Thursday, July 14, 2011

apa nilai kita?


assalamualaikum..

Siapa kita, dimana kita, apa posisi kita..semuanya tetap sama didunia. Makhluk Allah yang diberi nama manusia. Manusia yang maksudnya orang yang lupa. Tetapi ade satu perkara yang mampu membezakan setiap insan dgn insan yang lain disisi Allah. dan itulah takwa. Allah kata, yang paling baik antara kamu ialah yang paling bertakwa. Tetapi manusia hari ini sering menjadikan kekayaan itu sebagai pengukur nilai seseorg. Orang kaya yang sombong dgn harta yang dimiliki memandang rendah pada org miskin yang tidak punya harta. Siapa kita untuk menilai manusia? Takkabur benar kita ini..lupa pada yang maha kaya..hakikatnya, segala yang kita punya hanyalah amanah dari Allah dan akhirat kelak akan ditanya, dari mana ia datang dan untuk apakah ia digunakan..

 Hari ini kita lihat yey, ramai sgt2 yang dah hilang rasa takwa pada Allah..rasa takut pada Allah. justeru itu, ramai yang jatuh kelembah maksiat..berlumba-lumba dlm membuat dosa. Tebalik pula dgn zaman rasulullah yang berlumba-lumba dlm kebaikan. Seperti saidina abu bakar yang sentiasa menggunakan peluang yang ada untuk mencari pahala. Pagi2 lagi, beliaulah org yang awal sekali melakukan suruhan rasulullah, Sehingga sanggup mengorbankan seluruh hartanya demi islam. Kerana itu benarlah apa yang rasulullah katakan bahawa jika iman seluruh umat islam dikumpulkan takkan mampu menandingi iman saidina abu bakar. subhanaAllah..

Kita lihat teman2, mungkin ade kawan2 kita diluar sana yang tersesat jauh dari jalan kebenaran, bantulah mereka dgn sungguh-sungguh, serulah mereka untuk kembali pada Allah..dan jgn lupa untuk sentiasa berdoa pada Allah. mungkin ada yang nak berubah, tetapi perlukan masa untuk bermujahadah..subhanaAllah, doa itu senjata org mukmin. Dgn doa saja kita mampu mengalahkan musuh2 kita. siapa lagi yang bermusuh berdendam dgn kita kalau bukan syaitan. terkabulnya doa itu bukan pada kata-kata yang indah tetapi pada dahsyatnya keikhlasan yang diterbitkan. Jom kita sama-sama mengikhlaskan hati menyeru kawan-kawan kita untuk sama-sama kembali pada Allah. 



Saat ini, mari kita introspeksi diri kita, muhasabah diri kita semula..apakah nilai kita disisi Allah? apakah Allah menilai result 4flat kita untuk menjamin kita masuk syurga? Apakah harta yang kita ada menjadi tiket untuk kita berlepas dari azab neraka? Atau apakah amal-amal kita penentu untuk kita jadi ahli jannah? Tidak2..banyak mana pun kita beramal baik, itu bukanlah jaminan Allah untuk kita masuk kedalam syurganya. Seseorg yang dapt masuk syurga itu hanya kerana rahmat Allah semata-mata, belas kasihan Allah pada kita. tetapi org yang masuk neraka itu adalah kerana amal mereka yang tidak cukup. 

jgn pernah ada dlm hati bahawa kita sudah baik, sedangkan nabi yusuf as sendiri lebih rela memenjarakan dirinya didalam penjara berbanding tinggal dgn org2 yang bermaksiat pd Allah kerana nabi Allah itu tahu bahwa nafsu selalu mengajak kpd kejahatan dan katanya lagi “aku tidak mengatakan diriku bebas dari kesalahan (suci) 12: 56”..hakikat iman seorg hamba Allah itu sentiasa turun dan naik. 

Allah memandang kita dgn nilai apa? Dgn nilai takwa..semua org sama, dari tanah asalnya, tapi akhirnya peribadi yang bagaimana terbentuk pada diri seseorg itu menjadi nilaiannya. Sebagai contoh, besi..kita tahu besi digunakan dlm macam2 industri..misalnya besi yang harganya sama rm10 ribu diagihkan kpd setiap negara. Negara jerman telah menggunakan besi tersebut untuk mencipta kereta Mercedes dan BMW. Negara Rusia guna besi tersebut untuk buat senjata, dan jepun telah menggunakannya dlm pembuatan robot dan masing2 dari setiap ciptaan punya harga tersendiri, mana paling mahal dan paling murah..dan akhirnya, besi2 yang diagihkan tadi dikumpulkan semula, dan dileburkan kembali..dan ia tetap sama menjadi besi semula yang harga rm10 ribu. kita nak jadi diri yang bagaimana? nak jadi org beriman plus takwa, atau org yang kufur lemah..dan itulah nilaian kita disisi Allah..



Kenapa org sekarang jatuh kelembah hina kerana mereka sendiri memutuskan tali takwa mereka dgn Allah. kalau habluminaAllah itu disambungkn dgn tali takwa manakala habluminannas itu talinya adalah akhlak mulia. Ramai org tersasar dari landasan hidup yang sebenar kerana takwa itu tidak tumbuh dalam diri. Yang ada hanyalah nafsu, semua perbuatan yang dilakukan atas landasan nafsu. apabila takwa itu lenyap dari diri seseorg, mereka akan membelakangkan Allah, diletak Allah itu jauh-jauh terpisah dari hidup. Sedangkan fitrah manusia itu sgt2 memerlukan Allah. bila susah datang, kita akan ingat Allah kan? Tapi kenapa bila Allah dah hilangkan susah tu, kita kembali kufur? Kita mendustakan ayat-ayat Allah lagi?..sahabat yang saya sayangi semua..”ingatlah Allah dikala senang, nescaya Allah mengingatmu dikala susah”..

Kadang-kadang terdetik dihati saya rasa kasihan pada mereka yang hidupnya terombang ambing, melakukan maksiat tanpa rasa takut sedikit pun pada Allah, apakah tidak ada yang membantu mereka untuk kembali pada Allah, atau hati mereka telah tertutup dari hidayah lantaran dosa atau apakah mereka tidak berusaha langsung mencari fitrah diri yang sememangnya suci dan bersih..kemanisan dosa itu adalah ujian buat kita, Allah duga kita dgn cara begitu, siapa yang kalah dgn ujian atau siapa yang mampu harungi setiap ujian dgn baik? 

sahabat2..Malulah pada alam semesta ciptaan Allah ini..lihatlah dgn mata hati, gugahlah nuranimu..perhatikanlah bagaimana sang bumi sarat dgn rasa takwa, patuh dan taat pada Allah berputar mengikut orbit..tidak pernah tersasar dari landasannya kerana takut pada Allah. lihatlah pada bintang, kekal ditempat masing-masing, tidak pula jatuh menyembah bumi..sang bulan tidak pula ingin mengelilingi planet-planet lain melainkan planet bumi kerana perintah Allah. jadi siapa kita manusia yang tidak berdaya plus lemah ini? Kenapa kita ini sgt degil? Dosa apa yang membuat kita payah sgt mengingat Allah? kenapa kita dah tak takutkan Allah? malulah..kita makhluk yang diciptakan Allah, diberikan akal fikiran untuk berfikir..kenapa hati kita keras sekali untuk tunduk pada sang pencipta?

KERANA TAKWA ITU MATI..

No comments:

Post a Comment