Wednesday, May 25, 2011

hadapi dengan tenang

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..bagaimana keadaan iman? Masihkah menunduk tawaduk dipujuk-pujuk daun? Masih basahkah ia seperti embun2 yang sentiasa menitis dipagi hari? Harap begitulah hendaknya..sentiasa bening mengingat Allah.. Astagfirullahaladzim..ya rabb, ampunkan hambamu yang sering mengulang kesilapan, yang banyak sekali alpa..

Saat ini tiada apa yang saya inginkan dlm hidup kecuali Allah..Dan ada jugalah beberapa matlamat yang ingin saya kecapi dalam hidup, inshaAllah mestilah matlamat yang banyak membuka peluang dan ruang untuk lebih mendalami ilmu agama..untuk lebih merapati pencipta saya sendiri iaitu Allah s.w.t..



Setiap kali saya ingin menulis, kebimbangan pasti terdetik dihati..bimbang kenapa, saya takut sebenarnya andai waktu2 ketika saya tertinggal salah satu mutabaah menyebabkan hati2 yang membaca tidak tersentuh. Kerana apa, dari dulu lagi saya dididik oleh sosok2 murrobiah saya supaya sentiasa menjaga hubungan dgn Allah, dakwah itu bergantung pada hubungan kita dgn Allah..barulah Allah bantu..barulah mad’u kita tertarik tapi dgn izin Allah pastinya..dan yang paling penting menjaga nilai keikhlasan dgn Allah yang utama..dan begitu juga ketika ingin menyampaikan sesuatu, perkara yang sama akan berlaku pada saya..saya sgt bimbang andai peringatan2 yang ingin disampaikan tidak Berjaya membuat antum semua faham mungkin kerana dosa2 saya yang menghijab untuk menyampaikan dgn baik..tapi saya percaya, seni menulis ini kita bukan hanya sekadar menulis, tapi kita kene merasai, menghayati dgn hati..teringat saya pada satu kata2 “menulislah dgn hati, inshaAllah kesannya akan terlihat pada diri dan komuniti”..dan saya sgt bersetuju dan mengakui perkara tersebut, kesannya akan terlihat pada diri dari hari ke hari..maka hayatilah ketika menulis..ikhlas dlm memberi, praktikkan segalanya dlm kehidupan..indah hidup ini, berblog juga jadi amal soleh..jaga hati agar tdk dihiasi dgn sifat riak, ujub, takbur..inshaAllah, dgn izin Allah..

subhanaAllah..maha suci Allah dari sifat2 yang lemah..Allah yang maha kuat, maha berkuasa, maha sabar terhadap kami..kami hanya merancang dan bertawakkal padamu, tapi yang maha mengetahui apa yang terbaik buat kami hanyalah Allah..

sahabat dan teman, saya punya seorg kawan yang selalu menangis, walaupun saya tidak berada pada tempat dy dan menerima ujian dlm bentuk yang sama, tapi cukup saya tahu bagaimana rasa sedih yang banyaknya melemahkan jiwa, memeningkan kepala apabila fikir dan rasa perit yang amat sgt. Dy kehilangan ibu yang sgt dikasihinya, sudah 3 tahun ibunya pergi menghadap ilahi dan selama-lamanya ibunya takkan pernah kembali ke dunia..sampai sekarang, dy masih ceritakan perkara yang sama pada saya dan setiap kali itulah dy hanya mampu menangis dibahu..saya hanya mampu nasihatkan dy supaya sabar..hati saya hiba kerana saya tahu hidupnya tidak punya siapa2 untuk berkongsi masalah dan perkara itu juga sering dy adukan pada saya, dy punya ayah yang sgt penyayang, tapi sbg anak perempuan tunggal, malu dy tetap ada untuk ceritakan bebanan yang dirasai..saya sering perhatikan dy dari jauh, kadang2 kesedihan itu jelas tergambar diwajah, menangis sendiri..saya hanya mampu berdoa moga Allah hilangkan segala kesedihan dihati, gantikan dgn kebahagian..tunjukkan jalan yang membuat dy merasa cukup ade Allah sahaja dlm hidup..tidak perlu bergantung pada org lain, mampu hidup dgn sendiri walau hati terluka, sembunyikan segala keresahan gantikan dgn ketenangan..sahabat dan teman, doakan kawan saya moga dy mampu jadi insan yang tak pernah berputus asa dgn hidup..


sahabat dan teman, lihatlah bagaimana Allah menguji kita dgn cara yang berbeza bukan? Setiap org pasti berbeza, dan perkara yang berbeza itulah yang membuktikan bahawa kita ini lain dari yang lain. Ujian itu bukanlah hanya dlm bentuk kesedihan sahaja, malah apa2 sahaja dan setiap saat adalah ujian dan dugaan buat kita. Ade org yang diuji dgn kesenangan, hidupnya Nampak bahgia, cukup lengkap sempurna dgn harta, tapi Allah mahu melihat bagaimana dy mempergunakan amanah harta yang Allah bagi dgn cara yang diredhoi? Diredhoi itu bukan hanya dlm konteks bersedekah tapi bagaimana org yang diberi tanggungjawab memgang harta itu hidup dgn hartanya samada dgn takbur atau apa2 sahaja. kerana itu Allah menguji hatinya, samada org itu kaya harta atau kaya hati..

ujian setiap org itu berbeza, ade yang diuji dgn kesakitan, peperangan dan macam2 lagi, tapi saya percaya ramai org yang diuji dgn sikap manusia..dan setiap ujian itu mungkin cara terbaik bagaimana Allah sebenarnya nak ajar kita rasa sabar, nak ajar kita supaya sentiasa bertenang, ianya menuntut rasa redho yang amat tinggi..bagaimana memaafkan silap2 manusia pada kita dan positifkan segalanya. Memaafkan tapi mungkin mengambil masa untuk menyembuhkan luka, luka yang mungkin rasa ditipu, atas kata2 yang kasar yang memanah hati..itulah cara bagaimana kita ditarbiah dari Allah. Bukankah tarbiah dari Allah itu indah? 

Saya teringat pada seorg ukhti, dylah yang sering saya cari bile saya rase sedih..saya sgt rindukan dy, kenapa..dylah org pertama yang akan saya mesej bila saya buntu dan sempit dada dgn masalah..walaupun saya tak pernah cerita masalah saya pada dy, dy cukup kenal saya..banyak perkara yang saya belajar dari dy..dy cukup sabar..dy cukup tenang..bile saya rase sakit, dy tak putus2 doakan saya..katanya moga Allah beri saya kekuatan, dihilangkan segala resah, maafkan segala kesilapan insan2 yang pernah menyakiti diri. Satu doa yang dy ajar pada saya “ya hayyu ya qayyum birahmatika astaghis”..katanya lagi, selalulah pandang langit bila rase sedih..dan doa dlm hati moga Allah hilangkan segalanya..inshaAllah, sampai sekrang itulah yang sering saya lakukan..memandang langit moga Allah hilangkan sifat2 yang tak sepatutnya ade dlm diri..


Satu perkara yang membuat saya terkenang, kami pernah berdoa dlm hujan, kami doa same2 dlm hujan sambil menangis menyambung2 doa antara satu sama lain moga Allah ampunkan dosa kami, Allah berkati hidup kami, redhoi hidup kami..dy sanggup temankan saya ke tasik semata-mata untuk hilangkan segala bebanan masalah hidup walaupun esoknya ade exam. Katenye takpe, asalkan saya dpt hilangkan segala keresahan jiwa..beruntungnya saya punya ukhti yang memahami, dy pun cakap dy taknak tahu masalah saya ape..kerana saya punya Allah untuk ceritakan segalanya..kata-katanya banyak bersimbah hikmah dan membuat saya berfikir jauh..yaAllah, saya nak matang cepat agar saya tak menyusahkan org lain lagi..

Sahabat2, lihatlah..setiap org punya masalah bukan..saya juga tak pernah terlepas, itu semua bergantung pada manusia itu sendiri bagaimana mengawalnya..mmg hidup kembarnya ujian..dan dy takkan pernah terhenti selagi belum mati, dan ujiannya pada titik terlemah dlm hati kita, sebagai contoh lemah dlm sabar, lalu Allah uji dgn rasa marah mungkin sehingga terlatihnya sifat sabar dlm diri..maka sebagai hamba, persiapkan iman untuk mengahadapi dgn sabar, redho dan tawakkal pada Allah..inshaAllah, segalanya kita mampu hadapi dgn tenang dan syukur..anggap saja itu semua hanya mimpi. saya juga begitu, bangun saja tidur..kadang2 taknak teringat pun, tapi masalah menyinggah dlm fikiran buat kita rasa sempit dan sedih..cubalah kita bangun dgn semangat dan anggap saja itu semua mimpi lalu yang takkan pernah berulang lagi..kita jgn lari dari masalah tapi hadapi dgn tenang dan sabar..kalau lari, ianya tak pernah selesai malah kita akan selalu teringat..maka jalani dgn baik..rentasi semapadan dan juga tembok secara gigih..jgn pernah putus asa..sahabat saya selalu peringatkan saya mcm tu, "kite jgn putus asa teha, teha selalu ingatkan kite jgn putus asa, Allah tak mintak kite jadi terbaik tapi biar kita buat yang terbaik.."

persiapkan iman ye sahabat..ujian itu indah, Allah nak kita dekat dgn dy..Allah nak kita cinta lebih pada dy..percaya pada diri..ikhlaskan segalanya pada Allah, sebalik ujian itu ada syurga..ade keindahan yang kita tak nampak, pandanglah segalanya dgn mata hati..berfikir full potensi  agar full prestasi kekal..mantapkan jiwa, besarkan hati menerima segala ujian dgn lapang dada..hadirkan syukur dlm jiwa krn dipilih untuk diberi ujian tanda Allah masih ingat, Allah tak biarkan kita lagi..Allah tak biarkan kita yang mengatur kehidupan kita sendiri..sahabat2, andai kehidupan kita ini Allah serahkan pada kita, kita takkan mampu..segalanya sudah disusun Allah..redho terima semuanya..pandang segalanya dgn hikmah serta nikmat.. akan tibe satu saat, bila Allah izinkan, kita akan rase keajaiban tawakkal pada Allah..waktu itu hati bulat2 berserah pada Allah, Allah lah tempat berharap, manusia itu tiada kepentingan lagi..cukuplah Allah bagi kami, dylah sebaik-baik penolong..

la tahzan..innalahamaana..
latahzan..innallahmaasobirin..

Tuesday, May 24, 2011

maksiat itu menyakitkan



salam alaik sahabat-sahabat..inshaAllah..semua org mahukan ketenangan kebahgian dlm hidup masing2 bukan? tapi tenang yang bagaimana ya? tenang yang tak sama dgn tenang biasa2..tapi tenang beriman bila hati terhindar dari segala dosa dan noda. sungguh, ketenangan inilah yang dicari, yang perlu ade pada seorg mukmin..andai dy tenang, itulah dy bahgia hakiki yang tdk mampu digantikan dgn bahgia yang lain..cukuplah Allah bg kami..dialah sebaik-baik penolong..

bagi saya, saya hanya mahukn hidup bersyariat bukan bermaksiat..krn saya tahu hidup bermaksiat itu membuat hati saya tdk tenteram dan takkn pernah bahgia dgn dosa2..saya hanya mahukn ketenangan dlm hidup..mahukn keredhaan Allah, krn saya percaya bahgia saya terletak dlm kuasa Allah sdgkn manusia itu sikit pun tidak, bnyak menyeksakn dada..bnyak membuat hati pedih..



Maksiat akan mnyebabkan kesan-kesan negative, antaranya : 

  • ·         Menghalang ilmu masuk kedada
  • ·         Menghalang rezeki
  • ·         Menghadirkan kegelapan dihati
  • ·         Melemahkan hati dan jasad
  • ·         Menghalang ketaatan
  • ·         Melemahkan jiwa
  • ·         Menyebabakan kehinaan
  • ·         Merosakakn akal dan mematikan hati
  • ·         Mendatangkan laknat Allah
  • ·         Menghalang daripada doa para rasul dan malaikat
  • ·         Menghilangkan rasa malu
  • ·         Menyebabkan Allah membiarkan diriya dihina
  • ·         Menghilangkan kebaikan yang dilakukan
  • ·         Menjatuhkan derajatnya disisi Allah
  • ·         Memutuskan hubunganya dengan Allah

sama-sama kita membendung hati kita dari noda dan maksiat..

Sunday, May 22, 2011

masa umpama air yang mengalir

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..bersyukur kehadrat Allah s.w.t yang masih lagi memberi kita kesempatan, ruang serta peluang untuk sentiasa mencari redho Allah. Senang dan susah itu hakikatnya nikmat yang kedua-duanya dtg dari Allah dan wajib untuk kita syukuri, tapi payah sekali untuk manusia itu bersyukur saat senang, dy hanya mengenang nikmat yang diberikan Allah ketika susah, ketika kehilangan sedangkan saat senang, dy lupe akan Allah. Itulah manusia, kerana itu Allah s.w.t berfirman, tetaplah memberi peringtan, krn sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi org mukmin.  [az-zzariyat : 55]

Selawat dan salam buat murrobi teragung, rasulullah, Muhammad bin Abdullah yang mana dgn jasa dan pengorbanan bagindalah kita dpt merasai nikmat iman dan islam itu sendiri iaitu sebesar-besar nikmat dlm hidup. Kerana apa saya katakan itu adalah sebesar-besar nikmat hidup? Seseorg yang hidupnya mungkin menjangkau 100 tahun, kaya raya..semuanya cukup lengkap dlm hidup, tapi sayangnya dy bukan islam, malah jauh untuk beriman pada Allah..rugi bukan? Tersangat rugi..hidupnya kosong tanpa apa-apa..kerana itu hargailah setiap detik iman dan islam yang kita rasai dlm segenap relung jiwa. Hargai dgn hati dan perasaan maka natijah akhirnya sebuah amal yang qowi..yang kita mahukan ianya menjadi qudwah yang memancar diseluruh alam.



inshaAllah, setiap masa yang ada cuba saya isikan dgn perkara-perkara yng mampu mendekatkan diri dgn Allah. Rugikan andai ianya diisi dgn perkara2 yang sia2? Krn itu Allah bersumpah dlm surah al-asr..demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dlm kerugian..jika diimbau kembali, kadang bile terkenang, hanya sebuah penyesalan yang terbit dihati..untuk diulang kembali untuk mengubah masa lalu, mane mungkin dan jauh sekali tidak akan dpt..masa itu umpama air sungai, ianya terus mengalir, kita nak tahan sedetik pun tak mampu mintak tunggu kita sekejap, ianya berjalan tanpa henti..kerana itu hargailah setiap detik yang kita ada, Setiap saat yang sedang kita lalui, dan sentiasa membuat perancangan untuk menguruskn masa akan datang. Kita taknak setiap saat yang kita lalui hanya jadi sia-sia, dihari tua nanti baru kita menyesal, dihari kita sakit, baru kita menghargai waktu sihat kita, dihari yang sempit baru kita menghargai waktu terluang kita dahulu. Kita taknak krn saat itu kita sudah kesuntukan masa untuk menambah amal kebajikan. 

Teringat saya pada seorg ukhti yang selalu berpesan pada saya waktu saya dimatrik katanya “ enti tau tak, setiap hembusan nafas kita yang keluar ini Allah akn Tanya untuk apa ia telah digunakan, setiap kali kita menghembus nafas, setiap kali Allah akn tanya”..mashaAllah, ketika itu hati saya takut bila memikirkan setiap saat yang saya lalui andai saya lalai ingat Allah..Allah mintak tanggungjawab dan sampai sekarang saya ingt kata-kata dari ukhti tersayang.



Saya dimana-mana sahaja, jika ade sesuatu Allah ajar saya, time tu jugak ingin saya kongsikan, ketika itu jugak idea mencurah-curah.tapi saat didepan laptop, saya tak tahu pula nk start dari mana untuk mulakan langkah bicara. Mungkin bnyak sgt idea yang terpendam dan terendam sehingga tak terluah. Dan itu memang saya akui, setip kali saya ingin menulis, kadang2 saya nak tulis cerita lain, tuptup jadi tazkirah tajuk lain. Saya pun pelik, tapi saya yakin semuanya ketentuan Allah, kita merancang nak tulis, nak kongsikan sesuatu tajuk, akhirnya idea lain yang keluar secara tak sengaja. Semuanya bawah kuasa Allah, saya sebagai hamba yang lemah sahaja hanya mampu melakukan yang terbaik. 

inshaAllah, nak kata masa sekarang free, saya percaya saya tak pernah free..dan saya tak suke hidup dgn masa free krn banyaknya masa free itu membuka peluang untuk si syaitan menghasut, membuka ruang utk isi dgn perkara yang tidak berfaedah. Membuka lembaran untuk diisi dgn cinta dunia. Saya takut andai itu benar2 terjadi, saya takut menjadi org yang Allah sebutkan sebagai golongan yang rugi dan menzalimi diri sendiri. Kerana itu saya suke untuk mengajak sahabat2 diluar sana untuk sentiasa memperingati mati, kerana apa, mengingati mati ini sgt berkesan dlm menguruskan masa. Kita akan fikirkan dosa dan pahala, kita akan fikirkan azab2 kubur yang sdg menanti, kita lebih terfikirkan bahang api neraka yang memanggil2 kita. Takut bukan? Baru kita sedar bahawa, kita sudah tidak punya masa lagi untuk berlengah dlm beramal, kita tidak boleh berlengah lagi dlm bertaubat. Jika masa kita dihentikan saat ini, apakah bekal yang ingin kita bawa? Mari fikirkan bersama..


 bersama ukhti tersayang, "ukhti zawani"

cuti sem 4 bulan yang cukup lame ini akn saya manfaatkn dgn full prestasi. Meningktkn amal2 yang membuatknkn Allah makin sayang..membuatkn hati ummi ayah berbunga melihat anak yang ditarbiah. Yang penting pulang kerumah bukanlah tiket untuk saya berhenti rehat sewenang-wenangnya, murrobi saya selalu berpesan..”ingat, balik rumah dakwah family jgn lupe”..murrobiah yang silih berganti, dan setiap murobiah tidak lupe untuk memperingati hal yang sama setiap kali balik rumah. 

Sahabat2, sudahkan sahabat2 merancang waktu cuti ini untuk buat apa? Saya teringat akan seorg ukht ketika kami berbual dlm bas, katanya “ ana cuti ni nak buat jadual, enti boleh suggestkan apa yang ana boleh buat cuti 4 bulan ni?’..semangat sungguh dy, satu sikap yang saya mesti contohi menguruskan masa2 yang ada, menikmati waktu2 terluang dgn kebaikan. Saya kata padanya,” mungkin kerja, isi waktu yang ade dgn bace buku, pergi daurah”..tpi sebenarnya bnyak saja perkara yang boleh kita jadikn amal kebaikan, caranya mudah sahaja niatkan segala perkara baik yang kita buat kerana Allah. Maka bermanfaatlah jadinya, tak rugi masa kerana dpt pahala dgn mudah. Senang bukan?

Ayuh menikmati sisa2 kehidupan dgn amal soleh..yang mampu mendekatkan diri kita dgn Allah..