Monday, July 18, 2011

mujahadah itu sakit, tapi indah

Bagi mereka yang mungkin pernah punya kisah 'silam', ingatlah, sebaik-baik pelaku dosa ialah mereka yang segera bertaubat. Renung-renungkan mutiara kata berikut.

“Sometimes you need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.” 



Sahabat-sahabat yang disayangi Allah s.w.t..
Kita lihat kisah nabi yusuf macam mana saat dy digoda oleh imratul aziz permaisuri tuannya, zulaikha. Bersabarnya nabi yusuf dlm menghadapi ujian yang hebat iaitu melawan hawa nafsu sedangkn disaat itu dy masih muda remaja yang jiwanya sentiasa bergelora. Boleh-boleh saja jika dy penuhi ajakan zulaikha, bukankah zulaikha itu berkedudukan? Cantik? Dan banyak faktor lagi yang membolehkannya memenuhi permintaan permaisuri tuannya, waktu itu bukan ada pengawal yang memerhatikan, tambahan pula nabi yusuf org asing ditempat itu, bukan org kenal pun jika nabi yusuf melakukan kesalahan, malah nabi yusuf diugut pula akan dipenjara jika tidak memenuhi ajakan.. tapi Apa yang nabi yusuf katakan “penjara itu lebih aku sukai dari memenuhi ajakan mereka padaku”..

Yusuf : 33
Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".

Betapa hebatnya nabi yusuf diuji, ketika waktu kecil lagi dicampakkan kedalam sumur bersama saudaranya bunyamin. Menangis si ayah tak berlagu sehingga buta matanya. Tetapi manusia yang dipilih Allah itu tetap bersabar, lihat pula waktu dy remaja, digoda oleh wanita cantik lagi berkedudukan, tetapi dy lebih memilih memenjarakan dirinya berbanding hidup dalam maksiat. Dy lebih takutkan Allah berbanding ancaman manusia pada dy. Kerana dy sedar, dy tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan. Nafsu selalu mengajak kpd keburukan. Selalu ingin dipenuhi melalui jalan yang salah. jadi cara terbaik ialah mengasingkan diri (memenjarakan nafsu)dari manusia-manusia yang membuat dy jauh dari tuhan.

Yusuf : 53
Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas dari kesalahan , kerana nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh tuhanku. Sesungguhnya tuhanku maha pengampun, maha penyayang.

Sabarnya nabi yusuf dalam mujahadah. Begitu juga yang perlu ada pada jiwa remaja muslim. Kata Allah lagi dalam surah al-fussilat ayat 35 “sifat2 yang baik itu tidak akan dianugerahkan  kecuali pada  orang2 yang sabar dan tidak pula dianugerahkan pada org yang mempunyai keberuntungan yang besar”. Sahabat2 siapa kita? Sedangkan nabi Allah yang dijanjikan syurga pun perlu memenjarakn dirinya krn takutkan Allah? Kerana takut dibuai enaknya dunia..jadi siapa kita insan biasa? Yang hatinya mudah berbolak balik..mungkin kita lebih perlu memenjarakn nafsu dari dunia. Rasulullah mengatakan “dunia itu penjara bagi org mukmin”..memang penjara, tapi dalam penjara itu ada ketenangan dan kebahagiaan..



Sahabat-sahabat yang dikasihi hanya krn dasar iman semata-mata..
Kerana takwa itu, Allah membantu nabi yusuf menjadi hamba yang soleh, Allah mengangkat dy menjadi menteri kewangan  mesir. Lihat sahabat2, apakah Allah membiarkan iman dan takwa nabi yusuf begitu sahaja? sia-sia? tidak..tapi dy diangkat menjadi insan agung. Dan akhirnya dia dapat berjumpa ayahnya semula nabi yaakub. Begitu juga dlm kehidupan kita, jgn takut memilih iman dan takwa krn yang pasti menjadi pelindungnya adalah Allah. bahagia sgt hidup dalam iman dan takwa krn kita akan rasa setiap masa Allah itu ade dgn kita..

Yusuf :91
 Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah".
Kita lihat sifat remaja, mereka ini suka mencuba, fasa-fasa nak belajar banyak perkara. Waktu-waktu nak berseronok katenya, nak taubat lambat lagi..fikirnya nnti dah umur 40 baru taubat. itu la yang saya selalu dengar. Aish, jgn persiakan waktu yang ada. Nabi berpesan pada kita lima perkara.  Sehat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati. aplikasikanlah dlm hidup untuk selalu beringat. 

Kata-kata dari adik tersayang “mujahadah itu mmg pahit, masakan tidak org2 beriman, berjihad, dijanjikan dgn ganjaran syurga”..wajarlah jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu. Kerana apa, mujahadah itu memang sakit, jatuhnya mungkin berulang kali dalam proses bermujahadah. seseorang yang mungkin jatuh berulang kali, dy akan menemukan pelbagai langkah dan cara sebenarnya. Mujahadah iaitu bersungguh-sungguh juga menuntut kita untuk melakukan lebih lebih dari org lain buat. Terus menerus tidak berputus asa mencari jalan keluar. Thomas Edison si pencipta lampu juga pernah gagal. Ketika ditanya bagaimna dia mmpu bertahan setelh ribuan kali gagal? Katanya “saya tdk gagal, ttp menemukn 9994 cara y salah dan hnya satu cara shj yang betul. saya akn Berjaya krn telah kehabisan percubaan yang gagal”. Wah, hebat bukan? Thomas Edison tdk memandang kegagalan itu bermaksud selama-lamanya gagal, tapi kegagalan itu yang membuat dy semakin bersemangat mencari jalan penyelesaian..

Kita lihat masyarakat sekarang, sebenarnya ramai sgt nak berubah jdi baik tapi ramai jgk yang buntu ditengah jalan. Tak mampu nak istiqamah kerana mungkin melangkah dgn separuh hati ketika berhijrah bukan dgn sepenuh hati. ibarat kaki kanan melangkah ke syurga tapi kiri melangkah ke neraka. Buntu tidak tahu mana satu. Seorang ukht, anak taklimnya sgt bagus..sungguh2 mereka mencari titik perubahan mereka , dan saya sgt tersentuh pada seorang adik..ttg kisah hidup dy, bagaimana hidup keluarganya, ibu ayah tidak pernah mengajarkan dy solat, tidak kisah pun samada dy solat atau tak. dy juga tidak tahu mengaji. Tapi saya melihat usaha dy sgt hebat, macam mana hati yang kosong itu meronta-ronta ingin dipenuhi  dgn iman. dy akan datang bilik ukht tersebut untuk belajar ngaji, berjalan dari satu blok ke blok lain semata-mata dy nak berubah. Biar langkah dy bertatih, belajar dari iqra, tapi dy tak pernah malu dan putus asa..subhanaAllah..

inshaAllah, inilah contoh2 pemuda yang ingin kita contohi. Rasulullah yang utama tidak ketinggalan yang wajib kita jadikan idola dlm setiap langkah, dari sekecil-kecil perkara hinggalah kpd perkara yang plg besar. Dan yang penting adalah nafas hidup kita biar berpaksikan alquran dan assunnah..mengingati Allah setiap masa, tawadduk dan zuhud sifatnya, malah segala sifat yang baik itu mesti dimiliki agar muslim soleh itu menjadi contoh bagi muslim yang lain.subhanaAllah, betapa al-quran yang diturunkan pada kita semua mampu membantu untuk mengemudi kehidupan. Selalulah berinteraksi dgnnya disamping mengrelatekan dgn keadaan sekitar kita, inshaAllah kita akan nmpak, apa yang Allah nak cakap pada kita, manusia yang bagaimana. Kita yang memilih jalan hidup kita sendiri.

No comments:

Post a Comment