan jgn pernah malu berdoa pada Allah walaupun kita dalam maksiat..kita memerlukan Allah dlm hidup, kita memerlukan kekuatan utk teruskan hidup, dan kekuatan itu hanya milik Allah..

Dari mana datangnya kekuatan? Kuncinya keimanan pada Allah..org2 beriman, kelak Allah memberi mereka kekuatan yang tidak disangka-sangka..

Al-imran : 125
Ya, jika kamu bersabar dan bersiap siaga, dan mereka datang menyerang kamu dgn seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dgn lima ribu malaikat y memakai tanda..

Lihatlah, ajaibnya beriman..Allah memang dan pasti akan menolong..hanya kita sahaja yang perlu yakin dan bergerak kpd keimanan utk mendptkan kekuatan. Tapi andai maksiat sering kita lakukan, bagaimana keimanan itu mampu kita rasakan? Antara iman dan dosa itu sentiasa perpendicular, jauh sekali dalam keadaan parallel..dan sentiasa insoluble umpama minyak dan air..

Jum sahabat semua, mari kita membersihkan hati, membuang segala isi dunia yang sentiasa memenuhi relung jiwa yang banyaknya menyesakkan dada..saya faham, terkadang kita akan kembali kpd masa lalu, bukan kita mahu, tapi kerana iman kita waktu itu mungkin lemah, kita lalai sekejap..tapi org beriman sentiasa memperbaiki diri, walaupun dirinya lalai, dy akan terus bangun dan menjadi manusia yang luar biasa hebat imannya. Kerana dy sedar bahawa dy punya tujuan dlm hidup iaitu mencari redho Allah..andai Allah tak redho hidup kita, sia-sialah semuanya, hiduplah kita seratus tahun sekalipun, namun masih menjadi manusia yang rugi..

Kita taknak jadi seperti org2 yang Allah firmankn dlm surah az-zumar : 31
 Kemudian sesungguhnya kamu pd hari kiamat akn berbantah-bantah dihadapan tuhanmu..

org beriman sentiasa menjaga diri, hati, dan jiwa dari segala hal-hal yang mencemarkan dari tujuan hidup yang sebenar. Mereka juga takkn jatuh kelubang kehinaan yang sama buat kali kedua. Kadang2 sahabt, kita akan rasa sia-sia sahaja amalan kita bila kita mengulang kesalahn yang sama. Penat kita mengumpulkan iman, membina ia dengan teguh, sampai satu saat dy roboh dek kerana hasutan syaitan. Nafsu pula meronta-ronta agar ditunaikan segala impian yang bersifat duniawi semata-mata.. tapi kalau org beriman, ada satu keajaiban dlm dirinya y pada org lain tidak ada iaitu kekuatan dr Allah. Kalau org lain melihat kita jatuh, tapi disisi Allah kita menang..itulah keajaiban tawakkal..


kerana itu Allah berfirman az-zumar : 38
cukuplah Allah bagiku, kpdnyalah org2 bertawakal berserah diri.

Sahabat2..jgn pernah putus asa..jgn pernah malu utk berharap pd Allah krn pertolongn itu hanya milik Allah semuanya. (az-zumar  : 44)

Jadi, marilah kita merapati Allah seumpama Allah itu sahabat baik kita..malah kekasih kita..

Oleh krn itu, Allah memujuk kita az-zumar : 54-56

Dan kembalilah kpd tuhanmu dan berserah dirilah kpdnya sebelum datang azab kpdmu, kemudian kamu tidak dpt ditolong.
Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkn kpdmu (al-quran) dr tuhanmu sebelum datang azab kpdmu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedarinya
agar jgn ada org y mengatakan, “ alangkah besarnya penyesalanku atas kelalaianku dlm menunaikan kewajiban terhdp Allah, dan sesungguhnya aku termasuk org2 yang memperolok-olokkn agama Allah”.

Cantikkan susunan firman2 Allah? Begitu sekali Allah pujuk kita..supaya kita benar2 kembali pd DIA. Usah takut kehilangan dunia, kerana janji Allah itu benar, dan segala y berlaku bawah kuasanya, kita wajib sedar akan hal itu agar kita tidak tergolong dlm gol y sombong dgn tuhan. Apabila Allah kata, “jadi, maka jadilah”..sehebat manapun kita merancang, namu kita harus sedar Allah itu perancang yang maha hebat. Dengan izinnya, segalanya akan terjadi..namun bergantung pada kita, kita yang memilih samada terjadinya ia dengan redho Allah ataupun tidak..

Maka, sahabat2…kita renungkan sekejap dan terus istiqamah dlm bertaffakkur ttg kasih sayang Allah..pasti ianya mampu membuat kita menangis..agar kita belajar tentang hakikat syukur dlm menjadi hamba Allah.

indahnya...^.^

Thursday, April 21, 2011

mahabbatullah..


salam alaik sahabat2 yang mencintai Allah..

Allah..ampunkan hambamu ini yang sering leka..terima kasih yaAllah, sedarkan aku kembali..terima kasih tarik aku kembali..Allah, jgn pernah merajuk dgn aku andai aku lalai dr mengingati mu..

sy cari Allah kembali seperti Allah hilang dr hidup sy beberapa hari..sy mulakan langkah sy kemasjid, sy nak pujuk Allah semula..hati yang kering, basah kembali bila mendengar azan dari mua'azin masjid..hati sy basah kembali bila jumpe akhwat..hanya titisan air mata pengubat resah..penawar duka sy hanya Allah..oh Allah..dimana Allah??..mane2 sy pergi, sy cari Allah..

iman nadi saya, hilang iman..hilanglah segalanya..sy tak mampu hidup tanpa dy..jgn pergi dr sy wahai iman..penggerak semngt sy setiap hari, pembakar jiwa sy untuk bangun..pencetus kekuatan utk sy hidup, pemberi ketengan saat jiwa sy sakit..oh iman..sayangnya saya dekat kamu..usah pergi, usah hilang..usah sakit, usah mati..
mahabbatullah..sy mendambakan itu..


Tips menuju cinta Allah SWT :
  • Jangan terus-menerus melakukan kemaksiatan. Jangan sayang kepada dosa dan maksiat yang kita sayang. Pujuklah hati dan tawanlah ia dengan keazaman, kesungguhan dan keseriusan. Dosa, aku benci kamu!
  • Segeralah meningglkan teman-teman yang “buruk”. Ia hanya merosakan kita, dan mendekatkan kita kepada kebusukan bau neraka.
  • Kerjakan solat fardu lima waktu tepat pada waktunya. Dan terus menerus istiqamah. InsyaAllah, anda akan merasai suatu kelainan dalam kehidupan.
  • Berjinak-jinaklah melakukan solat fardu secara berjemaah di surau atau masjid. Tidak perlu sekali gus serentak. Tetapi beransur-ansur dan berperingkat-peringkat.
  • Saudara saudari – banyakanlah mengingati Allah SWT dalam setiap detik kehidupan anda. Cara termudah, perbanyakanlah berdoa. Berdoa selepas solat, berdoa di saat musibah dan berdoa di saat senang.
  • Latihkanlah diri, bangun awal 30 minit sebelum subuh. Mencari peluang di waktu tercedera untuk mendirikan solat sunat Tahajud untuk mencari kemuliaan dan ketinggian.
  • Bergaullah, bertemankanlah teman-teman yang soleh. Carilah sahabat yang soleh dengan berdoa bersungguh-sungguh dan bergantung penuh pengharapan kepada-Nya.
  • Hadirilah majlis-majlis ilmu dan tazkirah untuk memberi peringatan kepada jiwa dan hati. Kosistenlah dengannya agar, penawar kepada kekeruhan hati sentiasa disuntik kepada jiwa kalian. 
dipetik dari :


terima kasih Allah..T_T

Tuesday, April 19, 2011

usah merajuk duhai sahabat..



Salam alaik sahabat2 yang mengharapkan redho Allah semata-mata..alhamdulillah..syukur kehadrat Allah yang masih lagi memberi kita peluang dan ruang untuk meluangkan sedikit masa untuk membersihkan hati yang masih berlumur dengan karat jahiliah. 

Pertama-tamanya marilah kita sama-sama istighfar dgn sebenar-benar istighfar pada Allah. 

Ampunkan kami atas segala silap kami..atas dosa kami yang sering lalai bila ingat Allah..atas cinta kami yang sering kami sebut tapi tak terlaksana dengan amalan. Ampunkan kami wahai dzatt yang maha agung..

Allah berfirman dalam surah az-zumar : 53
Katakanlah wahai Muhammad “wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dgn perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, kerana  sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya dia jualah yang maha pengampun lagi maha mengasihani.”


Sahabat sekalian, apakah perasaan kalian ketika membaca firman Allah diatas? Kalau saya ditanya ttg soalan yang sama..jawapan saya spontan sahaja..”jgn pernah merajuk dengan Allah”..

Bunyinya kelakar kan? Macam bercinta pulak merajuk-rajuk..yey, memang benar..Allah itu memang kekasih sejati kita dalam hidup tanpa kita sedari pun selama ini,  itulah cinta pertama kita, ditatangnya kita bagai minyak yang penuh, diberi kesenangan dalam hidup, dipermudahkan segala urusan kita didunia..kalau seorg kekasih merajuk dgn kita, susah hati bukan? Takutnya kalau dy benci kita, takutnya kalau dy tinggalkan kita..kalau kekasih kita adalah seorg manusia, setiap masa kita ingat dy..tapi wahai sahabat andai kekasih kita adalah Allah..apakah kita melayan Allah seperti layanan kita terhadap manusia. Kita tak balas cinta Allah pada kita dengan seluruh pengabdiaan..tapi kita balas dengan rasa benci, kita balas dengan rasa marah..kita balas dengan bermaksiat pada Allah..kita tak dengar cakap Allah.

Tapi apa yang Allah cakap pada kita “jgn berputus asa dengan rahmatku walau dosa hambanya menggunung”..Allah pujuk kita balik. Malah Allah janjikan pengampunan krn Allah maha pengampun lagi maha mengasihani pada hambanya yang bertaubat.  Datanglah kita membawa dosa bertimbun, tetap diampunkan..baiknya Allah..pintu taubat adalah seluas-luas pintu dibukakan untuk hamba-hambanya..
kita ni manusia suke sgt merajuk..kita merajuk bila apa yang kita nak, Allah tak bagi..kita merajuk dgn sikap manusia terhadap kita..lalu bila Allah nak pujuk, kita makin merajuk..kita merajuk dgn pilih jalan yang salah..kita marahkn Allah dengan nasib y menimpa kita, kita marahkan takdir y telah disusun sbb banyaknya tak mengikut apa yang kita kehendaki. Kita nak mende lain, tapi Allah bagi mende lain..lalu, Kita buat yang Allah larang, kita buat yang Allah tak suke krn ikutkan nafsu.


Teringat saya suatu petang ketika berbual bersama anak buah tercinta. Umurnya 19 tahun, simple saja nama panggilan dy yaa..saya kata padanya “ramainya org sekarang merajuk dgn Allah Yaa”..dy pelik..”aik, knp?”..saya kata..”yela, merajuk dgn Allah..hilang rasa syukur dihati, bila Allah bagi sesuatu, dy tak pernah bersyukur..Allah bagi islam pada dy, dy tak balas dgn sempurna, ramai org hanyut skrg kerana apa..satu je, merajuk dengan Allah.., jgn merajuk dgn Allah yaa”..

kemudian saya sambung cerita saya pada dy. saya kata “ramai sekali org memilih jalan salah bila merajuk dgn Allah, dia pilih hisap dadah..ade perempuan pulak yang tak pernah bersyukur dgn pemberian Allah pada dy, didedahkan segala aurat, tapi rata-rata bila merajuk, dy bermaksiat krn nak puaskan kehendak dy, sedangkan susunan Allah itu sgt cantik, taknak dengar cakap Allah..kerana tiadanya sifat qanaah dalam hati..tiada rasa cukup dgn apa yang ada. Disolek wajahnya sehingga tergoda para lelaki, dicukur keningnya krn katanya keningnya tidak cantik, dibuat pembedahan plastic kerana hatinya selalu merasa tidak sempurna dengan apa yang Allah kurniakan”. 

Memang betullah firman Allah apabila syaitan bersumpah dengan Allah disaat Allah menciptakan manusia..

“kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan belakang, dari kiri dan kanan mereka. Dan engkau tidak akn mendapati kebanyakkn mereka BERSYUKUR. Lalu Allah berfirman : keluarlah kamu dari syurga itu sbg org terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa diantara mereka mengikuti kamu, benar-benar aku akan mengisi neraka jahanam dengn kamu semuanya (al-a’araf : 17-18)..”


memang benar, syaitan akan hilangkan rasa syukur dihati kita pertama sekali untuk mengajak kita masuk neraka bersama dy..dihilangkn rasa zuhud, dihilangkan rasa qanaah, dimatikan rasa syukur, rasa berterima kasih kita pada Allah..kerana itu kita mendapati ramai sekali org bermaksiat kerana tiada rasa syukur dihati mereka. Dilalaikan dengan maksiat yang beraja dihati..dihidupkan hatinya dengan cinta dunia.

Kerana itulah maqam syukur itu lebih tinggi dari maqam sabar..indahnya syukur itu lebih dari sabar..apabila diuji dengan sesuatu, bersyukur terlebih dahulu kita perlu laksanakan, barulah praktikalnya sabar kita. Segala ibadah yang Allah wajibkan sebenarnya satu anugerah, jauh sekali satu paksaan..itulah hadiah buat org beriman. Ibadah kerana Allah hasil dari terbitnya rasa syukur. Macam mana menunujukkan rasa berterima kasih pada Allah dgn pengabdiaan sepenuhnya. Jadi ternyata, ibadah yang diwajibkan bukan satu paksaan tapi hadiah bt kita. 

Wahai sahabat sekalian, saya yakin semua org tak boleh hidup tanpa rahmat Allah kan?. Tapi kita ni sering bermaksiat, bagaimana rahmat Allah itu akan smpai pada kita andai dosa2 yang kita balas pada Allah. Kita taknak sampai satu masa Allah dah tak pedulikan kita, dibiarkan kita lemas dalam maksiat..Allah dah tak pandang, Allah merajuk dgn kita bila kita asyik tak pedulikan dy, Allah merajuk bila kita tak dengar cakap dy, kita letakkan dunia dihati bukan lagi Allah..kalau manusia, kekasih kita bt mcm tu, mestilah merajuk kan?
inshaAllah, marilah..marilah sahabat sekalian..kalau boleh dalam apa jua yang kita lakukan, kita hanya mengharapkan redho Allah semata-mata..

Walau kita dlm maksiat sekalipun, jgn pernah merajuk dengan Allah..kerana kasih sayang Allah itu luas..betapa Allah sayangkan kita, dihidupkan kita dengan rasa cinta..kita bangun hari ini krn cinta Allah pada kita. Kalau bukan krn cintanya, mana mungkin kita bernafas saat ini..sahabat, betapa Allah sayangkan kita..diciptakan peraturan2 yang mesti dipatuhi..semuanya membawa kita masuk syurga. Takde satupun membimbing kita masuk neraka..tanda kasih sayang Allah..usah merajuk duhai sahabat..kembalilah pada Allah..Allah sentiasa menunggu kita.

Wednesday, April 13, 2011

Allah engineer terhebat...


Salam alaik…salam fastabiqul khairat, salam merebut cinta Allah..subhanaAllah.. maha suci Allah dari sifat2 lemah..Allah..Allah..Allah…setiap masa saya pohon moga Allah mentarbiah saya dgn didikan darinya. Rasulullah juga berdoa pada Allah “yaAllah..didiklah aku, sesungguhnya darimu adalah didikan yang terbaik”..mari kita mempraktikkannya dlm hidup serta menghayati dalam segenap inci kehidupan. Semoga redho Allah sampai pada kita.. siapalah kita tanpa redho Allah..betul x? saya melihat ramai org yang hidupnya indah, diberikan kelebihan dgn harta, dgn pangkat, dgn paras rupa, dan segala macam lagi. Tapi ramai darinya jiwanya tidak tenang..ramai darinya hatinya menangis krn terhimpit dgn dosa2..redho Allah yang dikejar tapi murka Allah yang datang krn tidak menjaga nilai keikhlasan dgn yang maha mencintai kita..siapa lagi kalau bukan Allah swt..


Allah, oh sungguh Allah maha best!!..Allah yang perlu kita jadikan teman baik kita selalu..mengisi hati2 kita dgn ingat pada dia, mendekatkan diri dgn amal2 yang mendekatkan diri pada Allah.  Teringat saya pada sebuah buku yang saya baca tajuknya “Allah maha best” karangan Muhammad D.Sensa..pada bab pertama buku tu bnyak menekankan aspek mengenal tuhan. Kata org “ tak kenal maka tak cinta”..begitulah seumpamanya dlm mengenal tuhan. “ tak kenal maka taaruf”..taaruf dengan Allah..kalau sebelum ni kita asyik bertaaruf dgn manusia, marilah kita kenal dgn Allah pula. Tuhan yang menciptakan kita. Setiap yang diciptakn Allah itu tidak ade yang sia-sia..pasti ade manfaat disebaliknya..

Jika kita perhatikan dlm Al-Quran, banyak sekali Allah menyebut ttg ciptaanNYA. Salah satu firmannya :

Surah ar-ra’d : 2
Allah jualah yang menjdikn langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana kamu melihatnya, kemudian ia bersemayam diatas arsy, dan ia memudahkn matahari dan bulan (untuk faedah2 makhluknya) tiap2 satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkn segala urusan. Ia menerangkn tanda2 kekuasaannya satu persatu, supaya kamu yakin kpd pertemuan tuhan (untuk menerima balasan)..


Banyak sekali ayat yang menerangkan ttg kehebatan ciptaan tuhan..tetapi dunia sekarang ciptaan siapa yang lebih diagungkan? Teringat saya ketika mendengar ceramah dari prof dr sidek baba..dia membandingkan ciptaan Allah dan ciptaan manusia..siapa yang lagi hebat..subhanaAlllah..Allah, Dia lah engineer terhebat sekali..diciptakan bulan bintang planet2 matahari secara tergantung tapi sikit pun tidak ade yang jatuh. Tidak ade pula yang senget. Semuanya complete perfect.. dibandingkan dengan ciptaan manusia yang kecil sahaja. manusia nak cipta cahaya mungkin sekadar hanya lampu neon yang mana cahayanya hanya mampu menerangi sebuah bilik sahaja. tapi matahari..satu dunia mampu diterangi dengan sinar. Jalan raya yang dicipta manusia masih lagi ade tempang, berlubang sane sini..berlakunya accident , traffic jam atas jln raya, tapi macam mana bintang dicipta beredar mengikut orbit, sikit pun tidak ada yang berlanggar mahupun jatuh. Sbb itulah Allah itu engineer terhebat..

Tapi banyaknya manusia yang tak Nampak semua ni..ramainya menjadi hamba yang kufur pada tuhan..masih lagi tak Nampak siapakah tuhan mereka..siapakah yang maha berkuasa..krn kebanyakkn dari kita lebih mengagungkan manusia. Manusia yang bertakhta dihati bukan lagi Allah..hiburan yang melampau dan melalaikan sehingga sikit pun tidak ada dlam hati rasa malu bermaksiat pada Allah. Rasa ihsan hilang..tidak lagi rasa Allah itu kawan baik kita yang selalu menjaga kita kemana sahaja kita pergi. Yang selalu memberi kita makan ketika waktu lapar..yang menyediakan selimut untuk kita ketika kita sejuk. Yang sentiasa melindungi kita dari malapetaka bahaya..pernahkah kita Nampak semua ni? Tak…malah payah sekali krn kita selalu merasakan bahawa segala yang Allah bagi pinjam ni adalah milik kekal kita..rumah milik kita, kereta milik kita..malah masa sehinggakan Allah bersumpah demi masa, manusia itu dlm kerugiaan. Rugi krn tidak digunakan secara baik..rugi tidak digunakan untuk beribadah..padahal masa milik Allah..apabila kita rasa semuanya milik kita, maka isi dunia beraja dihati..dari itu terbukalah satu pintu untuk kita bermaksiat pada Allah. Diisi masa itu dengan perkara mungkar..alangkah ruginya..tu knp sibuk dengan perkara yang baik2 itu satu kenikmatan, kita akn temui satu kemanisan dalm hidup.

Benarlah firman Allah yang berbunyi..


Surah al-imran : 190-191
Sesungguhnya dlm penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdpt tanda2 kebesaran Allah bagi org yang berakal, iaitu org yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mrk memikirkn tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata “ya tuhan kami, tidaklah engkau ciptakan semua ini dgn sia-sia. Maha suci engkau, lindungilah kami dari azab api neraka.”

Pertama kali ketika saya mendengar lagu “open your eyes” oleh maher zain, menangis saya tanpa saya sedar..subhanallah...lagu tu banyak sgt membuka hati saya, macam mana memikirkan ciptaan Allah itu dapat mendekatkan diri kita dengan tuhan jika kita amati betul-betul dengan mata hati..dan saya makin sedar bahawa hidup ini memang ajaib..sgt2 ajaib ciptaan Allah, macam mana Allah ciptakan perasaan sedangkan manusia tidak ada yang mampu lakukan semua itu, kita tak nampak pun ape jenis bentuk perasaan itu..kita membesar tanpa kita sedar, kita ikut peraturan masa yang Allah dah tetapkan..saya selalu rasa yang diri saya ni baru lepas UPSR..wah, agak melampau menjadi seumur 12 tahun sedangkan saya sekarang dah 21 tahun. Dah besar..sekejap je..pejam celik dah masuk university dah..alhamdulillah..T_T

Mari kita hayati sama-sama lirik lagunya : open your eyes by maher zain..


Look around yourselves
can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start questioning ourselves
isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just lose pride we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start questioning ourselves
isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just lose pride we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
what's in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just lose pride we’ll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just lose pride you'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Benarlah firman Allah seperti diatas dalam surah al-imran…semua ini hanya akan Nampak pada orang2 yang berfikir ttg kehebatan ciptaan Allah..tapi org yang macam mana? Iaitu org yang sentiasa mengingat Allah ketika dimana sahaja ..

Teringat saya dalam buku harun yahya yang bertajuk “beberapa rahsia dalam al-quran”..katanya..
“ hikmah adalh sifat istimewa y dimiliki orang2 beriman. Sebahagian manusia menganggap bahwa kecerdasan otak dan hikmah itu memiliki makna yang sama. Akan tetapi hikmah adalah hasil dari ketakwaan seseorg kpd Allah y digunakannya dgn hati nurani, sama sekali tidak ada hubungannya dengan kecerdasan otak. Bisa saja seseorg y sgt cerdas otaknya, tetapi ia tidak akn menjadi org bijak selagi ia tdk bertakwa pada Allah, hikmah adalh rahmat dari Allah untuk org2 beriman ”..

Wah, betul2 mengetuk pintu hati saya..dari maksud hikmah itu jugalah Allah membuka mata kita melihat alam secara dalam-dalam dengan hati nurani dan kita akan Nampak keagungan ciptaan tuhan. Allahuakbar..Allah maha besar..

mari mengenal tuhan dulu baru rasa syukur itu datang dengan sendiri, rasa ingin berterima kasih pada Allah dan dari syukur itu jugalah akan menggerakkan keimanan untuk menjadi org yang makin bertakwa malah hamba terbaik disisi Allah..sedangkan Al-Quran juga diturunkan beransur2..satu satu bukan sekaligus..supaya kita belajar satu per satu..ayuh, mari kita kenal dengan pencipta kita terlebih dahulu baru kita akan kenal dengan setiap ciptaannya..
Allahuakbar..alhamdulillah..subhanaAllah..

Monday, April 4, 2011

saya yang wajib berjiwa besar


Salam penghormatan dari jiwa yang kerdil buat jiwa2 yang besar yang mengharapkan redho Allah semata-mata..salam kasih dan sayang dari hamba yang hina buat hamba2 Allah yang mulia diluar sana.. 

Astaghfirullahaladzim, pertama-tamanya saya ingin memohon maaf pada semua sahabat2 saya andai saya ada melukakan perasaan kalian, diri ini tidak pernah sempurna.. saya cuba jadi yang terbaik, menjaga setiap sahabat..mengambil berat tentang kalian..terima kasih mesej dari seorg akhwat upsi yang memujuk hati, memang terpujuk rasanya.. Allah tahu apa hati saya rasa.

Ukhti, andai aku melakukan salah, namun aku lupe minta maaf..maafkan aku. Ukhti, andai kau berbudi, namun aku lupe mengatakan terima kasih..maafkan aku..andai pernah aku tdk membalas senyum tatkala kau tersenyum padaku..maafkn aku. Ukhti, aku bkn insan sempurna yang akn sentiasa membuatkn hatimu berbunga. Aku insan biasa yang sentiasa cuba membaiki diri. Lantaran tarbiah dlu yang mengajar aku begitu. Ukhti, jgn pernah menggangap kau tidak berharga pada ku. Andai saja kau tahu, nama siapa yang sentiasa melakari doaku. Pasti nnti kau sedar..betapa dlm cintaku padamu..wahai sahabatku.



Jujur saya katakan, hati saya berkecamuk..saya pandang langit, moga saya bisa hilangkan kesedihan. Setiap kali saya pandang langit saya rasa tenang yang luar biasa. Sbb hati saya percaya Allah itu maha berkuasa, Allah maha melihat, Allah maha mengetahui hati saya. Saya yang kerdil, terlalu kecil dihadapan tuhan.  



"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)

Saya berusaha sedaya saya membuang segala isi dunia yang masih beraja dihati..juga masih lagi tersisa dari saki baki dahulu. Setiap kali kesedihan mengisi hati, saat itulah diri saya yang paling saya benci. Saya cuba istighfar, menjernihkan niat semata-mata kerana Allah. Hanya air mata sebuah penyesalan mengalir tatkala mengingat semua. 

“ Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangalah kamu berduka cita (terhadap apa yang menimpa kamu).”
( Ali Imran (3) : 139)

Saya tidak layak untuk mengatakan saya diuji, andai saya tidak punya jiwa yang besar. Saya tidak layak untuk mengatakan ujian yang saya terima berat andai semua yang berlaku saya tidak mampu bersabar dan bersyukur. 

Dan pasti kami akn menguji kamu dengan SEDIKIT ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaiknlah khabar gembira kpd org2 yang sabar, iaitu org yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahiwaina ilaihi rajiuun” (sesungguhnya kami milik Allah dan kpdnya lah kami kembali. [2:155-156]

Lihatlah duhai hati, Allah kata sedikit sahaja bukan pula banyak..terlalu SEDIKIT. Usah bersedih krn org yang memikul tugas dakwah pasti begitu, Allah menguji dgn pelbagai ujian. Tapi percayalah wahai daie sekalian, Allah sebenarnya nak didik kita, tanpa kita sedari selama ini, Allah pilih kita untuk menjadi saksi buat mereka. Bukan MEREKA tapi KITA. Allah pilih kita untuk ditarbiah, menjadi golongan yang buat amar makruf nahi mungkar..kita yang dipilih Allah untuk mengikut cara hidup rasulullah..menyambung syiar rasulullah, membantu sahbat2 kita melepaskn belenggu neraka dari leher setiap org. 

 apabila membaca sebuah kata2 hikmah :

"Bila Allah SWT sayang kepada hamba-Nya, pelbagai musibah dilaksanakan agar ingat, dekat & semakin hampir denganNya untuk tingkatkan ketaqwaan... Bila Allah SWT benci kepada hamba-Nya, perasaan malu dicabut & semakin lalai serta jauh pada-Nya...." 

“setinggi mana Allah dihatimu, setinggi itulah kamu dimata Allah”

subhanaAllah. Saya meneguk hikmah dari kembara saya dahulu. Kembara yang cukup panjang saya rasa. Allah maha tahu apa yang terbaik buat saya, hanya sebuah air mata penyesalan yang selalu membasahi sebagai pengubat rasa berdosa. Untuk diulang kembali, tidak mungkin malah jauh sekali dan pasti tidak. Yakin, pertolongan Allah itu akn hadir bila tepat waktunya.

Nasrullah itu pasti datang bila pengharapan kita pada Allah tinggi. Apabila keyakinan kita pada Allah itu mantap. lihatlah macam mana sirah terdahulu, macam mana golongan di fasa makkiyah yang berjiwa besar itu mendapat pertolongan Allah. Saat billal bin rabah dadanya dihempap batu semata-mata krn kalimah ahad, dijemur ditengah panas..sikit pun iman didada tidak goyah krn dy tahu Allah itu maha berkuasa. Pertolongan Allah itu pasti tiba, saat summayyah direjam oleh tuannya, sikit pun rasa gentar tidak ada.yang ada hanyalah imannya yang makin bertambah. Benarlah cinta pada Allah itu membuatkan seseorg itu kuat. Tidak akan ada yang mampu menggoyahkan perasaan cinta pada Allah. Tapi bagi mereka yang imannya nipis, sedikit sahaja diuji, makin sakit imannya..satu fenemona yang boleh kita saksikan sekarang. Orang sekarang berlumba-lumba berbuat maksiat, mashaAllah jika dilihat generasi dahulu waktu kegemilangan islam..manusia berebut-rebut untuk berbuat baik. Sehinggalah para sahabat digelar pedagang niat..ataupun org yang tamak. Kenapa?? Sbb mereka berlumba-lumba mengejar pahala. itulah knp sabda nabi : org mukmin itu ajaib..

Hati saya tersentuh saat membaca tulisan seorg penggerak dakwah dibumi sabah.. seorg ikhwah, katanya dia punya tiga harapan jika Allah mahu kabulkan doa dia sekarang..SubhanaAllah, harapannya yang ketiga adalah dia ingin sekali jika rasulullah hidup kembali disaat ini melihat gelagat umatnya..mashaAllah..sahabat sekalian, apa yang ingin kita jawab pada rasulullah andai rasulullah ade?? Rasulullah itu begitu sayangkan umatnya, dy berdakwah untuk kita semua krn cinta dy pada kita. Untuk melepaskn kita semua diakhirat kelak dari azab neraka. Tapi apa yang kita dah buat dgn wasiat rasulullah iaitu al-quran dan as-sunnah itu sendiri? Kita mendustakn al-quran dan as-sunnah dgn melanngar segala perintah Allah. Berbuat mungkar..macam ni ke cara kita berterima kasih pada rasulullah? Tanya iman didada wahai sahabt semua..

Saya pohon doa kalian, doakan moga Allah kuatkan semangat saya..Allah istiqamahkan saya dengan amalan yang membuatkan jiwa saya kuat. Jika difikirkan, kesedihan itu hanya melunturkan semangat saya. Membuat hati saya pedih. Saya punya tugas yang besar, bukan saya sahaja tapi setiap umat yang bergelar islam untuk menegakkn daulah islamiyah.. moga ujian yang kecil ini takkan melunturkan semangat saya untuk mencapai cita-cita saya yang lebih tinggi. Kerana saya adalah seorg yang berjiwa besar yang pasti mampu memikulnya kerana itu Allah memilih saya menyambung tugas rasulullah..jangan takut gagal wahai diri, kerana dari kegagalan itulah kamu belajar untuk bangun. Kalau bukan kerana gagal, kamu takkan berusaha untuk membuktikan kesungguhan kamu pada Allah. Berusaha semaksima mungkin, jgn sesekali membawa fitnah pada islam..sahabat sekalian, doakan saya dan sesiapa sahaja yang mnyebarkan risalah suci yang bertebaran dimuka bumi, moga semuanya berjiwa besar..dijentik dgn sedikit dugaan takkan goyah imannya pada Allah. 

Wallahualam..