Wednesday, June 15, 2011

zahirkan kesyukuranmu

Assalamualaikum w.b.t..
bismillahirahmanirahiim..dgn nama Allah yang maha penyayang lagi maha pemurah..

Rasulullah s.a.w bersabda “ setiap urusan yang tdk dimulai dgn bismillahirahmanirahiim terputuslah berkahnya” (dari tafsir ibnu katsir)

Sahabat-sahabat..sama2 kita panjatkan rasa syukur kita pada Allah azzawajalla yang sentiasa memberikan kita  nikmat dan mengurniakan kasih sayang yang melimpah ruah pada setiap hambanya..alhamdulillah atas nikmat iman yang telah engkau campakkan dalam hati2 kami. Rasa bersyukur itu perlu kita zahirkan bukan sekadar hanya dgn kata-kata..

sesuai dgn firman Allah dalam surah adh-dhuha dlm ayat ke 11 :
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Zahirkan disini bukan maksud berbangga, tapi zahirkan yang dimaksudkan adalah dgn wujudkan rasa sebenar2 syukur itu dihati, bukan sekadar menyebut Alhamdulillah, tapi perlu bergerak menzahirkan dalam bentuk ibadah. Tanda kita berterima kasih pada Allah. Kita lihat bagaimana kehidupan kita sehari-hari dgn manusia, jika seseorg menghadiahkan kita sesuatu, kita menghargai bukan, jaga takut rosak, nanti susah hati bimbang sbb takut nanti org cakap kita tak menghargai apa yang org bagi. sekarang kita lihat pula bagaimana Allah menganugerahkan kita nikmat, adakah kita menjaga nikmat (hadiah) yang Allah berikan itu seperti kita menjaga hadiah dari manusia? Segelintir dari kita payah nak rasakan semua ini, betapa berharganya setiap nikmat dari pemberian Allah pada kita lebih dari pemberian manusia. 

Sahabat2..Allah memberi tanpa kita meminta. Kita nak apa lagi dari Allah? sedangkn kita tak pernah rasa berterima kasih pun pada DIA. Apa yang kita balas pada Allah adalah maksiat, kita mengundang murkaNYA, tapi Allah masih lagi memberi kita peluang dan ruang, Allah tak pernah tarik oksigen dari kita untuk tak bernafas, tidak pula bila Allah murka, seluruh harta kita musnah, keluarga kita diambil nyawanya..masih ade lagi ruang waktu yang Allah peruntukkan untk bertaubat. Masih belum terlambat, maka zahirkanlah rasa syukur itu dalam bentuk ibadah.



Al-imran : 162
adakah orang yang menurut keredaan Allah itu sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah? Sedang tempat kembalinya ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. 

Once kita dah rasakan betapa manisnya rasa syukur itu, baru kita sedar bahawa solat yang kita lakukan setiap hari lima kali sehari, ibadah yang dikerjakan bukanlah satu yang sia2. Lihatlah Allah itu maha kaya, tidak memerlukan sesuatu pun, jika kita tak beribadah pun pada Allah, Allah tak rugi ape2, jika kita tak beriman, takde masalah pada Allah..Allah maha kaya kan..tapi Allah suruh jugak kita solat bukan untuk Allah tapi untuk kita sendiri. 

Renungi firman Allah dlm surah al-fatirr ayat 15 :
(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang memerlukan Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), lagi Maha Terpuji.

Al-isra’ : 7
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.

Adenye rase syukur itu dihati, kita akan lebih bergerak menambahkan amal-amal kita setiap hari pada Allah dgn cara menzahirkan (beribadah)..kita takkan rasa terpaksa, ikhlas itu akan wujud bila kita buat dgn rela krn Allah. Kerana apa, ade org bila waktu solat je, rase malas, melambat2kan solat terutama subuh, dan tak solat pun ade..utamakan kerja lain berbanding apa yang Allah suruh. Jadi dimane rase syukur kita? Benarkah kita ini mencintai Allah? Subuh lambat itu kerana kurangnya cinta kita, bukankah cinta itu disertai pengorbanan? Berkorban waktu tidur untuk redho Allah..Ingat, Allah maha mengetahui isi hati..malas atau rajin, nak cepat solat, nak berjemaah nak cepat2 habis, nak habiskan berdoa cepat..dan ade yang langsung tak berdoa..semua itu Allah tahu, sebesar zarah Allah tak lupe, dan akan dihisab kelak.. 



Al-isra : 25
Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. 

ramai org disebabkan hilang rasa syukur inilah, mereka lebih cenderung pada maksiat..kalau kita, bile seseorg tak menghargai apa yang kita bagi, buat endah tak endah sahaja, pandang jelek pada kita, kita akan panggil org tu sombong kan? Begitu jugak dlm kondisi seseorang yang tidak pernah bersyukur, sama saja seperti org yang takkabbur dan sombong pada Allah. Saya berikan contoh wanita, Allah anugerahkan pada dy keindahan dan itulah hadiah dari Allah, jadi macam mana cara yang betul nak jaga hadiah dari Allah itu? Caranya adalah dgn menjaga kehormatan diri dgn menutup aurat, menjaga setiap inci tubuh dari dipandang lelaki, berakhlak mulia. manusia, Allah anugerahkan mata untuk digunakan dgn tujuan yang baik, jadi solusi kpd cara menghargai hadiah mata itu dgn melihat atau memandang sesuatu yang baik. Kalau Allah dah tarik nikmat baru kita tersedar silap2 kita dahulu.

Ade satu kata-kata” Siapa takkabur, pasti lebur”..ade manusia2 yang mengubah ciptaan Allah, kerana mereka sering merasakan bahawa Allah itu tidak adil pada mereka, merungut dgn pemberian Allah. apa yang Allah beri diubahnya mengikut kehendak nafsu. katenye kening nya tak cantik, jadi dy cukur kening semata-mata untuk kelihatan lebih cantik. Auratnya tak terjaga, katenya kecantikan itu perlu ditonjolkan, dimana maruahmu duhai wanita yang disayangi ALLAH??.. 

ade manusia yang Allah berikan kehidupan pada dy, tidak pula pernah bersyukur..tidak pernah merasakn cukup dgn apa yang ada. Selalu saja tidak puas hati pada manusia..tanpa berfikir panjang, mendapatkan sesuatu dgn cara yang salah krn dunia semata-mata. Bile lihat seseorg yang lebih senang, hatinya punya rasa dengki, iri hati. Dari satu penyakit, maka Allah tambah2kan penyakit yang telah ada. 



Benarlah firman Allah dlm surah al-baqarah ayat 10:
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Tambah yang macam mana? Penyakit hati ini ibarat barah, boleh merebak jika tidak dibendung. Kita ade hasad dengki, dari hasad dengki timbulnya benci, dari benci jadi dendam, dari dendam terus menerus kpd perkara yang lebih parah dan akhirnya hati kita mati. Kita bukan hanya akan jauh dgn manusia tapi sekaligus menjauhkan kita dgn Allah. Kerana habluminaAllah, hablumminnass..mari refleksi diri.

inshaAllah, nak cerita pasal hakikat syukur ni, panjang lebar..perlu kita kupas satu persatu..hakikatnya, kaya dan bahgia itu terletak pada hati yang selalu bersyukur.  Mari pertingkatkan..bergerak menambahkan amal kerana berterima kasih pada Allah. Nak langsaikan hutang kita pada Allah takkan mampu dan takkan pernah terbalas pun.

Wallahualam bish shawab..

No comments:

Post a Comment