Wednesday, January 26, 2011

Allah, besarnya engkau dihatiku..


khusus utk dicintai.. 

~Allah maha besar~



 Allah..
besarnya engkau dihatiku..
tiada sesuatu yang bisa menggantikanmu..
hanya engkau yang bertakhta disanubari setiap waktu..
dan tidak ade sesuatu yang mampu memahamiku selain kamu..

Allah..
cintaku padamu tiada berbelah bagi..
hanya engkau satu-satunya penyejuk qalbu..
pendamai jiwaku dikala resah..
dikala rasa sedih menyapa..
engkau memujuk aku dengan ayat cintamu..
menguatkan aku dengan janji-janji mu..
yakin..
orang -orang beriman selalu diuji kerana kasihnya kamu pada aku..

Allah..
saat ini engkau menyaksikanku
menyaksikan setiap butiran air mata yang berguguran..
yang tulus dari hati untukmu.. 
semoga hati ini terus menangis kerana kamu
terus mengalir seperti air sungai walau dihalang ribuan batu..
sehingga penghujung nafas terakhir..
dalam husnul khotimah..

Allah..
aku tidak mengerti dengan dunia..
apa yang aku tahu
aku ade penciptaku..
yang sangat mengasihiku..
yang selalu menemaniku dimana sahaja..
yang sentiasa dalam hatiku
disegenap jiwa..
itulah kamu, ya Allah..
tuhanku..

Allah..
engkau sedikit pun tidak pernah menjauhi ku..
tidak pernah sekali pun menzalimiku..
ampunkan aku yang dulu pernah menjauhimu..
aku yang lemah..
yang selalu menzalimi diriku sendiri.
yang terlalu banyak berdosa denganmu..

Allah..
kini, aku adalah diriku yang baru.. 
semuanya atas kehendakmu..
yang hidup dan matiku hanyalah untukmu..
kasih sayang yang engkau berikan adalah sebesar-besar nikmat bagiku..
itulah nikmat yang paling aku syukuri antara nikmat-nikmatmu..
yang paling manis 
yang paling berharga
yang paling bahagia aku rasakan..
nikmat beriman padamu tuhanku..

Allah..
dakaplah, peluklah aku dengan cintamu..
baluti jiwaku dengan kasihmu..
redhoilah setiap langkahku..
jangan biarkan aku lalai dengan dunia..
kerana 
disaat akhir nanti aku ingin sekali berjumpa dengan penciptaku
melihat wajah kamu disebaik-baik tempat iaitu syurga..

Allah..
engkau dekat, tersangat dekat dengan jiwaku..
engkau maha mengetahui segala isi hati..
engkau bergerak dlm nadi..
membuat hati terasa sejuk bergetar..
dan yang maha mengerti aku dlm setiap perkara..

Allah..
kurniakan aku kekuatan untuk aku hidup didunia yang sementara ini
kekuatan untuk hidup hanya semata-mata kerana kamu..
sebelum kita bertemu..
kerana hanya engkau sebesar-besar dihatiku..
selama-lamanya..
alhamdulillah..segala pujian hanya layak untuk engkau..
Allahuakbar..




untuk yang maha mencipta..
-Allah-

dari hambamu yang sedang belajar, yang sedang membersihkan hati yang kotor..
semata-mata hanya untukmu yang maha sempurna..
~nurul faratihah ibrahim~

2 comments:

  1. saya budak baru belajar jangan lupa follow saya juga

    salam

    ReplyDelete
  2. wassalam..no name..
    knp x bleh bukak yey awak punye blog?

    ReplyDelete