Wednesday, April 27, 2011

usah kufur dengan nikmat Allah..


Salam alaik sahabat2..apa khabar keadaan iman antum semua? inshaAllah..yakin, segalanya sihat dimata Allah..malah tinggi disisi Allah.

Selawat dan salam bt junjungan besar rasulullah tercinta, Muhammad bin Abdullah yang tak pernah putus2 berdakwah sehingga penghujung nafas terakhir baginda. Terima kasih atas segala pengorbanan rasulullah terhadap kami..

Menyeru manusia pada Allah bknlah satu jalan yang mudah, jalannya dihamparkan penuh duri, jadi kepahitan, kesedihan dan segala bentuk ujian itu adalah lumrah..jadi org2 yang menyeru atau daie itu sememangnya wajib berjiwa besar, moga ujian yang ditimpa menjadikan imannya makin hebat, makin bertambah rasa cintanya pada Allah..seorg daie itu perlu memikirkn perkara y lebih besar y perlu dilakukan, bukan memikirkan perkara yang hanya remeh temeh yang hanya melunturkan roh perjuangan dakwah..

Kerana itu benarlah firman Allah al-baqarah, 207 dan diantara manusia ada org yang mengorbankan dirinya utk mencari keredhaan Allah.

Sanggup apa-apa sahaja demi Allah..kerana itu Adapun org2 beriman itu amatlah besar cintanya pada Allah. 

subhanaAllah..indahnya hati dipenuhi sinar iman.bahgianya hidup bila jiwa tenang dari resah dosa. Itulah kebahgian hakiki seorg mukmin, tiada yang lebih indah dr itu..sanggup berkorban apa sahaja demi cinta rabb..genggam sepenuh hati, moga thabat, istiqamah dan istimrar dijalnnya..

saat ini, tiada apa-apa yang saya inginkan kecuali semangt dakwah yang menjalar2 disetiap urat tubuh, moga rasa ini berterusan dan semakin hari semakin bertambah rasa cinta pada dakwah..benar, ramai org mampu berdakwah, tapi tak ramai yang cintakan dakwah..ramai yang gugur ditengah jalan tarbiah, mungkin beberapa faktor tapi banyknya atas desakan nafsu..yey, nafsu itu suke dipuaskn mengikut keinginannya melalui jalan yang salah. Tidak ada yang ingin dipuaskan melalui jalan yang benar..kerana itulah ucapan nabi yusuf dlm quran sprt berikut. “dan aku tdk membebaskn diriku dr kesalahan, krn sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kpd kejahatan, kecuali nafsu y diberi rahmat oleh tuhanku.” (yusuf : 53)

kerana itu, jangan..jangan..dan jangan sesekali mengikut hawa nafsu, bisikan syaitan..
segala puji bagi Allah yang masih lagi memberi kita kesempatan, peluang dan ruang untuk sentiasa bertaubat..sungguh, tak semua Allah bagi..ade org Allah ambik nyawanya ketika bermaksiat tanpa sempat bertaubat..matilah dlm su’ulkhotimah..rugi, tersgt rugi..dunia rugi, akhirat pun rugi..

bukankah hidup  ni utk mecari mati yang sempurna? mati ini utk hidup yang lebih tinggi? mungkin esok, atau lebih lagi..lagi 5 minit mungkin kita mati? Kita tak tahu..kita tak tahu..maka bersiap sedialah sahabat2 umpama esok nak ambik exam..yeah, dlm mood exam sekarang..

ramai org bermaksiat seumpama hidupnya lagi 1000 tahun..kerana itu, marilah kita bertaubat pada Allah..kembali pada jalan Allah..melihat, mendalami, menghayati, memahami dan segala bentuk yang mampu mendekatkan diri kita padaNYA.

subhanaAllah..hebatnya sesuatu ujian dlm bentuk musibah..kerana apa, jarang sekali manusia itu akan kembali kepangkuan Allah melalui ujian kenikmatan hidup..rata-rata kembali pada Allah bila kesedihan melanda, musibah menimpa..tapi banyak sekali manusia yang kufur kembali setelah senang, sesudah susah itu hilang, kdg2 kesedihan dan musibah itu dtgnya dari dosa, kerana itu benarlah firman Allah..

Dan apabila manusia ditimpa bencana, dy memohon (pertolongan) kpd tuhannya dgn kembali taat kpdnya, tetapi apabila dia memberikn nikmat kpdnya dia lupa (akn bencana) yang pernah dia berdoa kpd Allah sebelum itu, dan diadakan sekutu-sekutu bg Allah untuk menyesatkn manusia dr jalannya. Katakanlah, “bersenang-senanglah kamu dgn kekafiranmu itu utk sementara waktu. Sungguh, kamu termasuk penghuni neraka.”(39 : 8)

Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya) dr Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan, maka kpdnyalah kamu meminta pertolongan, kemudian apabila dia telah menghilngkn bencana dari kamu, malah sebahagian kamu mempersekutukan tuhan dgn yang lain. (16 : 53-54)

Dan apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru kami, kemudian kami berikan nikmat kami berkata kpdnya  “sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah krn kepintaranku.” Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakn mereka tdk mengetahui.(39 : 49)

Dan apabila kami berikan nikmat kpd manusia, dy berpaling dan menjauhkan diri dgn sombong, tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dy banyak berdoa (41 : 51)

Manusia itu cepat lupa..maksudnya pun pelupa..hey pelupa!!..mmg tidak pernah bersyukur dgn nikmat Allah kah??..bila susah kembali cari Allah, minta pertolongan, saat kesenangan datang lupa bahawa dy dulu pernah susah, pernah mengharap pada pertolongan Allah..setelah Allah bagi pertolongan dy kembali kufur semula..kerana itu Allah berfirman : 

Adapun yang mengingkari ayat-ayat kami hanyalah pengkhianat yang tidak berterima kasih. (31 : 32)

Saat kita susah, kita cari Allah..Allah lah tempat seglanya kita berharap. Setelah itu kita kembali kufur, kita dah lupa apa yang Allah pernah beri..apa yang Allah pernah tolong kita dahulu..

”maka nikmat tuhanmu yang manakh kamu dustakan, jarang sekali kamu bersyukur..(ar-rahman)..

Sahabat2..kadang2 kan apa yang kita dapat ataupun musibah itu sendiri adalah kerana dosa2 kita..dosa menzalimi diri kita sendiri..dosa kita tak bersyukur dgn nikmat pemberian Allah..lihatlah firman Allah, hayati dgn hati dan iman..Allah tak pernah menyakiti kita, tapi kitalah yang selalu sakiti dgn berbuat jahat..

Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah kami berikan kpd mereka, bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui akibatnya. (16 : 55)

Sesungguhnya Allah membela org y beriman. Sungguh, Allah tidak menyukai setiap orang yang berkhianat dan kufur nikmat.  (22 : 38)

Allah cakap, Allah tak suke dgn org yang kufur nikmat..boleh refleksi diri masing2..kadang2 Allah membiarkan kita dlm kenikmatan dosa tanpa ditarik kembali..tapi cube kita fikir, samada kita yang tak sambut hidayah Allah ataupun hidayah Allah itu memang tidak sampai pada kita? Saya rasa kita yang tak bukak pintu hati untuk terima hidayah. Hati ini umpama tingkap, bukak tingkap masuklah ia..tapi kalau kita tak bukak, hanya singgah diluar sahajalah, kita tutup hati kita dgn pintu maksiat, pintu2 yang membuat Allah murka..kita yang taknak berubah sebenarnya, hidayah itu takkn bergolek datangnya..nak capai sesuatu yang besar, yang tinggi.. pengorbanan juga perlu besar, nak capai syurga, pengorbanan dy jugak besar..mungkin mati untuk Allah, yeah..murrobiah saya selalu cakap, mati untuk Allah bukanlah satu yang ekstrem, itulah yang paling mampu dan mungkin sahaja yang terbaik kita lakukan untuk Allah..jadi, bergeraklah cari hidayah..sanggup berkorban apa sahaja utk Allah.

Lihatlah firman Allah :

Dan musibah apapun yang menimpa kamu adalah krn perbuatan tanganmu sendiri, (dari siksaan Allah) di bumi, dan kamu tidak peroleh pelindung atau penolong selain Allah (42 : 31)

Bukan demikian! Barang siapa berbuat keburukan, dan dosanya telah menenggelamknnya, maka mereka itu penghuni neraka. Mereka kekal didalamnya (2: 81)

Yang dem ikian itu krn kamu bersuka ria dibumi (tanpa) mengindahkn kebenaran dan krn kamu selalu bersukaria dlm kemaksiatan (40:75)

Sesungguhnya org2 y tdk beriman kpd akhirat, kami jadikn terasa indah bg mereka perbuatan2 mereka (yang buruk), sehingga mereka bergelumang dlm kesesatan. (27 : 4)

Percayalah sahabat2..buanglah dunia itu dari hati..kerna cintakan dunia lah, kita tak mampu bersyukur dgn kenikmatan yang lebih besar diakhirat yang sedang menanti..kita dah tak Nampak ganjaran akhirat yang lebih indah, lebih tinggi..

Bagi org2 y tidak beriman pd kehidupan akhirat, mempunyai sifat yang buruk, dan Allah mempunyai sifat yang mahatinggi. Dan dia maha perkasa, maha bijaksana (16: 60)

Cintakan Dunia jugaklah meyebabkn sesorg itu mempunyai sifat2 yang buruk krn dy tidak percaya akan kehidupan akhirat, kerana dy tdk percaya pada pertemuan dgn tuhannya...Mari sahabat2, kita tanamkan kesyukuran yang paling dalam untuk Allah..supaya sifat2 yang baik itu kita miliki. Kerana Allah dah pun janjikan kita satu ganjaran yang lebih hebat dari ganjaran kenikmatan dunia..

Dan dialah y menerima tobat dari hamba-hambanya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa y kamu kerjakan (42 : 25)

Dan org y berhijrah krn Allah setelah mereka dizalimi, pasti kami akn memberikan tempat baik kpd mereka didunia. Dan pahala diakhirat pasti lebih besar, sekiranya mrk mengetahui, iaitu org2 y sabar dan kpd tuhan mrk bertawakal. ( 16 : 41-42)

Even kita dizalimi manusia sekalipun, tetapi Allah tak pernah..krn sifatnya maha lembut pd hamba-hambanya..

Maka ingatlah kpdku, aku pun akn ingat kpdmu. Bersyukurlah kpdku, dan jgnlah kamu ingkar kpdku. (2 : 152)

Sahabat2, roh dakwah yang mengalir dlm tubuh saya saat ini, akan saya genggam ia seerat-eratnya kerana saya yakin, inilah jalan yang benar untuk saya hidup bahgia, bukan pula jalan kemaksiatan untuk saya hidup sengsara..saya hanya mampu memberikan setakat ini sahaja, untuk mengubah hati2 antum/antunna semua hanyalah Allah, pemegang hati2..kerana itu, saya memetik firman Allah: 

Jgnlh engkau sesekali Muhammad tujukn pndanganmu kpd kenikmatan hidup yang telah kami berikn kpd beberapa golongan diantara mereka (org kafir), dan jgn engkau bersedih hati terhdp mereka dan berendah hatilah engkau terhdp org beriman. (15 : 88)

Sungguh engkau muhammad tidak dpt memberi petunjuk kpd org yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kpd org yang dia kehendaki, dan dia lebih mengetahui org2 yang mau menerima petunjuk.  (28: 56)

Dan siapakah yang lebih zalim drpd org yang telah diperingatkan dgn ayat2 tuhannya, kemudian dia berpaling drnya? Sungguh, kami akn memberikn balasan kpd org2 yang berdosa. (32 : 22)

Selamat merenung, menghayati, dan mengaplikasi dlm setiap inci kehidupan, saya yang terlalu mendambakan redho Allah..

1 comment:

  1. -> i_M
    jazakillah atas perkongsian... peringatan utk diri sendiri terutamanya...hanya org yang diplih oleh Allah shj sanggup berada di jalan dakwah ni.. walaupun meraka tahu, jalan dakwah ni berliku-liku...krn yakinnya suatu saat nnt kita akan dikembalikan kpdNya jua.. kpdanya kita dtg, kpdnya jua kita dkembalikn... =). semgA Allah lindungi dan istiqamah hati kita semua untuk terus myambung perjuangan rasulullh..InsyaAllah.. brsmgat!!! =)

    ReplyDelete