Monday, April 4, 2011

saya yang wajib berjiwa besar


Salam penghormatan dari jiwa yang kerdil buat jiwa2 yang besar yang mengharapkan redho Allah semata-mata..salam kasih dan sayang dari hamba yang hina buat hamba2 Allah yang mulia diluar sana.. 

Astaghfirullahaladzim, pertama-tamanya saya ingin memohon maaf pada semua sahabat2 saya andai saya ada melukakan perasaan kalian, diri ini tidak pernah sempurna.. saya cuba jadi yang terbaik, menjaga setiap sahabat..mengambil berat tentang kalian..terima kasih mesej dari seorg akhwat upsi yang memujuk hati, memang terpujuk rasanya.. Allah tahu apa hati saya rasa.

Ukhti, andai aku melakukan salah, namun aku lupe minta maaf..maafkan aku. Ukhti, andai kau berbudi, namun aku lupe mengatakan terima kasih..maafkan aku..andai pernah aku tdk membalas senyum tatkala kau tersenyum padaku..maafkn aku. Ukhti, aku bkn insan sempurna yang akn sentiasa membuatkn hatimu berbunga. Aku insan biasa yang sentiasa cuba membaiki diri. Lantaran tarbiah dlu yang mengajar aku begitu. Ukhti, jgn pernah menggangap kau tidak berharga pada ku. Andai saja kau tahu, nama siapa yang sentiasa melakari doaku. Pasti nnti kau sedar..betapa dlm cintaku padamu..wahai sahabatku.



Jujur saya katakan, hati saya berkecamuk..saya pandang langit, moga saya bisa hilangkan kesedihan. Setiap kali saya pandang langit saya rasa tenang yang luar biasa. Sbb hati saya percaya Allah itu maha berkuasa, Allah maha melihat, Allah maha mengetahui hati saya. Saya yang kerdil, terlalu kecil dihadapan tuhan.  



"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)

Saya berusaha sedaya saya membuang segala isi dunia yang masih beraja dihati..juga masih lagi tersisa dari saki baki dahulu. Setiap kali kesedihan mengisi hati, saat itulah diri saya yang paling saya benci. Saya cuba istighfar, menjernihkan niat semata-mata kerana Allah. Hanya air mata sebuah penyesalan mengalir tatkala mengingat semua. 

“ Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangalah kamu berduka cita (terhadap apa yang menimpa kamu).”
( Ali Imran (3) : 139)

Saya tidak layak untuk mengatakan saya diuji, andai saya tidak punya jiwa yang besar. Saya tidak layak untuk mengatakan ujian yang saya terima berat andai semua yang berlaku saya tidak mampu bersabar dan bersyukur. 

Dan pasti kami akn menguji kamu dengan SEDIKIT ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaiknlah khabar gembira kpd org2 yang sabar, iaitu org yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahiwaina ilaihi rajiuun” (sesungguhnya kami milik Allah dan kpdnya lah kami kembali. [2:155-156]

Lihatlah duhai hati, Allah kata sedikit sahaja bukan pula banyak..terlalu SEDIKIT. Usah bersedih krn org yang memikul tugas dakwah pasti begitu, Allah menguji dgn pelbagai ujian. Tapi percayalah wahai daie sekalian, Allah sebenarnya nak didik kita, tanpa kita sedari selama ini, Allah pilih kita untuk menjadi saksi buat mereka. Bukan MEREKA tapi KITA. Allah pilih kita untuk ditarbiah, menjadi golongan yang buat amar makruf nahi mungkar..kita yang dipilih Allah untuk mengikut cara hidup rasulullah..menyambung syiar rasulullah, membantu sahbat2 kita melepaskn belenggu neraka dari leher setiap org. 

 apabila membaca sebuah kata2 hikmah :

"Bila Allah SWT sayang kepada hamba-Nya, pelbagai musibah dilaksanakan agar ingat, dekat & semakin hampir denganNya untuk tingkatkan ketaqwaan... Bila Allah SWT benci kepada hamba-Nya, perasaan malu dicabut & semakin lalai serta jauh pada-Nya...." 

“setinggi mana Allah dihatimu, setinggi itulah kamu dimata Allah”

subhanaAllah. Saya meneguk hikmah dari kembara saya dahulu. Kembara yang cukup panjang saya rasa. Allah maha tahu apa yang terbaik buat saya, hanya sebuah air mata penyesalan yang selalu membasahi sebagai pengubat rasa berdosa. Untuk diulang kembali, tidak mungkin malah jauh sekali dan pasti tidak. Yakin, pertolongan Allah itu akn hadir bila tepat waktunya.

Nasrullah itu pasti datang bila pengharapan kita pada Allah tinggi. Apabila keyakinan kita pada Allah itu mantap. lihatlah macam mana sirah terdahulu, macam mana golongan di fasa makkiyah yang berjiwa besar itu mendapat pertolongan Allah. Saat billal bin rabah dadanya dihempap batu semata-mata krn kalimah ahad, dijemur ditengah panas..sikit pun iman didada tidak goyah krn dy tahu Allah itu maha berkuasa. Pertolongan Allah itu pasti tiba, saat summayyah direjam oleh tuannya, sikit pun rasa gentar tidak ada.yang ada hanyalah imannya yang makin bertambah. Benarlah cinta pada Allah itu membuatkan seseorg itu kuat. Tidak akan ada yang mampu menggoyahkan perasaan cinta pada Allah. Tapi bagi mereka yang imannya nipis, sedikit sahaja diuji, makin sakit imannya..satu fenemona yang boleh kita saksikan sekarang. Orang sekarang berlumba-lumba berbuat maksiat, mashaAllah jika dilihat generasi dahulu waktu kegemilangan islam..manusia berebut-rebut untuk berbuat baik. Sehinggalah para sahabat digelar pedagang niat..ataupun org yang tamak. Kenapa?? Sbb mereka berlumba-lumba mengejar pahala. itulah knp sabda nabi : org mukmin itu ajaib..

Hati saya tersentuh saat membaca tulisan seorg penggerak dakwah dibumi sabah.. seorg ikhwah, katanya dia punya tiga harapan jika Allah mahu kabulkan doa dia sekarang..SubhanaAllah, harapannya yang ketiga adalah dia ingin sekali jika rasulullah hidup kembali disaat ini melihat gelagat umatnya..mashaAllah..sahabat sekalian, apa yang ingin kita jawab pada rasulullah andai rasulullah ade?? Rasulullah itu begitu sayangkan umatnya, dy berdakwah untuk kita semua krn cinta dy pada kita. Untuk melepaskn kita semua diakhirat kelak dari azab neraka. Tapi apa yang kita dah buat dgn wasiat rasulullah iaitu al-quran dan as-sunnah itu sendiri? Kita mendustakn al-quran dan as-sunnah dgn melanngar segala perintah Allah. Berbuat mungkar..macam ni ke cara kita berterima kasih pada rasulullah? Tanya iman didada wahai sahabt semua..

Saya pohon doa kalian, doakan moga Allah kuatkan semangat saya..Allah istiqamahkan saya dengan amalan yang membuatkan jiwa saya kuat. Jika difikirkan, kesedihan itu hanya melunturkan semangat saya. Membuat hati saya pedih. Saya punya tugas yang besar, bukan saya sahaja tapi setiap umat yang bergelar islam untuk menegakkn daulah islamiyah.. moga ujian yang kecil ini takkan melunturkan semangat saya untuk mencapai cita-cita saya yang lebih tinggi. Kerana saya adalah seorg yang berjiwa besar yang pasti mampu memikulnya kerana itu Allah memilih saya menyambung tugas rasulullah..jangan takut gagal wahai diri, kerana dari kegagalan itulah kamu belajar untuk bangun. Kalau bukan kerana gagal, kamu takkan berusaha untuk membuktikan kesungguhan kamu pada Allah. Berusaha semaksima mungkin, jgn sesekali membawa fitnah pada islam..sahabat sekalian, doakan saya dan sesiapa sahaja yang mnyebarkan risalah suci yang bertebaran dimuka bumi, moga semuanya berjiwa besar..dijentik dgn sedikit dugaan takkan goyah imannya pada Allah. 

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment