Friday, January 21, 2011

bagaimana rasa hati org y beriman..

sakit? yey..kite sering membicarakn ttg keadaan zahir kita tapi kite sering lupe keadaan batin kte. jika fizikal kita sakit, cepat-cepat dibawa ke hospital, atau klinik.. tapi, klo batin kte sakit? ke manakah harus kita bawak hati y sakit itu? pegi klinik, doktor akn cakap xde ubat utk hati y berpenyakit mcm ni..yey, farmasi pun xde buat ubat utk sakit qalbi kita.  
hati y dibicarakn disini bukanlah hati organ (kibdah) tapi hati y sebenar2nya hati (qalbi)..firman Allah :

Pada hari tidak bergunanya harta dan anak pinak kecuali yang berjumpa dengan tuhan dengan hati yang sejahtera.
yey, hati y sejahtera y hanya Allah lihat, y Allah nilai..bukan harta y kita miliki skrg tapi hati y ikhlas krn Allah.
“Periksalah hatimu pada tiga keadaan : ketika kamu membaca al-Quran, ketika dalam majlis zikir dan ketika kamu bersendirian dengan tuhan. Sekiranya kamu dapati hati kamu kosong maka hendaklah kamu meminta pada Allah menganugerahkan hati pada mu. Sesungguhnya kamu tidak ada hati.”

yaAllah, hebatnya nilai hati sampaikan jika kita sudah tdk punya hati, pintalh hati yang baru, ganti dgn yang lame..subhanaAllah, segala pujian bagi Allah y mencipta kan sekalian alam. yang memegang hati-hati kita..y membolak balikkan hati. pintalah agar Allah tidak membalikkn hati kte kearah maksiat..

 hindari dari penyakit hati

mashaAllah, pentingnya nilai hati depan tuhan..jagalh ia sebaik mungkin dari dinodai maksiat..setiap kali kita bermaksiat, akn ade satu titik hitam pd hati kita. jika tiap2 hari kita bermaksiat, agak2nya hati kita da warna ape yey? warna hitam pekat mungkin..Allah nak tgk ke hati yang macam tu sedangkn Allah nak tgk hati y sejahtera y perlu kita persembahkannya diakhirat kelak. hati yang sehat dari penyakit2 hati seperti hasad dengki, prasangka, benci dan mcm2 lagi..sungguh, penyakit hati itu membuatkn jiwa kita makin sakit.

sahabat yang dikasihi tidak lain hanya atas dasar keimanan semata-mata...

hati itu umpama sehelai kain. once dy da kotor, kita perlu cuci dgn sabun bukan cuci dgn kotoran. macam tu la hati kita, perlu kita bersihkan dgn kebaikan bukan bersihkan dgn keburukan, bukan makin buat dosa2 tu..inshaAllah, hati kita akn bersih..taubat dgn sungguh2, mintak ampun pada tuhan agar tdk mengembalikan kita pada maksiat2 lalu. 

hati itu dibahagikan kpd 3 bahgian :
1. hati yang sihat
2. hati y sakit
3. hati y mati

yey, macam mane dikatakn hati y sihat..diri ini ingin sekali merasakan hati yang sehat, sentiasa basah mengingatiNYA. Allah berfirman : 

“ Sesungguhnya orang-orang beriman hanyalah orang-orang yang yang gementar hati mereka bila disebut nama Allah, bertambah iman mereka apabila dibacakan ayat2 Allah swt dan berserah hati mereka pada tuhan.” (Ayat 2 surah al-Anfal)

mashaAllah, begitukah hati ini selama ini andai diri sering bermaksiat padaNYA? gementarkah hati ini setiap kali nama Allah disebut atau ianya berlalu bagai angin sahaja? tanya iman kita duhai sahabat..apa y kita rasakn saat ayat2 Allah dibacakan..bergetarkah? 

hati y sihat adlah hati y sentiasa mengambil pelajaran terhadap sesuatu y berlaku. hati y tidak mengulangi kesilapan lalu. hati yang sentiasa yakin dgn janji2 Allah. hati y selalu mengingatinya, hati y merasakn manisnya beribadah, hati y khusyuk, hati y menerima kebenaran wp pahit, hati yang selalu merasakn dibawah pengawasan Allah walaupun secara fizikalnya tidak nampak apa yang berada dlm hati sekarang. itu y perlu hati kita rasakan..sgt takut dan dlm masa y sama sgt sayang pada Allah..

setiap apa y berlaku pada diri kita, ade pengajaran disebaliknya..sebanyak mana hati kita mengambil pengajaran, setinggi itulah nilai kesihatan hati..Sesungguhnya otak yang berfikir tentang kejadian tuhan dan sentiasa mengambil pengajaran adalah dari hati yang sihat. hati adalah raja segalanya, baik hati maka baiklah seluruh jasad. baik hati kita, maka pendengaran, penglihatan, percakapan dan segalanya akn baik krn bermula dari hati y baik.

Hati ini sentiasa terdetik nama Allah. Sebanyak mana kita mengingat sesuatu, setinggi itulah kasih kita padaNYA. Sekiranya hati kita banyak menyebut nama tuhan itu tanda kasih padanya adalah benar2 wujud. Kalau hati lebih banyak menyebut tentang wanita, takhta, kerja, periksa, harta, kereta atau dunia maka dakwaan cinta pada tuhan adalah bohong semuanya.hanya teori semata-mata. 

ayuh, kita bersihkan hati2 kita..mencari rasa hati org2 y beriman. apakah perasaan org2 beriman apabila hati dlm keadaan sihat..bagaimana rasenye..rase manis, rase melayang atau rase pahit..atau bagaimana? hanya org2 y btol2 beriman merasakannya..tidak mampu untuk digambarkan perasaan selagi mane kita tdk merasaknnya sendiri..

sahabat y dicintai kerana Allah semata-mata..



ayuh2! kita membersihkan karat-karat jahiliah dlm diri, buang segalanya demi hati y ingin dipersembahkan pada Allah nnti. persiapkan hati kita dgn rase ikhlas, rase redho rase syukur dan segala rase2 y baik..sembuhkan segala luka y terpendam selama ini lantaran maksiat y kita lakukan pada Allah. sembuhkan dgn ubat hati..ubat hati y mane kita sendiri y menjadi doktornya..yey, doktor hati y bertauliah, y sentiasa mengingati rabbul izzati. perbezaan org y hidup dan org y mati adalh zikrullah (mengingati Allah)..sentiasalh ingat Allah, maka Allah pun ingat pada kita..

Allahuwarasuluhua'alam..

kerana hidup untuk memberi bukan hanya menerima dan Allah sedang mengabulkan doa2 hambanya.
~bahgia dalam ketenangan~ 


1 comment:

  1. salam.peringtan yang sangat bagus..


    mekaseh atas perkongsian ini ye..

    ReplyDelete