Sunday, May 22, 2011

masa umpama air yang mengalir

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..bersyukur kehadrat Allah s.w.t yang masih lagi memberi kita kesempatan, ruang serta peluang untuk sentiasa mencari redho Allah. Senang dan susah itu hakikatnya nikmat yang kedua-duanya dtg dari Allah dan wajib untuk kita syukuri, tapi payah sekali untuk manusia itu bersyukur saat senang, dy hanya mengenang nikmat yang diberikan Allah ketika susah, ketika kehilangan sedangkan saat senang, dy lupe akan Allah. Itulah manusia, kerana itu Allah s.w.t berfirman, tetaplah memberi peringtan, krn sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi org mukmin.  [az-zzariyat : 55]

Selawat dan salam buat murrobi teragung, rasulullah, Muhammad bin Abdullah yang mana dgn jasa dan pengorbanan bagindalah kita dpt merasai nikmat iman dan islam itu sendiri iaitu sebesar-besar nikmat dlm hidup. Kerana apa saya katakan itu adalah sebesar-besar nikmat hidup? Seseorg yang hidupnya mungkin menjangkau 100 tahun, kaya raya..semuanya cukup lengkap dlm hidup, tapi sayangnya dy bukan islam, malah jauh untuk beriman pada Allah..rugi bukan? Tersangat rugi..hidupnya kosong tanpa apa-apa..kerana itu hargailah setiap detik iman dan islam yang kita rasai dlm segenap relung jiwa. Hargai dgn hati dan perasaan maka natijah akhirnya sebuah amal yang qowi..yang kita mahukan ianya menjadi qudwah yang memancar diseluruh alam.



inshaAllah, setiap masa yang ada cuba saya isikan dgn perkara-perkara yng mampu mendekatkan diri dgn Allah. Rugikan andai ianya diisi dgn perkara2 yang sia2? Krn itu Allah bersumpah dlm surah al-asr..demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dlm kerugian..jika diimbau kembali, kadang bile terkenang, hanya sebuah penyesalan yang terbit dihati..untuk diulang kembali untuk mengubah masa lalu, mane mungkin dan jauh sekali tidak akan dpt..masa itu umpama air sungai, ianya terus mengalir, kita nak tahan sedetik pun tak mampu mintak tunggu kita sekejap, ianya berjalan tanpa henti..kerana itu hargailah setiap detik yang kita ada, Setiap saat yang sedang kita lalui, dan sentiasa membuat perancangan untuk menguruskn masa akan datang. Kita taknak setiap saat yang kita lalui hanya jadi sia-sia, dihari tua nanti baru kita menyesal, dihari kita sakit, baru kita menghargai waktu sihat kita, dihari yang sempit baru kita menghargai waktu terluang kita dahulu. Kita taknak krn saat itu kita sudah kesuntukan masa untuk menambah amal kebajikan. 

Teringat saya pada seorg ukhti yang selalu berpesan pada saya waktu saya dimatrik katanya “ enti tau tak, setiap hembusan nafas kita yang keluar ini Allah akn Tanya untuk apa ia telah digunakan, setiap kali kita menghembus nafas, setiap kali Allah akn tanya”..mashaAllah, ketika itu hati saya takut bila memikirkan setiap saat yang saya lalui andai saya lalai ingat Allah..Allah mintak tanggungjawab dan sampai sekarang saya ingt kata-kata dari ukhti tersayang.



Saya dimana-mana sahaja, jika ade sesuatu Allah ajar saya, time tu jugak ingin saya kongsikan, ketika itu jugak idea mencurah-curah.tapi saat didepan laptop, saya tak tahu pula nk start dari mana untuk mulakan langkah bicara. Mungkin bnyak sgt idea yang terpendam dan terendam sehingga tak terluah. Dan itu memang saya akui, setip kali saya ingin menulis, kadang2 saya nak tulis cerita lain, tuptup jadi tazkirah tajuk lain. Saya pun pelik, tapi saya yakin semuanya ketentuan Allah, kita merancang nak tulis, nak kongsikan sesuatu tajuk, akhirnya idea lain yang keluar secara tak sengaja. Semuanya bawah kuasa Allah, saya sebagai hamba yang lemah sahaja hanya mampu melakukan yang terbaik. 

inshaAllah, nak kata masa sekarang free, saya percaya saya tak pernah free..dan saya tak suke hidup dgn masa free krn banyaknya masa free itu membuka peluang untuk si syaitan menghasut, membuka ruang utk isi dgn perkara yang tidak berfaedah. Membuka lembaran untuk diisi dgn cinta dunia. Saya takut andai itu benar2 terjadi, saya takut menjadi org yang Allah sebutkan sebagai golongan yang rugi dan menzalimi diri sendiri. Kerana itu saya suke untuk mengajak sahabat2 diluar sana untuk sentiasa memperingati mati, kerana apa, mengingati mati ini sgt berkesan dlm menguruskan masa. Kita akan fikirkan dosa dan pahala, kita akan fikirkan azab2 kubur yang sdg menanti, kita lebih terfikirkan bahang api neraka yang memanggil2 kita. Takut bukan? Baru kita sedar bahawa, kita sudah tidak punya masa lagi untuk berlengah dlm beramal, kita tidak boleh berlengah lagi dlm bertaubat. Jika masa kita dihentikan saat ini, apakah bekal yang ingin kita bawa? Mari fikirkan bersama..


 bersama ukhti tersayang, "ukhti zawani"

cuti sem 4 bulan yang cukup lame ini akn saya manfaatkn dgn full prestasi. Meningktkn amal2 yang membuatknkn Allah makin sayang..membuatkn hati ummi ayah berbunga melihat anak yang ditarbiah. Yang penting pulang kerumah bukanlah tiket untuk saya berhenti rehat sewenang-wenangnya, murrobi saya selalu berpesan..”ingat, balik rumah dakwah family jgn lupe”..murrobiah yang silih berganti, dan setiap murobiah tidak lupe untuk memperingati hal yang sama setiap kali balik rumah. 

Sahabat2, sudahkan sahabat2 merancang waktu cuti ini untuk buat apa? Saya teringat akan seorg ukht ketika kami berbual dlm bas, katanya “ ana cuti ni nak buat jadual, enti boleh suggestkan apa yang ana boleh buat cuti 4 bulan ni?’..semangat sungguh dy, satu sikap yang saya mesti contohi menguruskan masa2 yang ada, menikmati waktu2 terluang dgn kebaikan. Saya kata padanya,” mungkin kerja, isi waktu yang ade dgn bace buku, pergi daurah”..tpi sebenarnya bnyak saja perkara yang boleh kita jadikn amal kebaikan, caranya mudah sahaja niatkan segala perkara baik yang kita buat kerana Allah. Maka bermanfaatlah jadinya, tak rugi masa kerana dpt pahala dgn mudah. Senang bukan?

Ayuh menikmati sisa2 kehidupan dgn amal soleh..yang mampu mendekatkan diri kita dgn Allah..
 

No comments:

Post a Comment