Sunday, February 26, 2012

jalan takwa itu

bismillahirahmanirahiym..

Assalamualaikum warahmatullah..

Salam mahabbah pembuka bicara, selawat dan salam buat junjungan rasulullah s.a.w Muhammad bin Abdullah atas pengorbanan baginda, atas kesabaran baginda menyampaikan dakwah sehingga mengalirnya kemanisan iman dan islam dalam setiap hati umat islam..Allahuakbar, allah maha besar..

Setelah sekian lama menyepi, saya buka tingkap-tingkap mujahadah untuk bangun kembali. Keluar dari permasalahan diri, yang juga ujian buat saya dalam meniti hidup sebagai musafir sebelum sampai kpd final destination bg seorang hamba Allah. saya merenung jauh kedalam diri, menelusuri sepanjang hidup, apa yang masih lagi tak kena pada diri saya, sehingga begitu hebat dirasakan ujiannya. Ujian yang terkadang membuat saya putus asa, ujian yang terkadang membuat hati saya pilu kesedihan yang teramat.. tp Alhamdulillah dengan kemurungan itu, seolah-olah Allah mendidik saya untuk lebih yakin dgn setiap janjinya..kata Allah “ faqad fazal mutaqqun”..maka kemenangan bagi orang2 y bertakwa..setiap permasalahan itu, kunci kepada penyelesaiannya adalah “TAKWA”..Allahu, hebatnya islam..

Disaat ini, saya bangunkan semangat saya untuk menulis lagi..semoga terus istiqamah, istimrar dalam menyambung tugas rasulullah wp diri ini rasa tak layak..knp saya menulis lagi? Ada kata-kata yang pernah saya dengar “ ikatlah ilmu dengan tulisan”..menulis adalah salah satu cara untuk kita mengingat sesuatu dengan lebih kukuh. Nota-nota yang selalu kita tulis dengan sepenuh hati mampu memberi kesan dalam hidup..kerana peringatan kebaikan yang kita tulis akan mengingatkan semula pada hati apabila tersedar dari kelalaian dan kealpaan. Itulah uniknya tulisan dakwah, istimewanya ia memberi kekuatan pada diri.. Seolah-olah menyuntik semangat yang begitu hebat. 

 
Sebelum ini, jujur saya rasakan seperti nak delete sahaja blog ini dan create blog baru, at least ada satu tempat yang boleh saya bercerita dan berkongsi..saya create satu blog baru dan privatekan blog ni, tapi entah kenapa, setiap kali nak post sesuatu dalam blog baru mcm berat, tade feeling waktu menulis, saya jadi blur, tak tahu nak start dari mana.. lama-kelamaan kerana asyik tertangguh, semangat menulis untuk mencurahkan sesuatu kian terhakis. Kekuatan meneruskan kehidupan dgn baik jugak makin hilang..

Tapi hati saya masih kuat pada mr blog yang satu ini, saya sedar ada sejarah tersendiri, kenapa terciptanya mr blog..kerana mr blog inilah tempat saya bercerita dulu,mane mungkin saya lupakannya, seolah-olah mr blog menjadi teman suka dan duka, mengingatkan kembali kpd nota-nota tarbiah yang pernah saya tulis..membawa saya mengenal erti kehidupan. Hari ini, saya buka kembali post-post saya terdahulu, dan membawa  fikiran saya jauh melayang pada banyak peristiwa yang berlaku sepanjang hidup..Allahuu..hanya Allah yang tahu segala keperitan..

subhanaAllah, kembara hidup membawa saya mengenal erti kehidupan..membuat hati saya tertanya-tanya dengan pelbagai persoalan..dan akhirnya Allah menemukan jawapan pada persoalan2 hidup, menemukan saya pada hakikat kebahagiaan yang sebenar-benarnya dan yang abadi..doakan moga saya kuat iman, makin menebal rasa syukur pada Allah, makin jadi org yang sabar dalam menahan diri dan berusaha..kerana saya begitu rindukan hati itu..hati yang membawa saya ketenangan hidup..hati yang penuh rasa cinta..

kata Allah “ sungguhpun orang-orang beriman itu sangat BESAR CINTANYA pada ALLAH 2 : 165”..maka pesanan untuk diri saya sendiri, “siapa pun dirimu dimata manusia, pedulikan saja, yang penting pandangan Allah..yang DIA mahukan hanyalah takwa, kesungguhanmu dalam berkorban, kesungguhanmu dalam memberi dgn ikhlas, yang DIA mahukan hanyalah kamu kembali dgn membawa hati yang bersih dan sejahtera. Terkadang diturunkan ujian, bukan DIA tak sayang, tapi terlalu sayang..Bukan Allah tak tahu, tetapi DIA maha tahu segalanya dari kamu kecik sampai saat ini, DIA maha mendengar setiap bait-bait doa yang kau pohon dgn hatimu, dia maha tahu setiap hari air matamu menitis dengan kepahitan hidup, ingatlah Allah selalu menjadi temanmu dimana sahaja, dia tidak melupakanmu malah tidak meninggalknmu, maka jangan kau berputus asa dengan rahmatnya, kerana pertolongan Allah itu sgt dekat”..



cukuplah Allah bagiku dan hambamu ini tidak memerlukan apa-apa pun melainkan engkau wahai Allah..

-JALAN TAKWA ITU PILIHANKU-

No comments:

Post a Comment