Sunday, January 2, 2011

Allah maha hebat!!


Kita sebagai hamba mampu merancang tapi Allah yang menentukan..btol x?? banyak dari kita mengimpikan macam2 dalam hidup..nak kereta besar, nak rumah besar, nak perfect segala hal..da besar nnti nak tolong family, nak g haji, nak result yang cemerlang  n macam2 lagi la impian kita dlm hidup..tapi tak salah andai kita punya impian berjuta-juta sekalipun krn dari impian itulah mendorong kita untk berusaha kuat, itupun klo kita mmg bersungguh2 nk dapatkan. 

hakikatnya, setinggi sejauh mana pun kita merancang namun Allah itu perancang terbaik krn hanya Allah sahaja y mengetahui rahsia hidup kita. Tapi ni bukan alasan untuk tidak berusaha krn Allah itu melihat usaha bukan hasil..yakin bahawa, setiap usaha y baik y kita lakukan itu ada ganjarannya. Mungkin tak dibalas didunia tapi inshaAllah diakhirat kelak. Ini kerana Allah mengetahui bilakah tepat waktu yang sesuai untuk diberi ganjaran pada kita. Bukankah Allah itu maha hebat?? 

sahabat sekalian, dalam mengejar cita-cita, keyakinan pada Allah tu penting..itulah indicator kita disisi tuhan, nilai takwa..bukan harta, ilmu or ape2 sahaja yang kita miliki. Dan nilai TAKWA itulah yang membezakan kita dengan insan lain. Jadi tidak ade istilah perbezaan taraf , darjat, pangkat, harta, keturunan atau apa-apa sahaja dalam kehidupan. Kerana kita semua sama Cuma nilai TAKWA itu yang membezakannya.. mungkin ade yang tidak merasa ape2 saat nilai TAKWA disebut, disebabkan diri sendiri yang tidak punya takwa dalam diri iaitu rasa takut bermaksiat pada tuhan. 

Saat diri leka bermaksiat pada Allah, dan Allah membiarkan kita lena dlm dakapan kemanisan dunia tanpa ditarik kembali kepada fitrah insani. Sedarlah, bahawa Allah sebenarnya sedang melaknat dan jugak sedang melupakan kita.  Sungguh, kemaksiatan itu akan menghalang dari keberkatanNYA. Mahukah kita hidup dlm keadaan yang kucar kacir yang mane kita sendiri tidak sedar pun bahwa keberkatan hidup itu telah ditarik kembali. As example, assignment yang berlambak2, dan ditambah pulak dengan kerja persatuan yang tidak mampu disiapkan mengikut garis masa. Apa yang kita rencanakan semuanya tidak menjadi.. itulah salah satu contoh keberkatan telah diambil kembali disebabkan oleh maksiat2 kita pada Allah.

Kita pulak berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita2 y diimpikan dalam masa yang sama bermaksiat pada Allah.. mahukah Allah kabulkan andai kita sendiri sombong pada NYA?? Sombong dalam erti kata bermaksiat, bukankah sifat org takabur itu derhaka pada Allah? Klo manusia yang mana sebagai contohla, kita buat jahat dekat someone dan dalam masa yang sama kita mntak pertolongan dia jugak..mahukah dia menolong kita?? Dalam keadaan kita sakiti dia.. macam tu la perumpamaannya.. tapi sahabat sekalian, Allah itu maha lembut maha pemurah maha hebat dan maha segala-galanya, dia tetap mengabulkan walaupun hambanya sering ingkar kepadanya..

Dalam usaha kita, kita berdoa dengan sungguh2..dan ade doa yang terkabul dan ade yang tidak dikabulkan atau lambat dikabulkan oleh Allah. Tapi kita seharusnya sedar bahawa setiap doa kita itu Allah kabulkn mengikut ketentuannya pada waktu y DIA tentukan bukan mengikut ketentuan kita pada waktu yang kita tentukan.  As example, kita mahukan kejayaan pada sem ni dengan pointer 3.7 above tapi Allah tidak kabulkan permintaan walaupun kita da berusaha sehabis baik. Ini kerana  Allah itu maha mengetahui maha merancang yang terbaik buat kita. Tetapi bila tibe waktu yang sesuai tepat pada masanya, kejayaan itu akan tiba dan saat itulah baru kita sedar bahawa Allah telah mengabulkan doa2 kita dahulu, cuma samada cepat atau lambat sahaja mengikut ketentuan yang terbaik darinya. 

Allah punya rencana terhebat buat hambanya. Kadang2 musibah yang Allah turunkan sebenarnya nikmat. Dalam kita nak jadi seorang yang solehah, macam2 Allah kasi untuk mentarbiah hambanya. nak jadi orang soleh bukan mudah seperti merangkainya dalam kata-kata. Tapi apa yang penting, mujahadah yang kuat dalam mencapai status muslim soleh..segala apa yang kita lihat, lihatlah dengan mata hati, inshaAllah kita akan nampak hikmah disebaliknya..


berdasarkan pengalaman yang Allah tunjukkan, kalau dulu, teha suke tgk org yang alim, banyak ilmu bila bercakap. terdetik dihati nak jadi mcm mereka yang hatinya basah dgn zikrullah.. dan sebenarnya sekarang Allah sedang mengabulkan harapan-harapan teha dulu nak jadi mcm diorang..macam mana?? Dengan ujian yang diberikan pada teha, itulah didikan dari Allah nak membentuk peribadi seorang muslimah yang solehah..dan teha yakin dan percaya, sesungguhnya Allah sedang mengabulkan impian nak jadi seorang yang solehah lagi muslehah bagi org lain..

Hebat tak Allah sahabat sekalian?? Hebat bukan malah maha hebat!!..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment