Monday, April 25, 2011

kembalilah pada Allah..


Alhamdulillah…alhamdulillah..alhamdulillah..

Assalamualaikum..tiada ucapan yang semulia assalamualaikum..itulah ucapan salam seindah-indah ucapan disyurga kelak..syurga?? tertanya pd diri sendiri, jauh sekali syurga itu andai dosa2 y dibawa jika taubat tidak diterima Allah..takutkan wahai sahabt semua? Jujur dari hati saya, saya takut akan azab neraka..saya takut kalau Allah ambil nyawa saya ketika saya belum sempat bertaubat dgn sebenar-benar taubat..kita ni manusia, selalu sahaja terdetik dihati..”esok masih ada”..betul x? itulah kata-kata yang banyak sekali terpaut dihati ramai org..tapi betul ke, esok masih ada buat kita? Kita tak tahu wahai sahabat sekalian, bilakah ajal maut yang akan menjemput..tapi itulah manusia, suke bertangguh dlam soal taubat..perlu diperingatkan selalu krn sifat manusia memang cepat lupe..

Oh saya melihat ramai sekali manusia tenggelam andai tidak punya kenderaan iman..ramai manusia jatuh kelembah kehinaan dek kerana nafsu..nafsu meronta-ronta minta dipuaskan, iman pula sentiasa berperang, maka hati menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan. Kadang2 hati kita akn berbisik perkara-perkara buruk, sehingga menyeksakan jiwa, membebankan akal fikiran..dan akhirnya kita hanya mampu menangis..kenapa begini..dan mengambil keputusan melarikan diri, kepahitan itu kan sentiasa menghampiri, itulah ujian dan mehnah..pentas kehidupan..


Wahai sahabat2 yang dikasihi hanya semata-mata kerana Allah..

Kita lemah..kita lemah..dan sememangnya lemah..kerana itu jgn pernah putus asa dengan rahmat Allah, jgn pernah merasakan Allah itu jauh, dan jgn pernah malu berdoa pada Allah walaupun kita dalam maksiat..kita memerlukan Allah dlm hidup, kita memerlukan kekuatan utk teruskan hidup, dan kekuatan itu hanya milik Allah..

Dari mana datangnya kekuatan? Kuncinya keimanan pada Allah..org2 beriman, kelak Allah memberi mereka kekuatan yang tidak disangka-sangka..

Al-imran : 125
Ya, jika kamu bersabar dan bersiap siaga, dan mereka datang menyerang kamu dgn seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dgn lima ribu malaikat y memakai tanda..

Lihatlah, ajaibnya beriman..Allah memang dan pasti akan menolong..hanya kita sahaja yang perlu yakin dan bergerak kpd keimanan utk mendptkan kekuatan. Tapi andai maksiat sering kita lakukan, bagaimana keimanan itu mampu kita rasakan? Antara iman dan dosa itu sentiasa perpendicular, jauh sekali dalam keadaan parallel..dan sentiasa insoluble umpama minyak dan air..

Jum sahabat semua, mari kita membersihkan hati, membuang segala isi dunia yang sentiasa memenuhi relung jiwa yang banyaknya menyesakkan dada..saya faham, terkadang kita akan kembali kpd masa lalu, bukan kita mahu, tapi kerana iman kita waktu itu mungkin lemah, kita lalai sekejap..tapi org beriman sentiasa memperbaiki diri, walaupun dirinya lalai, dy akan terus bangun dan menjadi manusia yang luar biasa hebat imannya. Kerana dy sedar bahawa dy punya tujuan dlm hidup iaitu mencari redho Allah..andai Allah tak redho hidup kita, sia-sialah semuanya, hiduplah kita seratus tahun sekalipun, namun masih menjadi manusia yang rugi..

Kita taknak jadi seperti org2 yang Allah firmankn dlm surah az-zumar : 31
 Kemudian sesungguhnya kamu pd hari kiamat akn berbantah-bantah dihadapan tuhanmu..

org beriman sentiasa menjaga diri, hati, dan jiwa dari segala hal-hal yang mencemarkan dari tujuan hidup yang sebenar. Mereka juga takkn jatuh kelubang kehinaan yang sama buat kali kedua. Kadang2 sahabt, kita akan rasa sia-sia sahaja amalan kita bila kita mengulang kesalahn yang sama. Penat kita mengumpulkan iman, membina ia dengan teguh, sampai satu saat dy roboh dek kerana hasutan syaitan. Nafsu pula meronta-ronta agar ditunaikan segala impian yang bersifat duniawi semata-mata.. tapi kalau org beriman, ada satu keajaiban dlm dirinya y pada org lain tidak ada iaitu kekuatan dr Allah. Kalau org lain melihat kita jatuh, tapi disisi Allah kita menang..itulah keajaiban tawakkal..


kerana itu Allah berfirman az-zumar : 38
cukuplah Allah bagiku, kpdnyalah org2 bertawakal berserah diri.

Sahabat2..jgn pernah putus asa..jgn pernah malu utk berharap pd Allah krn pertolongn itu hanya milik Allah semuanya. (az-zumar  : 44)

Jadi, marilah kita merapati Allah seumpama Allah itu sahabat baik kita..malah kekasih kita..

Oleh krn itu, Allah memujuk kita az-zumar : 54-56

Dan kembalilah kpd tuhanmu dan berserah dirilah kpdnya sebelum datang azab kpdmu, kemudian kamu tidak dpt ditolong.
Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkn kpdmu (al-quran) dr tuhanmu sebelum datang azab kpdmu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedarinya
agar jgn ada org y mengatakan, “ alangkah besarnya penyesalanku atas kelalaianku dlm menunaikan kewajiban terhdp Allah, dan sesungguhnya aku termasuk org2 yang memperolok-olokkn agama Allah”.

Cantikkan susunan firman2 Allah? Begitu sekali Allah pujuk kita..supaya kita benar2 kembali pd DIA. Usah takut kehilangan dunia, kerana janji Allah itu benar, dan segala y berlaku bawah kuasanya, kita wajib sedar akan hal itu agar kita tidak tergolong dlm gol y sombong dgn tuhan. Apabila Allah kata, “jadi, maka jadilah”..sehebat manapun kita merancang, namu kita harus sedar Allah itu perancang yang maha hebat. Dengan izinnya, segalanya akan terjadi..namun bergantung pada kita, kita yang memilih samada terjadinya ia dengan redho Allah ataupun tidak..

Maka, sahabat2…kita renungkan sekejap dan terus istiqamah dlm bertaffakkur ttg kasih sayang Allah..pasti ianya mampu membuat kita menangis..agar kita belajar tentang hakikat syukur dlm menjadi hamba Allah.

indahnya...^.^

2 comments:

  1. -> i_M

    ya Allah, hanya kpadaMu tmpat km mengadu dan kembali... lindungi diri kami semua drpda mlakukan segala perkara yang membuatkan Engkau murka..ya rabbi, tanpa pertolonganMu km tidak mampu untuk menjalani hidup ini.. semoga Allah, sentiasa memberkati dan kuatkan hati budak gaza dalam mengharungi hidup dunia yg hanya sementara ini...amin3

    ReplyDelete
  2. budak gaza -> i_M
    subhanaAllah..terima kasih atas doa yang sgt bermakna, y sgt sy perlukan dlm hidup iaitu doa dari sahabat2..
    semoga doa td juga dikembalikan buat si pendoa (i_M)..moga Allah pinjamkan kekuatan utk teruskan kehidupan dgn baik, aman, tenang, damai..
    ~terima kasih~

    ReplyDelete